Saturday, 24 October 2015

Keputusan makanan 5 hari

Seperti yang dijanjikan ( walaupun lewat seminggu), akhirnya *le Len dapat
buat post keputusan percubaan masak banyak-banyak bagi cukup makan untuk lunch 5 hari
yang dia buat hari tu.

Baca kat sini kalau belum baca.

KEBAIKAN

>Jimat duit. Biasanya lunch aku dalam RM20-30 sehari. Yang ni, aku spend RM70 untuk seminggu. Tu pun sebab guna olive oil yang mengarut punya mahal.
>Masa makan tengah hari dapat dijimatkan untuk tidur atau tengok YouTube mahupun main gitar dalam office. Best sebab tak perlu tunggu makanan lambat sampai.
>Selamat daripada jerebu. Kalau nak makan kat luar, nak tak nak kena la makan dalam aircond. Kalau nak murah kedai mamak, hirup sirap sekali dengan jerebu. Elok sangat la tu
>Bahan-bahan yang digunakan semua atas pilihan sendiri. Nothing beats home cooked food right?
Makanan lebih "clean". Takde la berlemak, santan, susu dan sebagainya.
>Jimat masa. Sebenarnya aku siap masak untuk makan malam sekali tapi dinner aku tak bagi masuk dalam gambar.
>Takde istilah gastrik sebab malas nak masak, malas nak keluar or bagi alasan tak tau nak makan ape, takde benda nak masak. Takde jalan nak bagi alasan tak nak makan.

KEBURUKAN (ada tak kata pengganti yang elok sikit?)  KEKURANGAN

>Makanan tak fresh. Paling buat aku sedih - microwave dalam office rosak. Nak tak nak, aku kena hangatkan makanan dari rumah dulu, pastu makan sejuk-sejuk dalam office. Kesian kan?
>Terpaksa makan benda yang sedia ada walaupun dah rasa muak nak makan. Walaupun masakan aku sedap (ceh! kompiden gila), aku tetiba rasa nak makan kangkung masak belacan.
>Makan dengan style "forever alone" sebab office mates semua mesti makan luar punyer la... tak lama lagi kena cop anti sosial pulak kang. Tapi takpe la.. aku miskin. Takde duit macam korang, so lantak la korang nak cakap apa.
>Bosan pulak takde pape nak buat malam-malam sebab biasa sibuk masak and kemas dapur.
Kalau udara segar macam biasa, adalah baik untuk keluar daripada pejabat masa lunch untuk mendapatkan udara segar dan cahaya matahari. Ceh! Macam tumbuhan la pulak.

CABARAN

>Kena ada banyak bekas makanan. Bagi aku, benda ni serabut la.
Susah nak buat keputusan benda apa nak makan untuk seminggu.
>Susah untuk elak bila member-member ajak makan tengah hari/makan malam. Kadang-kadang ko nak lepak jugak tapi kalau lepak, nanti makan kat luar. Maknanya, benda yang korang dah sediakan tu terpkasa buang sebab dah terlalu kenyang. Kalau "termakan" kat luar, memang kacau dah jadual pemakanan tu.
>Kalau salah masak, memang nanges la. Bagi korang semua yang dah memang biasa masak, korang mesti perasan ubi manis tu aku terlajak rebus. Lemau beb! Nak tak nak aku makan telur jer sebab tak lalu nak makan ubi manis lemau.
>Kena ada microwave untuk panaskan makanan. Kalau takde microwave kat office, memang susah la. Rosak plan den. Aku masak salmon, terpaksa makan sejuk-sejuk hari tu. Gila tak sedap rasa macam nak bunuh diri.
>Korang rasa was-was, tahan ke tak makanan tu sampai 5 hari? So, aku makan jer pastu tunggu sakit perut ke tak. Hahahah... bodo tak?

KESIMPULAN

Rasanya menu untuk makan untuk seminggu memang mecabar di  negara tercintaMalaysia.
Nature orang yang bekerja kat Malaysia ni bukan suka bawa bekal dari rumah. 
Boleh kata 90% makan tengah hari kat luar. Oleh sebab itu, makan bekal bawa dari rumah agak mencabar sebab silap haribulan, ko kena label anti sosial atau cheapskate. Padahal kalau kat Europe/Amerika dan kebanyakkan negara lain yang aku dah pi, dorang rata-rata memang bawa bekal dari rumah. Makan luar tu kadang-kadang jer.

