Monday, 20 May 2013

Ketakutan

Semakin aku menua, semakin banyak benda aku belajar.
Semakin banyak masalah aku dapat, semakin banyak benda aku belajar.
 
Semalam, semasa aku tengah memandu dalam kelajuan 50km/h melalui jambatan samsung selepas menghabiskan larian 7km Malaysia Brakfast Run 2013 dan menonton perlawanan futsal di Sunway Extreme Park..Haaaa sapa tau kat mana tu? Anyway, itu tidak penting. The point is, sambil melalak lagu just 'Just Give Me A Reason' by Pink & Nate Ruess aku cakap " lagu ni bagus! Rentak dia menggalakkan aku bawa 50km/h'. Tidak seperti lagu 'The Other Side by Bruno Mars & Cee Lo Green' yang buat aku nak tekan pedal sampai lantai. "
 
Pfffffffftttttt! Biskut aku lemau pulak dah! Leka menaip lupa biskut masih ada dalam kopi. Hampeh! Dah la tu biskut paling last!
 
Bukan itu point aku! Ha ha ha!
The real point is : bagi semua masalah kecil dan masalah besaq yang aku jumpa, dapat dan lalui..ada satu perkara yang aku simpulkan. Dalam kebanyakkan masa, imaginasi buruk, kerisauan dan ketakutan yang belum tentu akan terjadi yang menyebabkan aku limit banyak benda dan keputusan. Ketakutan kepada benda yang belum terjadi adalah penyebab keputusan yang tidak berkualiti dan tidak hebat di alam nyata. Itu menyebabkan aku cakap ' ler... kan bagus kalau aku buat macam ni (cara lain). Ruginya aku.. '. Ke korang tak pernah terguna ' kalaulah aku bla bla bla... kan bagus?'
 
Contoh 1
Aku ajak member pi bungy jump kat Extreme Park. Itu tidak 100% dijamin selamat. Kalau tali tu putus macam mana? Maka dia menolak pelawaan aku walau aku sudi bayar untuk dia. So, aku cari member lain yang sudi. Ha ha ha!..
 



 

 
Contoh 2
Selepas degupan jantung berhenti a.k.a mati, semua organ hanya akan berhenti berfungsi selepas 6 jam. Maknanya, dalam masa 6 jam anda masih ada kemungkinan untuk hidup semula. Tapi...... kalau nak jadi penderma organ, semua organ yang hendak diderma harus di'harvest' daripada tubuh anda dalam masa 6 jam supaya organ belum 'mati'. Maka dengan itu, say 'goodbye' to your chance jika anda seorang penderma organ. Adakah itu menakutkan anda? Ya! Saya juga takut dengan kemungkinan itu. Tapi saya tetap menjadi penderma organ. Mati itu satu perkara yang pasti. Bila, di mana dan macam mana tu tidak tahu. Tapi tak perlu la nak hidup dua kali. Menyedihkan hati keluarga dua kali. Mati sekali dahler..
 
Nampak tak? Ketakutan yang menghadkan anda. Aku bukan nak cakap aku hebat. Bukan nak nak tunjuk hebat. Bukan nak memandai-mandai.Jauh sekali! Aku cuma nak cakap, jangan takut!
 
Ketakutan itu tidak nyata. Tapi bahaya itu nyata. Jangan campur aduk macam rojak.
 
 

9 comments:

4feet8 said...

selepas 6jam ada kemungkinan hidup semula tu ada fakta yg berasas kah?
nak bunjee? jom.
kenapa semua ku ajak, semua tak mahu..?
tapi, bila baca entry len ni, mcm kecut pula perut..

Anonymous said...

Apa pasal tak ajak saya saya minat bugee jump apalagi extreme activities :) jom sky jump jom..

Len Inouie said...

Forever anon kenapa tak memunculkan diri di alam nyata?
Ramai kot visitor blog saya ni suka extreme. Kalau betol nak, I can arrange.

:)

Rapunzeel Cikilolo said...

ketakutan macam ko rasa tu; aku rasa semua org pun rasa.

menderma organ?

aku pun tak fikir nak buat. entah!

hehe.

plain83 said...

aku rasa aku paham benar maksud ko dlm entry ini Len...

aku ngaku aku mmg penakut benda2/aktiviti2 yg boleh mengakibatkan kecederaan dan kesakitan fizikal, dan aku juga takut jarum... kalau la aku tak takut jarum, aku dah boleh jd seorang penderma darah :(

Ym.Bundle said...

takut tapi ketagihan adrenalin..takut tapi mahu gitu..

Len Inouie said...

tak payah paksa2 nak fikir. :)

Plain: Hahah..benda2 yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal yer. AKu pun sama sbnrnya.. bdan aku tak pernah sial daripada luka dan lebam. Langgar sana sini, koyak sana sini. Patut kena elak benda bahaya tapi taknak hidup bosan. :p

Bundle: Tahniah dapat bundle jr. :) Ketagihan adrenalin itu mcm betul.:p

Anonymous said...

Just Do It

- Nike ;)

Encik H said...

masalahnya skrg, kita takut pada benda2 yg kita xtau..benda2 yg belum tentu jadi...

aku sendiri macam tu..cuma tak selalu la, just dalam keadaan2 yg tertentu..:D