Tuesday, 7 May 2013

Kenapa aku tak mengundi?

Ini pertama kali aku buat post pasal politik dalam negaraku Sabah Malaysia.
Sekian kata-kata pembukaan diriku.
Setiap kali orang tanya kenapa aku kenapa tak mengundi?


*le Len akan jawab 'saya masih kanak-kanak. Saya tak tahu apa-apa ' berulang kali sehingga orang itu bosan.
Jawapan macam tinja kan? Ya memang!

*le Len Inouie bersantai di restaurant sambil menikmati sarapan pagi semasa. - 5 Mei, 2013

*le Len memang secara jujur tak berapa berminat dengan politik. Penuh dengan tahilembu, sampah dan penipuan. Sebagai kanak-kanak riang, selalu rasa diriku ditipu. Oh! Pernyataan yang tidak munaSabah.
Secara jujur, aku rasa aku amat cetek dalam bab-bab politik. Jadi dalam post ini, kebanyakkan masa aku hanya akan merapu dan memberi ayat yang berbunga-bunga dan berbelit-belit macam Anw*r. Kadang kala ayat-ayat ini amat entertaining  tetapi ada masanya sangat menyampahkan.
Bercakap tentang manifesto, ada kopikucing* dalam banyak perkara. Tetapi aku suka angka yang realistik. Satu lagi, aku suka janji yang ditepati tapi kalau peluang pun tidak diberi, macam mana nak tepati janji kan? Ehem! No further comment.
Sebab otak aku kecil, ada orang cakap small minded  punyer otak sebab aku cakap 'How do they do welding in the rain? Aren't they supposed to die already because of the electric and rain?', dalam banyak-banyak perkara dalam manifesto, aku pandang lebih kepada isu PTPTN sahaja sebab otak aku kecil.
Meh.. aku nak cerita sikit.
Masa aku kerja untuk Singaporean dulu, BANYAK pelanggan memohon kredit kad semata-mata nak dapat beg galas percuma walaupun terma dan syarat mengatakan *limited to first 100 customers ONLY. Selepas memohon kredit kad, mereka akan mendesak bank supaya memberi mereka beg galas percuma. Apabila bank mengatakan bahawa beg galas cuma terhad kepada 100 pelanggan pertama sahaja, mereka akan cakap
'You lousy bank! No one told me that it is only for first 100 customers. Your sales person cheated me! I don't care! I applied this credit card to get the free back pack. You know, I applied credit card from XXX bank, they give me a back pack on the spot. Why your bank cannot do that? I gave the xxx bag to my son and I supposed to get the back pack from your bank for my other child!'.
Memandangkan kami ingin menutup mulut yang bising menggembirakan pelanggan, kami terpaksa memberikan beg silang percuma out of goodwill basis  walaupun nama pelanggan tersebut tidak tersenarai dalam 100 pelanggan pertama. Beberapa hari kemudian, pelanggan tersebut akan membisingkan diri lagi
' You lousy cheating bank! I was promised a BACK PACK! Not a SLING BAG! This is unacceptable. First, you promised a back pack and then you say I am not entitled, then after I complaint, you give me a sling bag instead of back pack! I am not happy! I demand for a back pack!'
Memandangkan kami ingin menutup mulut yang bising menggembirakan pelanggan, kami terpaksa menghantar beg galas daripada promosi produk lain kepada pelanggan tersebut menggunakan khidmat penghantaraan segera. Beberapa hari kemudian, pelanggan tersebut akan membisingkan diri lagi ' I have receieved my back pack. Your bank arr... so terrible! After all the hasle, all I got was a very low quality back pack. The zipper doesn't look durable. I don't think it can carry a lot of things.. bla...bla..bla... and you know what!? I am not not going to use this bag! I am going to throw it!'  tut...tut...tut.... call disconnected.
Tapi aku berani kerat jari, dorang takkan buang punya. Dorang mesti akan guna beg tu.
Kat Malaysia pulak, orang yang offer  kredit kad terkejar-kejar cakap ' Miss/Sir.. apply credit card now and I will give you this luggage on the spot! Doesn't matter you get confirmed or not you will still get it'. Orang Malaysia akan pandang luggage itu sambil berkata dalam hati (Eleh... beg FREE. apa kelas? tak nak la.. ) sambil cakap "No.Thank you!"
Ahh~ aku rasa korang semua tahu apa aku nak cakap.
So, nampak tak attitude difference terhadap benda percuma?
Berdasarkan cerita small minded  aku tu.. aku berpendapat, pada tahap ini free education/pemansuhan PTPTN masih belum sesuai... harap bersabar semua sehingga masa sesuai itu wujud.Bila? Aku pun tak boleh nak jawab. Mungkin beberapa tahun akan datang?  Kalau belajar bersungguh-sungguh, PTPTN jadi percuma apa? Aku rasa ini semua desakan generasi yang liat membayar balik hutang PTPTN jer.. nak lepas tangan... atau kau belum cukup miskin untuk memahami erti BERSUSAH PAYAH mengejar pelajaran. Dapat duit bukan bayar yuran, tapi beli handphone, bawa makwe pi genting highland, joli sana joli sini. Bla... bla.. bla.. bla..
Secara keseluruhan, orang Malaysia masih belum tergila-gilakan pelajaran, masih belum gersang ilmu. Masih datang ke sekolah kerana semua orang ke sekolah dan bukan kerana wawasan untuk hidup yang berjaya. Aku rasa semua orang tahu apa kebangangan budak-budak sekolah dan juga universiti zaman sekarang. Dah! Sekian sahaja!
Cabaran Wawasan 2020.No 4.
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
Ini adalah cabaran wawasan yang aku rasa sangat-sangat-sangat mencabar. Apapun, BN dah menang dah pun. Terima kasih kepada pembangkang atas hujah-hujah dan cabaran serta kritikan yang membuatkan kerajaan panas bontot kejap dan juga memeriahkan pilihan raya!
Aku harap sistem pembelajaran di negara kita diubah menjadi lebih baik. Kalau boleh, nak education yang tidak terhad oleh umur. Itu lebih menarik. Dah! Dah! Dah! Mengundi pun tidak, tapi cakap banyak pulak. Haishhh!!
PEACE! No War!