Walaupun agak mencabar, *le Len galakkan budaya bawa bekal dari rumah ni demi kesihatan fizikal dan juga poket anda. Dekat office, *le Len siap buat kempen bawak bekal dari rumah supaya dia tak makan macam forever alone. Bijak tak? 

Bijak... 


Monday, 12 October 2015

Menu Makan Tengah Hari Untuk 5 Hari - Versi Pemalas

Sayang apa khabar denganmu?
Disini ku merindukan kamu
Ku harap cintamu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu...

-------------------------------------------------

Comey tak lagu pembukaan *le Len?

Apa khabar semua kawan2? *le telah kehilangan life buat seketika sebab sibuk sangat dengan kerja.
Takde angin takde ribut, tetiba pulak rasa nak buat post pasal makanan pre-packed untuk seminggu ala-ala orang putih gitew.

Tapi confirm la tak ikut omputeh. *le Len orang kampung.

Sebenarnya ni first time *le Len nak try cara pemakanan macam ni sebab
sebelum ni kadang-kadang sebulan takde kat Mesia tanah airku.

Sekarang ni free sebulan dua so boleh la try makan camni.

Okeh, tanpa berlengah-lengah kita teruskan kepada tajuk asal.. list bahan-bahan

Monday, 16 March 2015

Beautiful Madnesss


Kepada yang merindu... :)
    

Thursday, 5 March 2015

Tips Pemakaian Musim Sejuk di London - Malaysian

Bulan January lepas *le Len kena terbang ke London untuk hal-hal kerja.
Pada bulan Dec - Feb, suhu di London memang sejuk.

Sebagai seorang noob yang tidak pernah menjejakkan kaki ke negara musim sejuk, *le Len memang la cuak dan takut jadi beku sebab terlalu sejuk. Maka dengan itu, bermulalah proses membeli pakaian musim sejuk. Susah gila kot.. sebab aku bukan ada ramai member yang dah bermastautin di London.

Lepas melalui kesukaran membel pakaian musim sejuk, aku rasa ada baiknya aku buat post ni dengan harapan ada orang baca dan mampu memberi sedikit sebanyak manfaat.

Aku rasa benda pertama yang kita kena tengok ialah bajet.
Pakaian musim sejuk mahal gila kot kalau korang tak tau mana nak beli.
Kadang-kadang terlebih beli pun ada. Salah beli pun ada. Kalau kaya takpe la... datang Universal Traveller, angkut jer semua benda yang dorang sarankan. Aku bukan kaya raya nak bayar sampai beribu-raban untuk trip yang seminggu jer.

Untuk menyingkatkan post, aku buat list wajib beli. Sebab untuk musim sejuk, mat salleh cakap, kita kena buat "layering". 3 layer!

Monday, 26 January 2015

Post untuk menunjuk-nunjuk.

Sambil mendengar Plain 83 menyanyi, aku terfikir untuk curi tulang dan buat post ni.

Khabar *le Len semua elok belaka. Kekal montel.
Oh! Lupa plak, hari tu masa *le Len kat Bali dia bajet dia hebat.
*le Len cuba bertanding burpee terbanyak dan natijahnya, sakit pinggang sebulan.
Tapi sekarang dah okay dah.
Selain itu, semua elok belaka.

Naik pangkat lagi!!!! Hell yeah!!!
Nak belanja korang semua tapi tak cukup kaya nak buat camtu lagi.
Meh nak belanja selpi sepukul.

Hujung minggu ni *le Len akan bertolak ke London.
London gitew..... pergh!! Dada bergelora. Terlalu terkinja-kinja.
Nervous weh!!!

Bila dah sampai sana, *le Len nanti snap gambar banyak-banyak pastu post kat sini sekadar untuk menunjuk-nunjuk.
(Cis! Nak kena tampar nampak)

Silakan tampar diriku laju-laju kerana nampaknya diriku semakin lupa diri.


Comel tak kitorang? Nama dia Kimberly




NOTA KAKI : Terima kasih sekalian bloggers yang sentiasa menjadi inspirasiku.