Saturday, 22 June 2013

Mengejar Identiti

Orang cakap, lebih baik bercakap pasal diri sendiri berbanding cakap pasal orang. Ye, nampak macam obses dengan diri sendiri tapi sekurang-kurangnya aku tak mengumpat tu dah kira ok dah kan?kan? kan? [jawablah 'ya']. Bercakap pasal diri sendiri ni memang la kategori mental orang yang tidak berapa bijak (menurut Dr. Fadzilah Kamsah). Bercakap tentang idea itu adalah golongan bijak. Nak wat camner, aku tak berapa bijak. Kalau aku bijak, aku dah jadi perdana menteri. Hahaha...ehem2! panjang gila introduction aku.
Aku nak cakap pasal IDENTITI.

Masa kecik-kecik dulu, aku ingat pemilihan identiti itu sangatlah besar dalam kehidupan seharian. Ada member-member yang berlagak punk, ada yang emo, ada yang super-duper feminine, ada yang rock. Macam-macam lah.. aku sangat terpengaruh dengan penampilan Avril Lavigne which i think very cool pada ketika itu.
Ni poster pertama Avril Lavigne yang aku dapat dari majalah Utopia. Based on this photo aku start kumpul sneakers. neck tie, body fit long sleeves, skinny jeans..tapi aku takde la sampai tunjuk pusat. Banyak masa aku buang untuk mengcopycat style celebrity. Pada satu tahap, aku sedar ada sangat banyak styles yang ada dalam dunia ni. Kalau nak kejar semua, tak akan sempat dan aku hanya akan jadi pengejar fesyen. End up, I just don't care anymore...


THE POINT IS :
What and how you do things everyday will overall defines who you are. Not your clothes, hair or your shoes..yes, you appearance will affect the first impression. Tapi kenapa nak ambil pusing sangat pasal orang yang suka 'judge' kita padahal tak ambil kisah pun kalau kita susah? Membazir masa dan tenaga jer nak amek port orang macam tu. Jangan juga bersedih kalau ada sekali-sekala kita tersalah langkah/respon kepada sesuatu perkara dan kita takut itu akan mengubah pandangan orang kepada kita. (aik, cakap macam berdasarkan pengalaman jer)..haha..

Yang paling penting, keluarga (including partner), kawan2 (including office mates) & boss [because they are your income].
If you keep chasing and try to set your Signature Style, you would become a Signature Style Chaser. Aku tak bercakap macam ni sebab aku ni perfect mahupun bergaya.. tapi sekadar berkongsi pendapat. My personal value judgement is not meant for anybody to follow. Just think about it!

Apa yang akan 'define' diri kita bukanlah penampilan luaran semata-mata tetapi hati kita. Kalau orang hati busuk, tengok muka pun macam tengok langit mendung. Kalau hati baik, tengok muka sejuk mata memandang. Jadi, pilih la 'nilai' baik yang ada dalam diri kita dan 'enhance' value tersebut. Contohnya.. aku nak percaya aku seorang yang jujur dan setia. Aku suka menjadi jujur dan setia. Maka semua perkara aku buat atas dasar kejujuran dan kesetiaan. hahaha.. ayat bajet baik syal. Aku tanam nilai tu dalam-dalam kat hati dan jiwa (aiseh).

Maka pada suatu hari, kawan sepejabat menyuruh aku cilok balik rumah masa office hour untuk ambil baju supaya kami dapat keluar dari office awal untuk pergi gym. Itu adalah perbuatan tidak jujur. Maka aku jawab 'saya sedang mempraktikkan jujur dan amanah. Jangan paksa saya berbuat demikian'. Maka member aku pun dah tak pernah suruh aku buat benda tidak jujur. Mereka melabel aku nerd dan skema tetapi itu tidak akan mengubah keinginanku menjadi seorang yang jujur dan setia. I am still cool. Hahahah...

Bagaimana dengan anda?

NOTE: Please.. aku bukan nak tunjuk baik ek. Aku ni pun bukan budak baik sangat.

Buat baik ajak ramai-ramai. Buat jahat pi neraka jahanam sorang-sorang -Len Inouie-

2 comments:

plain83 said...

Hi len. Haha dayum... Avril's sk8er girl punya fashion pernah menjadi pujaan ko rupanya... aku pernah suka lagu2 dia (album lama) jer ;3

yehhaa buat baik ajak ramai-ramai, buat jahat mohon segera bertaubat :3

Len Inouie said...

Album lama-lama jer yg best. Sekarang dah tak berapa best.