Sunday, 26 March 2017

Tips memandu kereta dari Kota Kinabalu ke Ranau.

Bulan December 2016 yang lepas *le Len akhirnya mampu balik kampung sambil sewa kereta dari Kota Kinabalu. Pengalaman memandu pada waktu malam  untuk pertama kali dari Kota Kinabalu ke Ranau memang amat mencabar bagi seorang yang rabun, pakai kereta auto dan kurang bijak seperti *le Len. Maka dengan itu *le Len nak kongsi pengalaman supaya korang tidak menderita dan terseksa jiwa raga.

Sebelum *le Len tulis pasal tips, harap maklum bahawa ini bukan tips mencari kereta sewa di Sabah.



  • Kondisi kereta. PALING PENTING!!!


Sila pastikan kondisi kereta ialaha 100% baik! Anggap sahaja anda sedang berada dalam adventure di padang pasir tanpa arah dan stesen minyak. Brake, segala jenis lampu terutamanya , tayar simpanan, safety tools, minyak penuh. *le Len malas nak hurai panjang tapi percayalah, you will thank me if anything happens. Korang akan tahu kenapa penting untuk kereta 100% baik dalam huraian seterusnya.

  • Tempoh perjalanan


Sila ambil perhatian, perjalanan dari Kota Kinabalu akan mengambil masa selama 2-3 jam bagi kebanyakkan newbie. Jalan raya dari Kota Kinabalu hanya 2 lane tanpa divider. Kalau korang dah biasa speeding 150km/h kat plus tu, kalau korang nak speed macam tu kat Kundasang, korang gerenti speeding ke alam barzakh. 



  • Jalan raya


Jalan raya dari Kota Kinabalu ke Ranau adalah ibarat cacing kepanasan. Bengkang bengkok, gelap, dua lorong tanpa divider.
Dari 28 darjah celsius, suhu akan mula berkurangan sehingga 15 darja celcius sepanjang perjalanan.



  • Masa bertolak

Jika anda rabun malam, WAJIB bertolak paling lewat jam 3.00 petang sebab senja di Sabah mula jam 6.00. Kalau kena pulah musim hujan, kabus boleh menyebabkan anda tidak mampu melihat jarak lebih daripada 10 meter pada waktu senja. Pada waktu malam, kabus boleh mengurangkan jarak penglihatan sehingga 2 meter di hadapan sahaja. Kalau korang bernasib malang dengan dapat kereta lampu tak terang dengan lampu spotlight tak berfungsi, memang menangis la. Oleh itu elakkan memandu pada waktu malam AT ALL COST if you are first timer. Kalau korang tak nak dengar, sila teruskan membaca.

  • Masalah suhu


*le Len yang dah biasa drive di semenanjung dengan gembira speeding sana sini, sentiasa pakai aircond, panas memanjang memanglah tak berapa pandai pasal suhu.Masa mula-mula bertolak, panas bukan main lagi – aircond sampai maximum. Bila sampai kawasan Kundasang, mak aih!! Kalut sekejap cermin berkabus kat luar, sekejap kat dalam.Adoi! Dahla rabun, cermin pulak kondensasi sana sini. Panik tau tak! Panik! *le Len lupa pulak nasihat ape untuk atasi masalah kondensasi. Sesungguhnya aku menyampah dengan kondensasi. Oh ya! Suhu boleh turun sampai 14 darjah maka dengan itu, kemungkinan anda untuk mendapat masalah kondensasi adalah tinggi.

  •  Jika anda memandu kereta auto


Korang semua yang bijak dan hebat memandu mungkin takde masalah cam *le Len. Tapi *le Len main lajak “D” masa mula-mula gerak. Sakit kaki, pedih jantung tiap kali brek kereta macam tak makan. Curam sana, curam sini, semua pergerakan lembab. Bila sampai rumah baru nak mengadu, semua orang gelakkan diriku yang begitu clueless. Sila gunakan gear 1-3 walaupun anda menggunakan kereta automatic wahai kawan-kawan. Jangan jadi dungu bantai “D” sepanjang jalan. Kereta rasa macam “ice skating”.  Sakit jantung den!


  • Lori dan bas yang **$%^&*&%$!


Sila ambil perhatian, bas dan lori-lori balak akan bergerak pada waktu malam. Bukan sahaja saiz mereka sangat menakutkan, high beam lori-lori boleh membutakan mata.  Pengalama *le Len, dihimpit bas memang tahap boleh buat manusia bertaubat serta merta. Cuba korang bayangkan stuck di belakang lori, nak potong tak pandai sebab baru jer nak potong, selekoh pulak. Dahler selekoh, kalua speeding untuk potong silap-silap masuk jurang sebab jalan raya bukan lurus. Nampak lurus tapi lurusnya ke alam barzakh.


  • Tayar spare dan minyak penuh


Mobile network sepanjang perjalanan adalah tidak stabil. Jika orang bernasib ‘baik’ pancit tengah jalan, *le Len ucapkan GOOD LUCK! Takpe orang Sabah baik-baik belaka, dorang biasanya akan berhenti untuk tolong korang tapi tahap bagi tayar kat korang tu memang tak lah! Sebab chances are, dorang bawak 4x4 dan bukan kereta kecik. Tayar mahal!!! Jarak dari satu bandar dengan bandar lain jauh. Nak dapat pomen satu hal, kalau dapat pun kena tunggu lama baru sampai. Sabah bukan kecik! Satu Sabah tu hamper sama besar dengan seluruh semenanjung. Stesen minyak tak banyak kat tepi jalan. Kena masuk kampung orang baru boleh dapat minyak yang dijual secara runcit dalam botol ala-ala jual minyak kelapa sawit. Dah ~ tak payah nak terkejut.

  • Common Signals


Setiap tempat biasanya ada care mereka sendiri untuk bagi signal.

Bagi orang belakang memotong – letak emergency signal, pandu perlahan dan rapat ke kiri. Pandu perlahan maknaya 20-30km/h sebab yang memotong biasanya paling laju pun 60km/h.
Isyarat nak memotong – Jangan main tembak-tembak lampu tinggi. Sila rapat sedikit ke kereta hadapan. Bagi signal ke kanan, hon sekali dan seterusnya potong.

Kalau kereta dari arah bertentangan bagi hon, itu tanda “Hi”.



  • Akhir sekali, silalah gunakan Waze dan baca peta Sabah sebelum datang ke Sabah.

Rakyat Sabah berasa amat serba salah apabila pelancong bertanya belok kiri atau ke kanan semasa menunggu traffic light bertukar warna. Belok kiri atau kanan tidak ada makna jika jarak perjalan ke destinasi masih 200km di hadapan.
Sebab tu jawapan orang Sabah “Kau jalan terus saja. Jangan belok-belok. Nanti kau sampai laitu”. It is legit people!!

NOTE:  Dalam beberapa tahun kebelakangan ni, ketiadaan *le Len dalam blog adalah disebabkan oleh kesibukkan kerja demi sesuap nasi. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung.

0 comments: