Thursday, 13 June 2013

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: 110 Juta Kenangan



Masa aku nampak post Hime S pasal Buasir Otak munyer contest, serius muka aku melonjak kegembiraan. Aku nak pen drive FREE! Mohon En.Noob bagi free tanpa bertanding. Hahaha..Aku tak nampak awal-awal sebab aku offline dalam sejak aku start kerja kat tempat baru. Daripada aku merepek, baik aku mula mengarang. Aku suka mengarang ni.

AMARAN: Ini entry panjang!


A. Pada usia berapakah yang anda paling suka sepanjang kehidupan anda? 
Masa umur 12 tahun. Masa ni aku jadi penolong ketua pengawas kat sekolah rendah. Aku 'memerintah' sekolah secara diktator. Aku pernah >>dibuli<<dan perasaan dibuli itu amat tidak seronok. Maka dengan itu, aku telah berazam untuk menghapuskan pembulian dengan menjadi pelindung yang DASYAT kepada murid-murid yang dibuli. Kalau aku tau ada sape-sape yang membuli rakan sekelas, aku mesti tiba-tiba wujud dan mula membelasah (tidak kira lelaki atau perempuan) pembuli loser itu sehingga terperosok di bawah meja. Mungkin aku pun ada niat nak lepas geram sebab aku dibuli dulu. Selepas aku puas membelasah, aku selalu tarik kolar baju budak lelaki dan cakap ' kalau aku dapat tau ko bagitau benda ni kat mak bapak kau, ko mati'.
Pada usia itu, aku berasa seperti seluruh dunia telah menjadi milikku. Semua orang hidup gembira kecuali para pembuli. Pada satu tahap semua kaki pukul bersekongkol (betul ke tak ayat aku ni?) untuk menggulingkan empayar *le Len Inouie. Empayar tidak sempat dirobohkan sepenuhnya sebab UPSR pulak dah dan aku dapat 5A. 
FapYU Bullies!!!!!! I am THE BOSS!!!!
Haih~ kenangan beb! Kenangan!

B. Apakah kenangan zaman silam (manis atau pahit) yang anda paling ingat sampai sekarang?
Aku ada gang sendiri masa kat matrik. Kami rata-rata dah kapten sukan. Kapten basket ball, kapten volley ball, kapten netball kaptain macam-macam la. Senang cerita, kami semua HEBAT BERSUKAN( dengan poyonya aku menyatakan ini). Setiap petang geng aku akan konker padang, dan semua gelanggang dari 5 petang sampai maghrib. Lepas maghrib, semua terkejar-kejar nak gi mandi, solat dan bergegas ke cafe untuk makan malam bersama. SETIAP HARI TANPA GAGAL! Tiap kali kami makan, dua meja besar kitorang konker. Kami dalam 15 orang. Selepas makan, kami akan lepak di tepi jalan bersama guitar-guitar dan mula menyanyi seperti penyangak tepi jalan. 2 hari sebelum final exam, kami buat 'konsert' tidak rasmi di tangga yang menghadap ke arah tapak perhimpunan. Semasa melalak dan bermain guitar, fello datang untuk tangkap kitorang dan menybabkan kami lari lintang pukang melarikan diri. Siapa pernah duduk asrama akan faham apa itu berlari lintang pukang tanpa bunyi macam ninja  pabila warden datang. Mengharap ada pergerakan sejenak. Kitorang lari bersama guitar tapi ada dua si bangang yang lari bersama roti yang baru dibeli tapi tinggal hanphone. 
HANDPHONE TAU TAK!!!!?

Akibatnya, nak tak nak dua bangang ni kena jumpa pegawai disiplin sebab nak claim handphone. Dua bangang kena brain wash, semua nama didedahkan. La la la... nasib baik itu semasa final exam. Dan salah satu daripada dua bangang ni sekarang dah kahwin dan tidak mengaku kami ni kawan dia. Selepas semua pengorbanan yang kami buat untuk dia, dia nak putus kawan sebab perempuan. @#%^#$%^#$%&*%^&!!!!! Aku ingat kaki aku penuh gigitan nyamuk sebab teman ko tunggu pakcik ko amek ko tau! Dari jam6 petang sampai 12 tgh malam! Dasar lupa kawan! Ishhhh~ kenangan..kenangan betol!


C. Kalau anda diberi pilihan untuk kembali ke zaman silam, ke zaman manakah yang anda mahu pergi dan apakah yang anda ingin perbetulkan atau ubah sekiranya ada?


Aku pernah cakap kat bapa aku;
' bapa, saya rasa saya akan  gagal la dalam exam baru-baru ni.Saya selalu tidur dalam kelas sebab penat bersukan. Saya wakil badminton. Kalau saya gagal,nanti kena kick dari matrik. Kalau kena kick, bikin malu bapa. Kalau bapa marah, boleh. Tapi jangan sampai tak nak mengaku saya ni anak bapa boleh?' 
Bapa aku jawab;
' Kalau dah cuba sebaik mungkin tapi tetap gagal, tak apa. Kau tetap masih anak saya'.

Bila aku dah dapat result, aku dapat PNG 3.00 (Aku siap nazar puasa seminggu tau kalau dapat 3.00 dan ke atas. Hahaha..). Aku nak tunggu sampai aku balik rumah dulu baru nak cakap dengan bapak aku "Surprise, saya tak kena kick!' depan-depan dia. Tapi bila aku sampai rumah bapa aku dah kena kubur 7 hari sebelumnya dan aku tak tau pun yang dia dah meninggal.

