Wednesday, 29 May 2013

Makanan Degemawan Saya

PERHATIAN: Tiada niat untuk meniru post Encik H. Entry ini juga tidak mempunyai nilai-nilai murni.

Makanan kegemaran Encik H ialah tomato.

Dulu masa kecik mak aku cakap makan tomato elok untuk kulit. Mungkin sebab itu aku fikir aku telah mencintai tomato. Tapi hakikatnya...

Aku makan tomato untuk senangkan hati mak aku. Aku juga telah menanam tomato demi untuk menawan hati mak. Tapi tomato aku tumbuh kerdil terencat dan ketot. Buah kecil. Aku kecewa. Itu amat mengecewakan. Aku makan dan tanam tomato tetapi dia tidak bekerjasama denganku dengan berbuah besar dan lebah. Sayur putih aku tumbuh subur besar dan cantik. Ladies finger aku jugak tumbuh subur dan sihat. Amat sedap dimakan bersama sambal belacan. Slrrrrrrp.... kecur air liur.

Sayur Putih a.k.a Pak Choi


Dah besar-besar ni aku dah tahu, aku memang tak pernah suka tomato.
Aku benci aku telah memaksa diri aku makan tomato.
Aku tidak akan berpura-pura aku suka tomato dah...
Yang peliknya, kenapa lelaki suka makan tomato?
Rata-rata lelaki yang aku kenal suka makan tomato.
Heran sungguh! Apa yang best sangat dengan tomato?
Bila aku interview member lelaki, dia cakap dia suka makan tomato sebab tomato takde rasa.

Ko makan tomato sebab tomato takde rasa?WTF?

Kepada semua penggemar tomato, korang makan la tomato kat dunia ni sampai habis!

Moral enty ini : Kalau tak suka, jangan paksa. Nanti menyesal!

p/s: Entry ini sekadar respon kepada entry Encik H.

8 comments:

Encik H said...

haaa..dah boleh komen dah..hahaha

macam mana la kawan kau tu boleh kata dia suka makan tomato sebab tomato takde rasa..pelik betul..tomato tu rasa tomato la..kahkahkah

aku dah lama x buat sambal belacan Len..esok nak kena pegi beli belacan nih..

plain83 said...

hahah aku suka makan tomato sbb tomato rasa tomato, sedap dibakar dlm oven dengan cheese, olive oil n oregano... tomato unik, dia sejenis buah dan bukan sejenis sayuran, rasa dia tak manis mcm kebanyakan buah2an yg lain :D

sayur bakchoi dan kacang bendi pun aku suka, masak goreng kicap slurppp~ :D

Len Inouie said...

Benci tomato sebab dia rasa macam tomato. Cherry tomato pun menyampahkan. Tapi satu jer cara aku boleh makan tomato. Cincang halus jadi cube, campur bawang merah, campur cili potong, perah limau banyak2, pastu letak kicap manis..
Sllllrrrrrrp!!!! Akhir sekali, makan dengan ikan pari bakar.

Hampeh! Telan air liur sorang2.

dilla said...

degemawannn thats so adowablee hihi
i dun like tomato but i like it when its cooked . yg raw punya x gemar

my fav sayur is karot . i can eat a bucket of carot mcm tu je :3

4feet8 said...

haa.. baru boleh komen.
sy pun tak suka makan tomato mentah. kalau dah masak dlm lauk ke, nasi ke, makanlah juga.. kesimpulannya, rasa mcm tak berapa boleh terima makan begitu saja. masam..

Carlos Santiago said...

tomato kalau mkn mentah2 rasa mcm nk muntah. tapi aku suka letak tomato kat muka sebelum tido. hahahaha.... walaupun aku lelaki, kemacholan kena jaga. hahahaha

Len Inouie said...

nampaknya ramai orang tak berapa suka tomato. Kesian pulak.
Dahlah tersepit antara buah dan sayur. Orang pun tak layan.
Tapi aku tetap tak suka tomato.

Lepas letak kat muka baru ko makan ek en.carlos?

Anonymous said...

Aku pun tak suka tomato..
nak makan boleh je tapi untuk suka tidak le

Apa bestnye tomotot? sebab takda rasa? lol bukan ada rasa masam ke? :D