Monday, 16 March 2015

Beautiful Madnesss


Kepada yang merindu... :)
    

Thursday, 5 March 2015

Tips Pemakaian Musim Sejuk di London - Malaysian

Bulan January lepas *le Len kena terbang ke London untuk hal-hal kerja.
Pada bulan Dec - Feb, suhu di London memang sejuk.

Sebagai seorang noob yang tidak pernah menjejakkan kaki ke negara musim sejuk, *le Len memang la cuak dan takut jadi beku sebab terlalu sejuk. Maka dengan itu, bermulalah proses membeli pakaian musim sejuk. Susah gila kot.. sebab aku bukan ada ramai member yang dah bermastautin di London.

Lepas melalui kesukaran membel pakaian musim sejuk, aku rasa ada baiknya aku buat post ni dengan harapan ada orang baca dan mampu memberi sedikit sebanyak manfaat.

Aku rasa benda pertama yang kita kena tengok ialah bajet.
Pakaian musim sejuk mahal gila kot kalau korang tak tau mana nak beli.
Kadang-kadang terlebih beli pun ada. Salah beli pun ada. Kalau kaya takpe la... datang Universal Traveller, angkut jer semua benda yang dorang sarankan. Aku bukan kaya raya nak bayar sampai beribu-raban untuk trip yang seminggu jer.

Untuk menyingkatkan post, aku buat list wajib beli. Sebab untuk musim sejuk, mat salleh cakap, kita kena buat "layering". 3 layer!