Thursday, 22 August 2013

Ini menyedihkan.

Ini menyedihkan!
Serius!

Bulan ni aku ada dua post jer.
Dan mustahil aku nak ada post ketiga.
Semalam boss tiba-tiba cakap semua staff kena p Singapore untuk jadi pasukan sokongan a.k.a support team. Hahah! Aku dapat A1 dalam BM tau.

Apapun, lagi menyedihkan. Aku tak dapat nak pi sebab passport takde.
Sebab? Bukan sebab PTPTN. :p
Tapi sebab.......
tak sempat dan kelecehan melampau!!
Hari tu aku dah siap beli tiket transport dan hotel.
Masa nak buat passport, jabatan imegresen minta surat beranak dan photocopy IC mak bapak.
Bila aku cakap kalau bapak dah takde?
Orang tu suruh bagi death certificate!
SENTAP SIAL! Terus burn semua tiket dan hotel sebab tak dapat keluar daripada Malaysia masih aman.

Kali ni.. boss bagitau agak minit terakhir. (>.<) <- aku dapat A1 BM ms SPM.
Maka tak sempat la jugak aku nak apply.

Dah la plan dorang. Stay kat Hard Rock Cafe munya hotel dari Khamis sampai Isnin.
Pastu pi Universal Studio untuk berjimba atas tanggungan syarikat. Semua ditanggung halal  oleh syarikat.

Ini memang menyedihkan!

Azam bulan ini.
BUAT PASSPORT WAHAI *le Len!

Hi kawan-kawan semua. Apa khabar?
Lama tak dengar cerita.
Maaf la... saya merepek dahulu baru bertanya khabar.

Sekian terima kasih.
Selamat menyambut hari Kemerdekaan Malaya Masih Aman.


p/s: Hari ni tuan rumah tanya. 'You are not working?' *le Len jawab "I am working but I changed my job' sambil memandang jamnya. Dah jam 10.05 minit.





8 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

lain kali je la...

haha!

4feet8 said...

walaupun mcm "sygnya.." aku tetap tak faham maksud di sebalik spm BM dpt A1 tu.. kekekeke..

Woha said...

Woh pi singapore :)

Buat la passport Len.. kalau kompeni suruh pi ni BOLEH claim kompeni kos buat passport ;) .

Dulu kompeni aku nak hantar ke Jepun jenuh la buat passport claim semua lepas tu tak jadi hahaha.. Apapon lega save duit passport dah leh enjoy..

Kalau saje-saje buang duit buat passport takde maknanya bukan duduk kat sempadan keluar masuk hari-hari.


plain83 said...

masa spm, bm aku dpt B4 (bm aku mmg kureng skit), bi dpt A2 (aku tetido tengah2 jawab paper esei bi, whaddahel btol), sib baik bio ngan math mod. dpt A1, yg lain A2 ngan B jer, aku banyak main2 lol...

alaa melepas chance ko nak merewang sengapore, jgn sedih2 len, next time ada chance punyer ^^

Sam Banjamin said...

okey.. okey... jap.. macam mana nak relatekan perhubungan BM A1 dengan pas pegi singapura tu? jap jap... hahah.. ternyata saya mulai suka sama tulisan anda... salam ukhwah...

Wenwink Kidu.Duki said...

atukei.. siannyaaaaaaaaaaaaaaaa,,, nnt la kita p aaa yo hehe

mecha_praline said...

len, kenapa macam susah sangat procedur nak buat passport tu? betul ker kena ada sijil lahir? aku rasa masa aku buat dulu cuma guna ic. hmmm..

Len Inouie said...

mecha.. tu la.. susah btl. gila nyampah serabut dgn prosedur.