Thursday, 1 August 2013

Speechless Thursday

Masa *le Len nak start tulis post ni, dia tekan Home dulu baru cari calendar. Oh! Hari khamis! Eh..jap!
Khamis dahhhhh!!!!??? WTF?

Gila eh... seriously! Aku dah jadi super workaholic sampai lupa hari dah. Ingatkan baru hari <del>sabtu</del>. Eh! Selasa!

Best sangat ke keje ko ni Len?
Hehe... aku rasa best! No further explanation.

Well... well...well...

Selain kerja?
Send aku baru beli hand phone baru dah masih terkial-kial dengan QWERTY. Duhhh... gila outdated.  Orang pakai qwerty dari 20th century tau dak? Sekarang dah 21st century.  Nak lebih 10 tahun ko lagging Len. Ni la orang bumiputera. Lambat! Lol..
weh.. ko pun sama. Jangan nak perasan jadi mat salleh celup atau cina kulit gelap mata tak sepet time bulan puasa dengan harapan boleh skip puasa. Duhh~

Aku cuma gedik nak try post guna hp baru. Tadi balik rumah, aku pengsan tertidur kepenatan tanpa mandi. Jam 1130pm tadi aku terjaga dan tunaikan plan aku nak makan buah pear gedabak yang aku beli tengah hari tadi.

Buah pear tu besar gila sampai aku nampak dia macam sejenis makan malam. Aku pun beli. Masa nak bawak balik office, aku duk sengih jer memanjang memikirkan kesedapan byah pear dan kebahagiaan membenamkan gigi arnabku di dalam buah. Boss kata aku gila. Sebab peluk pear sambil tersengih. Aku tak setuju pear tu masuk bakul plastic sebab aku nak selamatkan bumi dari plastik (dengan mata bekaca-kaca penuh azam dan hati tulus suci).

Pffffft!!! Cut the crap Len!!!!
Aku tau korang mesti nak tau apa hp aku beli. S3 mini jer....
=.="

Tapi masa nak pilih handphone ambil masa sebulan lebih!  Kawan aku cakap 'ko ni pilih handphone pun ambil masa lebih sebulan
Pilih pakwe tak tahu la berapa lama'..

(I'm not listening)

9 comments:

plain83 said...

heheheheh... oh lama dah aku tak makan pear :D

4feet8 said...

ada 2 jenis pear.satu jenis yg masam satu jenis yg manis(yg manis rasanya org panggil pear gong). jadi yg kau dpt semalam manis ke masam? hehe..


hime s said...

oi jangan post gamba makanan..haha (>o<)"

Anonymous said...

dosa wei post gambar makanan...

Len Inouie said...

Hahaha...

Buah jer pon..

Bagi pahala sikit kepada yang dapat menahan nafsu.

:p

Woha said...

Wah wah sebulan telepon musti ko dah cuba tepon orang kelebet sana sini? kalau tak musti ko akan menyesal sebab lama sangat sampai sebulan tak buat apa2 hahaha.. :)

Pakwe/Makwe yang tu biasa hati yang mempengaruhi so kadang tak perlu sebulan :P

S3 mini said...

Ok la tu Len S3 mini.. :)
Selamat bersmartfon :)

Len Inouie said...

Sblm ni pun smartphone jugak.
Tp ginger bread jer. Haha.. kesian.
Skrg dpt Jelly Bean.

Pas Sandwich agak2 jadi McMuffin x?

eh..pe aku merepek ni..

Sam Banjamin said...

sedap buah pear tu? kiranya sedap la kan...

pilih hp sampai sebulan... pilih BF mahu makan tahun ni... banyak kriteria nak kena tapis dulu.. hehhe