Sunday, 26 March 2017

Tips memandu kereta dari Kota Kinabalu ke Ranau. (9)

Bulan December 2016 yang lepas *le Len akhirnya mampu balik kampung sambil sewa kereta dari Kota Kinabalu. Pengalaman memandu pada waktu malam untuk pertama kali dari Kota Kinabalu ke Ranau memang amat mencabar bagi seorang yang rabun, pakai kereta auto dan kurang bijak seperti *le Len. Maka dengan itu *le Len nak kongsi pengalaman supaya korang tidak menderita dan terseksa jiwa raga.
Sebelum *le Len tulis pasal tips, harap maklum bahawa ini bukan tips mencari kereta sewa di Sabah.


Kondisi kereta. #1 

Sila pastikan kondisi kereta ialaha 100% baik! Anggap sahaja anda sedang berada dalam adventure di padang pasir tanpa arah dan stesen minyak. Brake, segala jenis lampu terutamanya , tayar simpanan, safety tools, minyak penuh. *le Len malas nak hurai panjang tapi percayalah, you will thank me if anything happens. Korang akan tahu kenapa penting untuk kereta 100% baik dalam huraian seterusnya.