Wednesday, 15 May 2013

Minimalis

Aku tak tau la kalau ada orang perasan ke tak (duh~ memang la takde orang kisah bodo) aku suka benda simple. Aku nak semua benda seringkas yang mungkin dalam setiap segi macam >>ini<<. Macam blog ni pun kalau boleh aku nak lagi ringkas. Tapi blog macam ni jer pun orang dah cakap blog miskin. Adeh~ susah betul!
  *sigh*
Pada asalnya, blog ini memang aku kategorikan sebagai diari peribadi. Tapi setelah berfikir seribu kali, aku akhirnya dapat keberanian untuk publish dan membenarkan semua manusia yang bernama dan anons kutuk baca.
Pada satu tahap, aku juga pernah berasa 24 jam 7 hari seminggu ini tidak memadai dalam hidup sebab banyak benda aku nak buat dan banyak benda tidak perlu seringkali menggangu plan aku. (Kisah tak cukup masa ada dalam entry >>INI<<. )Contohnya, aku cuba nak tidur awal tapi aku rimas tengok bilik bersepah lalu aku tiba-tiba menyapu bilik pada jam 12 tengah malam yang kedengaran seperti bodo.
Aku juga pernah mengutuk fashion yang menyebabkan aku kelihatan sundal dan semua itu adalah kesia-siaan belaka kat >>SINI<<
Aku juga pernah meluahkan kerisauan aku dalam hidup dan juga benda yang aku benci kat >>sini<<
Ahh! Banyak benda la kalau nak tulis semua. Maaf aku tak larat. Aku nak list semua tu sebab konon nak tunjuk aku ni sebenarnya secara semulajadi minimalis dari dulu. Sila baca perenggan terakhir enty >>ini<< sebagai bukti. Bertarikh 26 Nov 2008.
Setelah sekian lama...akhirnya aku buat keputusan untuk buka langkah merealisasikan kehidupan yang ringkas dan gumbira. Eh, aku dah cakap pasal ni la kat enty sebelumnya. Sengal! Boleh pulak aku lupa. Repetitive me. Ini memang typical *le Len Inouie. Cakap benda sama berulang-ulang. Lagi bungux, aku baru jer cakap aku tak nak cakap ini minimalis. Aku nak bagi nama A Simple Happy Life. Tapi hakikatnya, aku memang sedang menuju ke arah minimalis. Aku siap terfikir nak ucapkan selamat tinggal kepada Shin Chan.
Aku dah gila ke?
Plain83, aku harap entry ini sedikit sebanyak menjawab persoalan ko. Bukan untuk membuang memori terapi merealisasikan memori asal.
p/s: Entah-entah aku dah pernah cakap pasal semua benda yang aku tulis kat atas ni dalam enti lain. Repetitive *le Len Inouie. Jadi apa kaitan tajuk post dan kandungan post? Hmm... macam takde jer.

AKU NAK SIMPAN DUIT PI SINI BOLEH TAK!!!!!!!?

7 comments:

Anonymous said...

KISS - keep it short & simple

- simply the best :)

plain83 said...

nak ucap sayonara kat sinchan ka? iskkk jangan la... sedih dia nnt x dpt bwk ko jalan2 lg dah...huhuhu

p/s: jom gi taman tema anime tu, aku teman ko habiskan duit kat situ muahahahhaha XD

Len Inouie said...

Plain! Boleh jer... ohmagad!
gila... masuk dalam list mesti dilawat dalam hayat ini tu.

boni kacak said...

hahaha. dasyat bahasa-bahasa awak kan.. hehehe. simple itu kadang-kadang terbaik sebenarnya :)

Nick Nashram said...

sama r..aku kalo kuar pakai pun simple je..lantak r apa org nak kata asal selesa..hahah

BKT said...

ko ada senarai tempat yang wajib dilawati sebelum mati ke len?

Len Inouie said...

@Nick. Bagus la.. tp simple yg aku nak ni in everything.

BKT: Ada. hehehehe...