Thursday, 5 March 2015

Tips Pemakaian Musim Sejuk di London - Malaysian

Bulan January lepas *le Len kena terbang ke London untuk hal-hal kerja.
Pada bulan Dec - Feb, suhu di London memang sejuk.

Sebagai seorang noob yang tidak pernah menjejakkan kaki ke negara musim sejuk, *le Len memang la cuak dan takut jadi beku sebab terlalu sejuk. Maka dengan itu, bermulalah proses membeli pakaian musim sejuk. Susah gila kot.. sebab aku bukan ada ramai member yang dah bermastautin di London.

Lepas melalui kesukaran membel pakaian musim sejuk, aku rasa ada baiknya aku buat post ni dengan harapan ada orang baca dan mampu memberi sedikit sebanyak manfaat.

Aku rasa benda pertama yang kita kena tengok ialah bajet.
Pakaian musim sejuk mahal gila kot kalau korang tak tau mana nak beli.
Kadang-kadang terlebih beli pun ada. Salah beli pun ada. Kalau kaya takpe la... datang Universal Traveller, angkut jer semua benda yang dorang sarankan. Aku bukan kaya raya nak bayar sampai beribu-raban untuk trip yang seminggu jer.

Untuk menyingkatkan post, aku buat list wajib beli. Sebab untuk musim sejuk, mat salleh cakap, kita kena buat "layering". 3 layer!


PAKAIAN (3 Layer)

  1. Baju sejuk yang tebal (Layer 3). Bagi saiz badan aku yang ketot ni, aku taknak baju sejuk typical yang buat aku nampak macam ulat bulu bergerak. Tak nak! Nak fesyen jugak sket. Aku beli dekat Zara. Range harga dari RM160 - infinity. Hahaha! Baju sejuk aku RM199.00. Itu dah kira murah dah tu berbanding dengan Universal Traveller yang harga RM400.00 - RM 1500.00. Baju sejuk dekat zara agak cantik, ada "fashion sense" dan harga pun berpatutan walaupun aku beli baju tu semingu sebelum travel. Paling bagus kalau korang ambil yang high-neck supaya tak perlu pakai skarf dekat leher.
  2. Baju biasa lengan panjang (Layer 2). Yang penting tak terlalu nipis yang tahap nampak garis bra bagi wanita. Baju lengan panjang biasa dah memadai. Tak perlu nak beli baju baru. Tapi kalau gedik nak beli jugak, *le Len langsung tak halang.
  3. Baju & Seluar Dalam (Layer 1 - Inner). Aku tau korang fikir baju dalam wanita kan? Bukan yang tu.. Baju dalam lengan panjang dan seluar panjang. Ini untuk memastikan haba dari badan tidak berkeliaran dan meninggalkan badan korang. Kalau haba lari, sejuk beku korang nanti. Yang ni paling murah beli kat Uniqlo. Harga bawah RM50.00/item. Sila ambil Heat - Tech Extra Warm!  Untuk seminggu, aku beli sepasang jer sebab kebanyakkan masa aku dalam bangunan dan tak perlu nak layer. Berpeluh pun tak! Kalau korang tau korang tak akan keluar bangunan, sila pakai macam biasa. Suhu dalam bangunan panas/suhu normal.
  4. Pakaian Dalam. Gurau jer! Aku tau by default korang semua pakai bra dan underwear. Tak perlu nak mention.

Majin Bu

AKSESORI
  1. Kasut. Kalau suhu purata lokasi sampai -ve atau sentiasa bersalji. nak tak nak korang kena pakai kasut yang sesuai dengan tempat bersalji (RM3++.00). Tapi kalau suhu setakat 5-10 darjah Celsius, tak perlu beli kasut baru. Pakai jer kasut korang yang sedia ada tu. Jangan membazir.
  2. Stokin tebal.  Winters socks amat penting. Sila bawa secukupnya kalau kaki anda jenis busuk. Ooops!Sebab stoking yang sesuai wajib pakai. Koran boleh beli kat SoxWorld (RM30) atau Daiso (RM5). Tu yang plaing murah aku jumpa setakat ni.
  3. Sarung Tangan.  Bagi aku sarung tangan memang penting sebab tangan aku cepat sejuk. Ada member yang tak pakai sarung tangan pun sebab tangan letak dalam poket. Tapi lebih baik pakai sarung tangan la. Aku beli sarung tangan kat Winter Time dalam harga RM70.00 tapi daa jer yang lagi murah. Terpulang kepada empunya diri. Aku bajet nak fesyen bagi nampak comel. Sebab tu aku gedik beli yang mahal sket.
  4. Topi.  Kalau jenis kepala botak, sia pakai topi untuk winter. Bukan baseball cap yer. Kalau yang memang pakai tudung tu, bagus. Tak perlu la nak beli skaf / topi lagi. Aku tak suka pakai topi. Aku pakai skarf tutup kepala dan leher skali bila perlu. Kebanyakkan masa aku tak pakai topi pun. Baju sejuk aku leher jenis tebal dan tinggi. Tak perlu nak susah-susah pakai skarf.
Nampak tak kasut?

Maka dengan itu, selesailah tips aku yang versi malas menulis.
Kalau korang taknak beli baju sejuk, boleh jer. Boleh pakai hoodie macam biasa cuma kena tambah satu layer lagi la. Nampak bonchet dan gemuk macam Majin Bu.

Kalau ada pape soalan. Sila kemukakan.

6 comments:

Anonymous said...

nak baju sejuk? aku selalu pergi gereja, salvation army, etc. 10 quids can get u a nice trench coat! burberry

Ha Md said...

Adakah baju dalam/layer 1 itu dimaksudkan sebagai long john aka thermal wear wahai le len?

plain83 said...

Walaupun aku ada dipaksa suruh pakai trench coat atau coat yg macam rupa ulat bulu gemuk tu oleh manusia2 yg 'ambil berat/menyibuk' pasal aku, aku tetap berkeras tak mau pakai semua2 tu dan tetap nak pakai sweater tebal yg ada hoodie, digabungkan dgn shawl scarf yg tebal n besar. Kat dalam tu memang wajib ada 2 layer pakaian lain la, baru tahan nak main salji dan merayau keluar jalan2 waktu malam time musim sejuk. Btw nice pics Len, lookin' good ;3

Len Inouie said...

Ye. Thermal wear Cik Ha.
Thanks cik plain.

cEro said...

Aku ni, baca tips orang aku yg jadi excited.
Entah bila entah nak dapat kesempatan ke sana...hehehe

H@nie said...

Wow. Thanks utk info.sangat membantu. Saya nak ke sana seminggu utk kerja, tercari-cari baju apa nak pakai. Risau jadi beku atau terlalu tebal dari org biasa pula. Thanks again.