9 comments:

zack said...

Ko tahu Len sebab apa aku pergi mengundi?

Bukan sebab nak ubah kerajaan,nak kekalkan kerajaan,nak minyak murah or nak tol free or bla,bla,bla.

Sebab dia Mudah je..Aku teringin nak kena calit dengan dakwat kekal tu je weeeeeee~ kihkihkih

Pendapat Aku dan pendirian soal politik tetap sama...Mereka semua adalah Sama..Mereka adalah Pelakon dan Scammer..ibarat pepsi dan coca-cola.

Hanya orang Bodoh percaya mereka Ahli2 politik adalah berbeza.

Aku sebenarnya Mengharapkan PR menang kali ni coz aku nak buktikan Hipotesis aku mengenai soal mereka bahawa mereka juga sama seperti BN.

Tak ada beza..Percayalah Len..Aku Berani kerat Kaki aku bahawasanya Mereka tiada perbezaan langsung!

Mereka akan tetap Bangunkan ekonomi Malaysia(Kapitalis),mereka akan tetap tipu duit rakyat(Rasuah etc),rakyat bawahan tetap miskin dan kapitalis semakin kaya..semua janji2 manis hanyalah sekadar janji manis.

Itulah politik Moden Demokrasi..Mereka bekerja untuk Kapitalis bukan Untuk rakyat.

hime s said...

aku setuju ptptn x dimansuhkan. senang je. mende tak free pun bbdk malas belajar, apetah lagi mende free.

Len said...

Dua-dua pun kotor.Sama jer... bairlah para pencacai politik decide untuk aku yang tipikal Malaysian yang pemalas. Titik!

Anonymous said...

Hahah Zack.. Aku pun rasa PR tu sama je dengan BN..

Aku harap PRU13 ni PR boleh menang nak tengok kepandaian menteri2 PR pulak la.. Asik BN je.. selama 55 tahun ni.. bagi la 5 tahun kat PR tengok..

Aku tengok kat Penang dia boleh langsaikan Hutang yang BN tingalkan.. Kot PR boleh langsaikan Hutang Malaysia 500Billion BN buat tu.. hahaha..

plain83 said...

aku setuju sama hime... nak ptptn free, belajar rajin2 la kasi dpt 1st class, adil what? hahah

boni kacak said...

ayat gersang ilmu tu memang terbaik :)

lama tak jenguk ke sini.. apa khabar len?

Nick Nashram said...

kadang2 terfikir jugak nak jadi neutral party je..tapi urmmm takpa la, pangkah je la yg mana..huhu

Encik H said...

aku mengundi PR sebab aku taknak BN kuat sangat..in fact aku sendiri tau yg PR xleh nak menang PRU aritu..

dua2 xde beza..dua2 sembang jer kencang..tapi bila goyahnya BN kebelakangan ni, aku rasa itu akan buatkan diorang cuba provide yg lebih baik pada masa yg akan dtg..

tu pada narrow minded aku la..sebab tu aku x undi BN..

Len Inouie said...

Hahaha... H. Kitew kawan narrrow minded.
:P