Tuesday, 28 October 2014

Nilai Hidup

Hari ini hari selasa dan hari cuti bagi aku.

Dah 6 minggu aku kerja 7 hari seminggu. Ye... aku tau. Bunyi macam tak best jer kan?

Tapi best jer.. okay... berbalik kepada topik di atas.

Walaupun aku dah lama  berblog, aku masih ditakuk yang sama. Selalu keluar topik.

Sebab hari ni aku cuti, aku pun ambil masa dengar lagu sambil jenguk-jenguk website.

Aku tengah buat website baru untuk minimalism. Bila dah siap nanti, korang datang la bertandang yer. Maaf la.. kat blog tak dapat nak hidang kuih muih dan air sirap untuk tetamu.

Okay.. berbalik kepada topik..
Dan dan aku tengah dengar muzik, tiba-tiba lagu bahasa dusun keluar dalam playlist.
Entah macam mana boleh sesat lagu tu dalam playlist lagu omputeh.

Perasaan tiba-tiba jadi emo. Kali terakhir aku dengar lagu dusun masa aku still kapel dengan pakwe dulu.

Perasaan aku jadi emo. Sebab bila aku ingat balik, macam mana aku boleh fikir aku sepadan dengan lelaki tu? Memang dari awal memang tak ngam kot. Aku boleh la berbahasa mat salleh, dia tu faham pun yes no thank you sir jer. Dia kerja gaji lagi rendah dari aku.
Macam-macam la... banyak lagi yang negatif.
Tapi masa konon bercinta dulu semua tu diketepikan.
TAPI ini bukan point aku. Point aku, jangan jadi buta. Jangan berusaha menegakkan benang basah. Biarlah realistik.

Sebab, aku memang tak kisah sangat sebenarnya pasal duit atau pelajaran. Yang penting baik hati, jujur dan penyayang. Ceh! Bukan main lagi * le Len ni kan.. tapi kalau dah memang cam celaka tu, tak perlu la nak berlagak tahan lasak dan cuba buktikan yang korang tu hebat dan mampu bertahan dengan kebangangan and kebengongan pakwe korang.

Lepas lagu yang menyedihkan tu, next dalam playlist aku pulak lagu masa aku keluar dating dengan lelaki lain. Pastu semua karakter lelaki tu keluar dalam otak aku.
Otak aku macam terus buat analysis pulak bila dengar lagu-lagu yang berkaitan. Phew~

Selepas menganalisis, tergerak hati aku buat post dalam blog ni walaupun kemungkinan besar takde orang yang baca dah.

Kesimpulan:

Do not settle for less.
You worth more than you think.
IF someone that you love (boyfriend or fiance) do not reciprocate and appreciate your love,
do not hesitate to leave.

The world does not end just because your relationship did not work.

You are still awesome!
With or without anybody's approval.


ah.. gambar Taj Mahal aku snap untuk korang.
Cinta sejati itu wujud. :)
N



Next destination : HANOI.

2 comments:

plain83 said...

Awesomeness~ ;3

firdaus.9898 said...

peace.

komen utk bagi semangat.

ur words are true. life's too short for headaches mcm ni.