Tuesday, 21 May 2013

Proses menjadi wanita yang hebat?

AMARAN: Ini entry yang amat sangat panjang dan semuanya cuma untuk berlagak bagus. Bacalah setakat mana yang anda larat.

Tajuk yang hebat bukan? Tajuk melebih-lebih jer tu..
Bagi aku, setiap pilihan dan keputusan haruslah dipertimbangkan sebaik mungkin supaya keadaan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Alkisahnya...
Masa aku second year, aku pilih untuk keluar daripada kolej sebab aku nak belajar hidup membayar bil setiap bulan seperti orang dewasa. HA HA HA! (dewasalah sangat). Maknanya aku dah mula hidup seperti orang dewasa sebelum 21 tahun. Dengan duit poket daripada my great brother ( aku rasa abang aku yang ni superhero), aku bahagikan untuk bayar sewa rumah, bayar bil elektrik, topup, tambang bas, beli barang dapur (kitorang kadang-kadang masak weh!) dan hiburan. Yang selalu menyebabkan aku lari bajet ialah fotokopi nota. Menyampah betul! Padahal aku tak baca pun. Oh ya! Aku kenal ikan selar. Semua ikan adalah ikan selar bagi aku masa ni. Tapi pari aku kenal la sebab aku suka pari bakar cicah kicap bercili. sllrrrrrppp! sedap!  Aku belajar memasak kat sini juga. Terutama sekali masakan melayu sebab housemates aku semua melayu. Secara keseluruhannya, aku telah belajar membahagikan kewangan secara tidak langsung. Dapat merasa 'pinch' duit kering dalam poket semasa tinggal kat >>sini<<.

Selepas bekerja, aku tinggal bersama abang aku yang tidak berapa hero pula kat Damansara (mampus aku kalau dia baca post nih). Di sana, aku belajar menghadapi 'rakan serumah' yang sangat cerewet dan sentiasa merungut. Pantang betul aku dengan orang macam tu. Aku juga mula belajar memberi wang untuk support barang dapur secara official. Aku juga telah belajar membeli barangan dapur dan rumah untuk bekalan sebulan/seminggu. Aku tahu kena beli barang basah waktu bila, beli barang dapur kering bila dan mula biasa dengan harga-harga barangan domestik seperti sabun, susu dan daging serta ikan. Masa ni aku dah belajar ikan-ikan di TESCO bukan semuanya ikan selar. Aku mula kenal bawal putih, hitam dan talapia serta banyak lagi. Aku tau sayur harus dibeli paling kurang 3x seminggu. Paling penting aku tahu jam berapa kena datang untuk dapat udang segar. WOW! Aku bangga!


Ikan selar goreng adalah ikan paling sedap di dunia.
 

Selepas tidak tahan dengan 'rakan serumah', aku berpindah menyewa SATU RUMAH. Di sini, aku belajar mengemas SATU RUMAH.. sebab selama ni member yang suka kemas satu rumah, sepupu yang kemas satu rumah. Aku bagi duit beli itu ini, bayar itu ini jer. ha ha ha! Satu jer aku paling hebat daripada dulu, toilet! Aku MASTER dalam kebersihan tandas.  So fair kan? (fair la sangat).Tapi sejak berpindah ke rumah dan hidup seorang diri, aku belajar jaga semua benda. Tapi baju aku hantar dobi.  So, aku masih bukan hebat. Tapi kat sini aku belajara memasak 3-4 hidangan makanan dalam masa sejam. Ha.. yang tu aku rasa hebat. he he he..
 
Selepas itu, aku pindah ke Damansara lagi. Kali ni menyewa bilik kecil dalam sebuah rumah teres dua tingkat. Takde banyak benda aku belajar kat sini selain membasuh baju aku sendiri, menjemur dan melipat kain. Kadang-kadang iron baju. Maka aku pun berhenti membeli pakaian yang perlu kena iron. Aku juga belajar membuang sampah aku sendiri ke tong sampah yang besar sejak aku pindah kat rumah aku sekarang. Kat sekolah menengah aku elak jaga tong sampah sebab aku ada OCD. Rasa jijik nak pegang sampah. Masa kali pertama aku menyewa bersama rakan-rakan pun aku memang tak akan sentuh sampah. Aku sapu dan mop lantai tapi aku tak akan pegang plastik sampah. Masa duduk rumah abang aku pun kakak ipar aku yang buang sampah. Dan sepupu aku yang basuh, jemur, lipat dan iron baju-baju aku. Hebat tak kesengalan aku?  Sorry.. already happen! Inilah padahnya jadi budak asrama penuh! Manja tahap menyakitkan jiwa. Masa aku tinggal seorang diri di rumah lama, lepas sapu sampah dan kemas rumah aku panggil bekas kekasih datang untuk tolong buang sampah. Gedik tak? memang amat gedik! Can't help it. (Sila bunuh *le Len Inouie kalau tak boleh blah).
 