Kalau aku diberi pilihan untuk kembali ke zaman silam, aku tak akan tunggu sampai aku balik rumah secara fizikal baru aku bagitau kat mendiang bapa aku yang aku  dapat 3.00 pada semester  pertama dan dia tidak perlu menanggung malu dapat anak bebal. 'Unfinished business'. Susah nak lupa.

Dah 1.30 pagi. Esok kerja. K bye!
Bagitau kalau aku menang. Kalau kalah, anons sekalian depersialkan dipersilakan untuk mengomen.
"Ko loser!"

[Offline mode]


24 comments:

hime s said...

:'( .......

C++ said...

DeeDee Len..

Pergh... hebat lu punya story... mantop... kalu Noob takmo kasi hadiah.... nanti lu blasah la dier... Hahaha..

Sedih part citer tentang bapa tue... (that's no comment)..

Len Inouie said...

Huhu...
Tu la malas nak hurai banyak2 no.3 tu.

plain83 said...

fuh tabik spring sama story ko Len... aku ingatkan ko nak ckp jugak skit pasal pedo yg ko penah tumbuk atas bas tu huehehe :p

hoho psl member yg dah x mengaku kawan atau buat2 lupa kawan lepas dia kawin, ya... aku paham perasaan ko len... bini dia jenis jeles tahap kot so demi menjaga keharmonian mereka, biarlah mereka dengan dunia mereka :p

woha said...

Woh woh kapten Len.. Syabas..
Kalau Noob tak kasik menang kita blasah dia.. lol.. :)

mecha_praline said...

famili len tak bagi tau ker pasal kematian bapa len? matrik di semenanjung dan tak sempat pulang ranau?
may allah grant him syurga.

BKT said...

Mecha, mungkin dulu susah nak call/bgtau.. bukan macam sekarang semua ada handphone budak sekolah pun ada.. lagipun kat sabah kan jauh mungkin tak ada kemudahan talegram..


Apapun Len Good lucks on the contest.. tuhan uji kita dengan pelbagai cara :) be strong..

Anonymous said...

haiya lobot sebok aja kau di sini, lobot lobot, kau apa tau? hewhewhew..........

Nur Aisyah said...

Huhu , Terbaek (y)
Sedih je cite last dia :')
Btw ,
Singgah dari GA sama , Good Luck !

http://ceritahatikuu.blogspot.com/2013/06/giveaway-contest-gila-buasir-otak-110.html

dilla said...

;D klu menang nk pinjam pendrive tu heehehhe

cik amal said...

part last tu sedih doe..
nice story... nak join lah
amal follow sini

RM100X2PEMENANG
http://sayacikamal.blogspot.com/2013/06/mini-giveaway-by-zakieazid.html

samofa said...

Dari GA yang sama. Done follow you, follow me back ok?:)

dear,my stowy here
http://ceritasamofa.blogspot.com/2013/06/giveaway-contest-gila-buasir-otak-110.html

Mieza Suhaini said...

done follow # 80

bw dari segmen sama :)

follow me back ^_^

http://www.kanvasdakwat.com/2013/06/giveaway-contest-gila-buasir-otak-110.html



hahaha, lawk gelak2 aku bace ctew kaw dodol. hahaha.terbaikk ah. Tabik sket kat kepten ^_^

mecha_praline said...

mungkin jugak.

mecha_praline said...

aku mungkin tahu apa yang ko tak tahu.
dan aku tak berminat tahu benda benda yang ko tahu. ok tak?

harharhar

Anonymous said...

tak perlu tahu apa-apa la mecha.. bukan penting untuk ko pun..

len kalau menang good lucks kalau tak cuba lagi huhu.. :)

p/s:tengok ramai pula penyertaan kali ini yea?

PiSCes Za said...

:( sedihnya yang last tu.
aku pun jarang2 call mak n bapak aku.. kalau bapak/mak aku masuk hospital pun, aku tak tau cite.. dorg tak pernah inform dan aku pun jarang2 contact dorang.. after jadi bini orang ni dan baru tau how hard to have a baby, baru aku lebih menghargai mak bapak aku.. love them so much!

Len Inouie said...

Alamak.. banyak pulak komen. Tp xleh nak reply satu2 sebab *le Len noob setting komen.

Thanks for your comments everyone!

Anonymous said...

LoL

Haish mecha mecha.. dgn anon kat blog len pun nak cari pasal, mecha, u go get a girlfriend or something la, stop being a CRYBABY and get a life..

peace mV,

Wenwink Kidu.Duki said...

RIP to ur father. sedih pla sa baca kenangan ko yg tu... that feeling that i dont understand but i know its hard to accept. btw.. GOD Bless!and GOOD LUck

Prince of Noob said...

TAHNIAH!!! Anda telah dipilih sebagai pemenang bagi GA Contest Gila #4: 110 Juta Kenangan.

Mohon memberikan Nama dan Alamat anda kepada email saya princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk saya poskan hadiah dengan Pos Ekspress/Pos Laju. Sekiranya sampai hari Ahad, 30 Jun 2013 saya masih lagi tak dapat email dari anda, maka kami terpaksa memilih pemenang lain di kalangan peserta yang lain.

Anonymous said...

fuuuuuuu x dpt nak tulis ko "looser" arghhhh anonymous aliance akan kembali lagi *bergema*

onlajer said...

Taniah kerna menang cntest ini

Yumida Huda said...

wah..gerun nak duduk sekelas
nanti ada org buli..hikhik
sedih jgk baca kisah main badminton tu..x sempat jumpa bapa
tahniah menang kontest noob
kenangan yg menarik