Tuesday, 11 June 2013

Hari Terakhir May 2013 Part II

Masa aku menaip post ni, aku berada di Starbuck Damansara Uptown dan jam menunjukkan 1139 malam. Dorang tengah sapu lantai tepi aku. Itu agak menyakitkan hati ya!Sekian pembuka kata.

Sebenarnya aku memang tiada niat nak sambung enty hari terakhir may sebab masa aku taip, aku dah lupa apa aku nak taip masa 31 May 2013. Hari ni dah 11 Jun 2013 dah pun.

Dalam masa 11 hari, dengan 7 hari bekerja secara keseluruhan, kepala aku dah kembang.
Maksud aku, otak aku dah berkembang. Haish.... aku nak cakap ilmu aku dah bertambah sedikit. Tidak statik macam dulu.

Minggu lepas aku disumbat dengan ilmu hosting. Secara tidak langsung, aku terbeli domain dan server. Bajet semangat gila nak kuasai bidang kerja kan. Bila domain aku dah beres baru aku share kat sini yer.
Setakat ni aku masih selamat daripada disakat. Sebab aku buat muka paling innoncent kot.

Apa yang aku mampu cakap, semua OK! Aku datang kerja, main pool dengan bos dulu baru buat kerja.
Yer.. ada meja pool kat office. Tadi dorang baru unstall pull up bar. Aku dengan suara perlahan cakap 'TRX tak nak install ker?''. Tapi setakat 'mumbling' jer la... ha ha ha... aku sebenarnya pemalu. Siapa dapat sangkal pernyataan ini angkat tangan.

Kawan-kawan! Aku rindu blogging secara berleluasa. Sekarang aku kena tumpukan perhatian kepada kerjaya dahulu. Maka tidak dapat ber'blogger'. T.T!

Oh ya! Tadi bos pesan, aku kena start main game sebab itu kerja aku. Ada kaitan dengan 'Customer Experience' dalam bermain game. Sape yang faham, tahniah!

Selamat berbulan July  Jun semua!!!
Semoga bulan Jun bulan yang Cun!
GAMBATE!!!!




SELAMAT PENGANTIN BARU HIME!!!!!!!
Semoga BAHAGIA SELALU!!


3 comments:

hime s said...

seronok giler opis! :D

hime s said...

and thanx a lot for the wish ^_^

plain83 said...

wah ilmu baru... best best, baru tak bosan :D