Saturday, 22 June 2013

Mengejar Identiti

Orang cakap, lebih baik bercakap pasal diri sendiri berbanding cakap pasal orang. Ye, nampak macam obses dengan diri sendiri tapi sekurang-kurangnya aku tak mengumpat tu dah kira ok dah kan?kan? kan? [jawablah 'ya']. Bercakap pasal diri sendiri ni memang la kategori mental orang yang tidak berapa bijak (menurut Dr. Fadzilah Kamsah). Bercakap tentang idea itu adalah golongan bijak. Nak wat camner, aku tak berapa bijak. Kalau aku bijak, aku dah jadi perdana menteri. Hahaha...ehem2! panjang gila introduction aku.
Aku nak cakap pasal IDENTITI.

Masa kecik-kecik dulu, aku ingat pemilihan identiti itu sangatlah besar dalam kehidupan seharian. Ada member-member yang berlagak punk, ada yang emo, ada yang super-duper feminine, ada yang rock. Macam-macam lah.. aku sangat terpengaruh dengan penampilan Avril Lavigne which i think very cool pada ketika itu.
Ni poster pertama Avril Lavigne yang aku dapat dari majalah Utopia. Based on this photo aku start kumpul sneakers. neck tie, body fit long sleeves, skinny jeans..tapi aku takde la sampai tunjuk pusat. Banyak masa aku buang untuk mengcopycat style celebrity. Pada satu tahap, aku sedar ada sangat banyak styles yang ada dalam dunia ni. Kalau nak kejar semua, tak akan sempat dan aku hanya akan jadi pengejar fesyen. End up, I just don't care anymore...


THE POINT IS :

Wednesday, 19 June 2013

Wordless Wednesday (lah sangat) Part II

Second week in the new office mates from this post.


More bean bags!!!!

:)


Thursday, 13 June 2013

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: 110 Juta Kenangan



Masa aku nampak post Hime S pasal Buasir Otak munyer contest, serius muka aku melonjak kegembiraan. Aku nak pen drive FREE! Mohon En.Noob bagi free tanpa bertanding. Hahaha..Aku tak nampak awal-awal sebab aku offline dalam sejak aku start kerja kat tempat baru. Daripada aku merepek, baik aku mula mengarang. Aku suka mengarang ni.

AMARAN: Ini entry panjang!

Tuesday, 11 June 2013

Hari Terakhir May 2013 Part II

Masa aku menaip post ni, aku berada di Starbuck Damansara Uptown dan jam menunjukkan 1139 malam. Dorang tengah sapu lantai tepi aku. Itu agak menyakitkan hati ya!Sekian pembuka kata.

Sebenarnya aku memang tiada niat nak sambung enty hari terakhir may sebab masa aku taip, aku dah lupa apa aku nak taip masa 31 May 2013. Hari ni dah 11 Jun 2013 dah pun.

Dalam masa 11 hari, dengan 7 hari bekerja secara keseluruhan, kepala aku dah kembang.
Maksud aku, otak aku dah berkembang. Haish.... aku nak cakap ilmu aku dah bertambah sedikit. Tidak statik macam dulu.

Minggu lepas aku disumbat dengan ilmu hosting. Secara tidak langsung, aku terbeli domain dan server. Bajet semangat gila nak kuasai bidang kerja kan. Bila domain aku dah beres baru aku share kat sini yer.
Setakat ni aku masih selamat daripada disakat. Sebab aku buat muka paling innoncent kot.

Apa yang aku mampu cakap, semua OK! Aku datang kerja, main pool dengan bos dulu baru buat kerja.
Yer.. ada meja pool kat office. Tadi dorang baru unstall pull up bar. Aku dengan suara perlahan cakap 'TRX tak nak install ker?''. Tapi setakat 'mumbling' jer la... ha ha ha... aku sebenarnya pemalu. Siapa dapat sangkal pernyataan ini angkat tangan.

Kawan-kawan! Aku rindu blogging secara berleluasa. Sekarang aku kena tumpukan perhatian kepada kerjaya dahulu. Maka tidak dapat ber'blogger'. T.T!

Oh ya! Tadi bos pesan, aku kena start main game sebab itu kerja aku. Ada kaitan dengan 'Customer Experience' dalam bermain game. Sape yang faham, tahniah!

Selamat berbulan July  Jun semua!!!
Semoga bulan Jun bulan yang Cun!
GAMBATE!!!!




SELAMAT PENGANTIN BARU HIME!!!!!!!
Semoga BAHAGIA SELALU!!


Hari Terakhir May 2013

Sebulan berlalu... sebagai muhasabah diri, aku rasa perlu bagi aku buat sedikit rumusan tentang apa yang aku dah buat bulan ni. Biasanya aku sedang menghirup udara segar di kampung pada 31 May.
Tapi tahun ni, takde rezeki nak balik kampung sebab peralihan kerjaya.

May 3, 2013 : Aku resign. Bukan mudah bagiku melepaskan keseronokan bersukan dan bersuka ria dengan aktiviti syarikat. Tapi apapun, aku kerja untuk duit. Itu hakikat yang sukar untuk dinafikan. Ironinya, aku telah meletak jawatan pada tarikh yang sama pada tahun 2011. Agaknya emosi aku ini memang bermusim....

bersambung...


p/s: Post sepatutnya aku post pada 31 May... tp sekaran baru dapat post.