Thursday, 30 May 2013

Kepalaku tersepit! (SOS)

PERHATIAN: Tiada kecelakaan berlaku dalam post ini.

Menjadi orang dewasa memang mencabar.
Nak makan pun kadang-kadang tertekan nak pilih makan apa.
Kalau masa kecil-kecil dulu. mak masak aku makan jer.
Tak perlu aku fikir breakfast, lunch dan dinner. Ini tahap belum kahwin. Kalau dah kahwin kena fikir resepi apa pulak. Kang masak benda sama tiap hari suami cari orang lain.
Sekian itu pembukaan entry.


Minggu depan aku akan start kerja kat syarikat baru.
Berdebar-debar! Kalau ikut hati, aku nak rehat sebulan dua.
Tapi memandangkan aku ini perempuan dewasa yang berdikari, aku kena bayar rumah, kereta makan minum dan sebagainya secara bersendirian. Aku bukan macam kebanyakkan perempuan (lelaki pun ada) yang kalau tak tahan kerja, bagi notis 24 jam balik rumah mak untuk mengadu nasib. Perabis beras mak bapak sebulan dua sambil menangis baru cari kerja baru lepas telinga dah panas kena tanya bila nak cari kerja.

Ada orang pesan kat aku supaya menjadi adik bongsu sejati. Malas kerja, kalau tak dapat kerja pun takpe. Tadah tangan daripada abang-abang dan kakak-kakak jer. Tapi entah la... mungkin aku memang membiarkan diri aku diprogram menjadi seorang yang berdikari kot. Such a waste of being 'bongsu'.
 
Pada perenggan yang ke-4, aku masih belum nyatakan kenapa kepalaku tersepit. Fixed liability aku setiap bulan >RM2K. Ini adalah benda yang WAJIB aku bayar. Kalau aku suka-suka hati berhenti kerja, mana aku nak korek 2K untuk bayar kesinambungan hidupku? Gila ke hapa mintak kat abang sampai macam tu? Kalau mereka jutawan tak apa. Tapi dorang rata-rata kerja dengan gomen. Aku rasa nak hentikan keahlian Fitness First untuk kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu selaras dengan perjalananku ke arah A Simple Happy Life. (Akhirnya aku sampai kepada tujuan entry ini). Bayaran bulanan aku ialah RM145.22. Rasa macam banyak pulak. Sebab tu aku rasa nak terminate. Tapi jiwa aku perlu gym a.k.a WORKOUT.
 
Kepalaku tersepit dalam menentukan keperluan dan kemahuan.
 
Tak tahu mana satu sebenarnya. Kalau aku tak bersenam, aku jadi moody dan malar menggemuk bersama McD.

Ini bukti aku akan menggemuk bersama McD! Ini belum kira sebelum kewujudan foursquare. Saya ada 58 check-ins!
 
Bagi korang, ini satu keperluan atau kemahuan aku semata-mata?

11 comments:

plain83 said...

fuhhh...gila ketagih mekdi ko len, mmg wajib la gym tu bagi ko Len...

4feet8 said...

kat gym, kau suka main apa len?
teruskan gym, sambil kumpul duit beli peralatan yg kau suka main. lepas beli tu, berhenti keahlian, main saja kat rumah..
Mcd kan dihatimu, takkan nak tinggal kot.. hehe..

Rapunzeel Cikilolo said...

emm...

gym kalo dah minat ia jadi keperluan la kan...

keje je ler...

sokong cakap 4feet8 tu dengan bekerja jugak dpt beli itu semua kan?

Len Inouie said...

Plain: Aku memang ketagihan McD. Member aku cakap rexeki aku dengan McD. Keje 1st: Takde kedai kat area tu. So kena orderMcD delivery hari2. Now, McD kat ground floor, office aku kat level 12.

4feet8: mAcam mana aku nake beli 'group class'? Takleh nak beli orang. hahah..

Rapunzel: Hmm..btl jgk. Keje memang untuk benda yg kita minat jugak.

4feet8 said...

hired cikgu dia..
haha.. cost juga..
mm.. beli video jela. download ke. lepastu, follow.. hehe

Anonymous said...

Len, Memandangkan ko dah duduk sendiri why not you create your own gym room.. rasanya duit yuran bulan2 kalau kumpul boleh beli set gym sendiri..

Yeala cuma satu semangat pi gym dengan semnagat buat sendiri workout beza kan.. tapi memandangkan ko kata ko ketagih workout i think you can be yourself buat sendiri.. :) sesekali joging kat taman tasik etc..

aku pun tengah siapkan bilik workout aku.. tengah carik punch bag.. hari tu tengok dalam rm1++ tension2 boleh kick boxing kat bilik hahaha.. :)

Apapun good lucks ler dear Len.. :)
Strong and survive.. keep it as simple as you can ;)

atiera said...

another choice:
pegi buat part time kat mekdi.
1) duit btambah
2) nanti lama2 jadi muak dah bau ayam.

hehehehee..

dilla said...

i bile rase nk makan fast food nafsu mmbuak2 bile dah separa kenyang jadi gile muak .

dilla said...

tapi kan len , i think dr u byr bulan2 kat fitness tu baik simpan duit beli appliances utk workout kat umah . :)

dilla said...

ah sory terkomen smpi 3 kali , sbb tak abis tulis dah tersend

nk ckp , belilah konsol wii , hee boleh exercise dgn main game gerak2 depan tv . hihi

plain83 said...

Len~
terasa agak sepi x nmpak update dari ko... pe cer tempat baru? best? ada kena sakat dgn new colleagues? :D