Friday, 16 May 2014

Update daripada seorang *le Len (7 Update)

Hai kawan-kawan..selamat hari jumaat yang berseri-seri!

Aku akui bahawa memang kalau dah blogger memang
akan datang berblog balik juga walaupun bajet tak nak blog dah.

Banyak benda *le Len nak update kat korang semua. Tapi jari tak cukup nak menaip.


Benda 1. Aku dah tukar layout blog. Abovious sangat kot! Tak perlu nak tulis. 

Cantik tak? Cantik tak?









Benda 2. Aku dah ada buku merah!
Aku dah ada passport beb! Aku dah ada passport! Panjang cerita kisah aku nak apply passport ni.
Kalau ni first time korang baca blog aku, mesti korang rasa aku ni poyo. Ada passport pun nak bising.
Tapi kepada yang dah lama follow blog aku, sila ucapkan tahniah!
Baca kat >>SINI<< kalau nak tau kisah passport.


Benda 3. Aku masih gemuk!
Duhh~ itu memang 'very expected' kot. Mok Mok Mok geeemok!


Benda 4. Aku dah naik pangkat.
Manager dah aku sekarang... (lobang hidong kembang kempis masa taip ni).
Masa aku taip ni, terasa diriku begitu berlagak dan buat orang menyampah.
Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan blogger yang sentiasa menceriakan hari-hariku walaupun aku dah lama tak berblog. Percayalah walaupun aku tak komen, aku baca jugak blog korang walaupun sekilas. Dalam tekanan aku buat kerja, post korang-korang yang menghiburkan menggembirakan *le Len. Sebab dia gembira, dia dapat buat kerja dengan baik. Sebab dia buat kerja dengan baik, dia naik pangkat. Awesome! **high five**
Muka aku kat website tempat aku kerja sekarang. 
:: muka aku masa kat syarikat sebelum ni kat >>SINI<< [bajet ada orang nak tengok]

Benda 5. Aku berjaya langsaikan hutang dua keping kredit kad. 
Nak tips? nak tips? Panjang cerita.. bukan senang aku nak selesaikan hutang aku.
Tapi akhirnya semua berjaya. Ohsem! Ohsem!


Benda 6.  Aku dah pindah rumah lagi. Aku sekarang tinggal kat condominium pulak.
Pokoknya, aku pernah naik tangga sampai ke tingkat 28 untuk bersenam kononnya.
Tapi bertahan seminggu jer. Macam biasa, hangat-hangat tahi ayam.



Benda 7. Yang in sangat ohsem! 



AKU DAH BERHERNTI MAKAN McDonald. :)
Fullstop!
















5 comments:

plain83 said...

Lennnn~ XD
hahaa congrats atas pencapaian2 anda ini, lepas ni kalau aku ajak ko gi osaka, boleh la ko timbang2 utk nak ikut ke dak... hehhee~ ;3

gemok ka? aku tengok pic tu nampak cute jer, define "gemok" plz~ :p

weh, dah check inbox youtube ko blom? aku ada send msg kat ko la len~ ;3

Len Inouie said...

Thanks plain. Eh.. x dpt pon msg tu.

plain83 said...

Huhuu seriously? erkk~ *garu2 kepala*

plain83 said...

oh, i know why... notification inbox youtube tak masuk email right, so, from your youtube channel page, u need to go to Video Manager (at the top mid left of page) -> COMMUNITY (left bar of page) -> Inbox

( ^w^ )

betty said...

len,, seriously aku nak tahu cara langsaikan hutang credit card wehhh... helppp meeee