Saturday, 24 October 2015

Keputusan makanan 5 hari

Seperti yang dijanjikan ( walaupun lewat seminggu), akhirnya *le Len dapat
buat post keputusan percubaan masak banyak-banyak bagi cukup makan untuk lunch 5 hari
yang dia buat hari tu.

Baca kat sini kalau belum baca.

KEBAIKAN

>Jimat duit. Biasanya lunch aku dalam RM20-30 sehari. Yang ni, aku spend RM70 untuk seminggu. Tu pun sebab guna olive oil yang mengarut punya mahal.
>Masa makan tengah hari dapat dijimatkan untuk tidur atau tengok YouTube mahupun main gitar dalam office. Best sebab tak perlu tunggu makanan lambat sampai.
>Selamat daripada jerebu. Kalau nak makan kat luar, nak tak nak kena la makan dalam aircond. Kalau nak murah kedai mamak, hirup sirap sekali dengan jerebu. Elok sangat la tu
>Bahan-bahan yang digunakan semua atas pilihan sendiri. Nothing beats home cooked food right?
Makanan lebih "clean". Takde la berlemak, santan, susu dan sebagainya.
>Jimat masa. Sebenarnya aku siap masak untuk makan malam sekali tapi dinner aku tak bagi masuk dalam gambar.
>Takde istilah gastrik sebab malas nak masak, malas nak keluar or bagi alasan tak tau nak makan ape, takde benda nak masak. Takde jalan nak bagi alasan tak nak makan.

KEBURUKAN (ada tak kata pengganti yang elok sikit?)  KEKURANGAN

>Makanan tak fresh. Paling buat aku sedih - microwave dalam office rosak. Nak tak nak, aku kena hangatkan makanan dari rumah dulu, pastu makan sejuk-sejuk dalam office. Kesian kan?
>Terpaksa makan benda yang sedia ada walaupun dah rasa muak nak makan. Walaupun masakan aku sedap (ceh! kompiden gila), aku tetiba rasa nak makan kangkung masak belacan.
>Makan dengan style "forever alone" sebab office mates semua mesti makan luar punyer la... tak lama lagi kena cop anti sosial pulak kang. Tapi takpe la.. aku miskin. Takde duit macam korang, so lantak la korang nak cakap apa.
>Bosan pulak takde pape nak buat malam-malam sebab biasa sibuk masak and kemas dapur.
Kalau udara segar macam biasa, adalah baik untuk keluar daripada pejabat masa lunch untuk mendapatkan udara segar dan cahaya matahari. Ceh! Macam tumbuhan la pulak.

CABARAN

>Kena ada banyak bekas makanan. Bagi aku, benda ni serabut la.
Susah nak buat keputusan benda apa nak makan untuk seminggu.
>Susah untuk elak bila member-member ajak makan tengah hari/makan malam. Kadang-kadang ko nak lepak jugak tapi kalau lepak, nanti makan kat luar. Maknanya, benda yang korang dah sediakan tu terpkasa buang sebab dah terlalu kenyang. Kalau "termakan" kat luar, memang kacau dah jadual pemakanan tu.
>Kalau salah masak, memang nanges la. Bagi korang semua yang dah memang biasa masak, korang mesti perasan ubi manis tu aku terlajak rebus. Lemau beb! Nak tak nak aku makan telur jer sebab tak lalu nak makan ubi manis lemau.
>Kena ada microwave untuk panaskan makanan. Kalau takde microwave kat office, memang susah la. Rosak plan den. Aku masak salmon, terpaksa makan sejuk-sejuk hari tu. Gila tak sedap rasa macam nak bunuh diri.
>Korang rasa was-was, tahan ke tak makanan tu sampai 5 hari? So, aku makan jer pastu tunggu sakit perut ke tak. Hahahah... bodo tak?

KESIMPULAN

Rasanya menu untuk makan untuk seminggu memang mecabar di  negara tercintaMalaysia.
Nature orang yang bekerja kat Malaysia ni bukan suka bawa bekal dari rumah. 
Boleh kata 90% makan tengah hari kat luar. Oleh sebab itu, makan bekal bawa dari rumah agak mencabar sebab silap haribulan, ko kena label anti sosial atau cheapskate. Padahal kalau kat Europe/Amerika dan kebanyakkan negara lain yang aku dah pi, dorang rata-rata memang bawa bekal dari rumah. Makan luar tu kadang-kadang jer.

Walaupun agak mencabar, *le Len galakkan budaya bawa bekal dari rumah ni demi kesihatan fizikal dan juga poket anda. Dekat office, *le Len siap buat kempen bawak bekal dari rumah supaya dia tak makan macam forever alone. Bijak tak? 

Bijak... 


4 comments:

plain83 said...

Hahah! Congrats! :D
Congrats sebab tak jatuh sakit ;3
Perkataan baik sikit daripada keburukan? Boleh guna 'kekurangan', kot? :3

firdaus m said...

kena ada peti ais.

Len Inouie said...

Betol3! Kena ada peti ais. Kalu bujang jenis takde peti ais, ooops.

firdaus m said...

next year plan nak kawin

post anda menyebabkan saya tersedar yg saya belum ada peti ais dan mesin basuh

alamak!

...menggunakan perkhidmatan dobi syiling 50 sen dan kedai mamak sekian lama.