Kawasan rumah yang aku tinggal sekarang...
 

Sekarang bekas kekasih sudah tidak wujud untuk tolong buang sampah. Maka aku terpaksa belajar membuang sampah sendiri. Hmm... cousin pun tak dapat nak membantu cuci baju. Maka aku terpaksa cuci baju sendiri. Ah! terasa amat sukar. Tapi after all... aku sudah acquire the basic skill seorang perempuan. Bajet barangan dapur (duit), memasak, dan mengemas. Aku juga bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.  Ho yeah~! Cuma jaga bab-bab anak jer belum. Aku cuma mahir menjadi kuda kanak-kanak setakat ini...Apapun! Aku rasa aku dah hebat! OMG!!!! Gila perasan kau LEN!
 
Tapi malangnya. aku masih bercakap dan berblog seperti sampah.
Pertuturan masih macam kanak-kanak riang.
Maka dengan itu, saya masih belum bergelar wanita hebat.
Jauh panggang dari api! Ahhh!! banyaknya lagi perlu kena belajar...

Ahhh... sape baca habis aku memang salute la!
 


 

12 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

haha!

aku memang kerja buang sampah kalau kat rumah...

tp rumah sewa skang ni ada orang lain buat...

untung aku

:)

Anonymous said...

Wah hebat dear

KC said...

Wah! Dalam proses jadi wanita yang hebat...jom lari KL Marathon Jun ni...

P.S - Kesian tu ex-bf jadi tukang buang sampah je dia

4feet8 said...

masa baca ni, terasa macam leninoue yang sedang bercerita secara live dpnku..
byk lagi masa utk belajar semua itu, hidup inikan adalah salah satu proses pembelajaran.. ;)
seperti saya belajar menguruskan kereta sendiri selepas arwah abah tiada.. tukar tayar kereta, okey? tanya officemate ku untuk bukti.. hehe..

Len Inouie said...

Gosh... tukar tayar kereta. nasib skrg len dah gemuk, dulu lompat atas spana buka nat tu.. nat x gerak2. sedih betul.

Hahaha.. hebat la sangat. Kah! Kah! Kah! Skrg len mmg jaga kereta sendiri. T.T! Menyedihkan..

Len Inouie said...

Oooops! KC is here.. thanks for visiting. Alamak.. kantoi!

Marathon? Hmmm... Jun? Not yet.. tak pernah try 10Km pun lagi setakat ni.
:)

plain83 said...

Learning is a life-long process, the more you know the more you have to learn, the more you know the more you know you don't know... lol :D

oh kerdilnya kita ni kan...

Len Inouie said...

Sy sgt setuju plain.. rasa mcm kerdil sgt di tengah lautan ilmu.
Haha.. tiba-tiba pulak bermadah di pagi rabu.

dilla said...

um saya pula xpasti apa fungsi saya di rumah sewa . haha

woha said...

Woha Len.. maaf kalau saya tanya agak kasar.. saya agak muskhil.. kalau buang sampah satu trauma bagaimana agaknya kamu beristinjak.. mungkin sebab itu kamu fobis melihat tandas tertutup.. erk.. ada kaitan dak?


Len Inouie said...

hahahaha...woha ada soalan cepumas.
Kalau saya jawab, saya memang sengal. I don't look at my shit. I keep flushing. Ha Ha Ha!

Saya pembazir air yang hebat dan melampau. Saya juga sentiasa ada dua sabun. satu sabun antibiotik dan satu lagi sabun yang lembut macam Johson Baby/Lux dan sebagainya. jd kalau nak mandi/cuci tangan, kena cuci at least guna 2 sabun. Repetition at least 4x. Yep! Itu sejenis OCD. tapi *le Len dalam usaha mengatasi kebangangan itu.

Saya memang sengal kerana menjawab soalan itu. ha ha Happy Monday!

Encik H said...

haaa..aku baca sampai habis..cuma sebab kotak komen ni berasingan drpd entry, so aku susah sikit nak komen berdasarkan entry..hahaha

part panggil kekasih buangkan sampah tu memang gedik beb..aku terbayang pulak sorang lelaki sanggup datang buangkan sampah utk kau..lawak gila..kahkah

apa lagi yer kat dalam entry tadi? lupa dah..haa, ikan selar memang best..one of the best..