Tuesday, 30 April 2013

Hari terakhir

Hari ini ialah hari terakhir bulan April. Itu adalah fakta dan kenyataan.
Pada bulan ini, ada beberapa perkara yang menarik telah berlaku.

1). Aku fed up dengan syarikat yang aku berkerja sekarang.
Walaupun pejabat kau ada bean bags, ada kerusi cantik warna purple, kau ada piala pusingan setiap tahun, boleh dapat tiker F1 free tiap tahun, boleh main go-kart secara percuma, ada pertandingan 5 jenis aktiviti sukan setiap tahun, boleh dapat pingat setiap tahun, ada makan malam tahunan yang hebat setiap tahun, gelanggan badminton percuma setiap rabu sepanjang tahun di Sunsuria dan macam-macam lagi. Memang hebat! Ada in-house coffee and tea service dari meja ke meja. Sangat seronok!
 
Tetapi aku tetap dahagakan kenaikan gaji. Walaupun aku 'newbie' pada tahun 2011, aku tetap dapat kenaikan gaji sebanyak RM150.00 (cukup bagus untuk orang yang baru kerja bawah 6 bulan). Tahun 2012 gaji aku naik RM90.00 sahaja selepas aku bersusah payah berenang dari lautan dalam mencari benua. Sebab department head bertukar, orang baru abaikan pekerja lama dan lebih sibuk mencari orang baru. Prestasi aku dan beberapa orang lama diabaikan. Malah aku juga boleh menjangka bahawa disebabkan keridakbijakkan majikan baru, prestasi aku tidak akan dinilai dengan adil. Maka dengan itu, aku ucapkan selamat tinggal bean bags.

Tidak lama lagi mereka perlu keluarkan muka aku daripada website syarikat.

2). Aku telah menandatangani surat tawaran berkerja di syarikat lain.
Aku tahu kerja baru tidak akan semudah yang diharapkan tetapi aku lebih suka bersusah payah tetapi aku tahu usaha aku dihargai. Yang paling penting sekarang, aku tamak gaji lebih besar. Titik!! Tak perlu nak cover-cover cakap duit tak penting. Amat penting bagi orang yang tak makan beras mak bapak macam aku.


3). Reunion dengan kawan-kawan membesar bersama-sama sejak 13 tahun lepas.

Ala-ala pool bar kampungan. lol.. ada yang bajet jadi model majalah mangga. BBQ dengan air tangan seorang chef sebenar. Untungnya dapat member chef. Tak perlu pening kepala pasal makanan.
 
 
Family potrait!
 
 
Family potrait 2! :)
 
4). Aku masih terkejut! Tetiba aku tukar kerja! Masih terkejut!

16 comments:

4feet8 said...

er..lelaki baju biru belakang u nampak kacak disitu.
bestnya company len. tapi apalah ertinya kalau hati tak gembira..semoga tempat baru membawa lebih byk kegembiraan. eh? apahal, ayat skema gila nih..
tapi, oih..apasal tokleh rite klik nih..

plain83 said...

selamat hari buruh!!! XD

hime s said...

cutiiiiiiii

Len said...

Nak watpe right klik tu 4feet8? hahah... ye.. kacak tu kacak (pernah kena approach jadi model). Tapi kitorang mcam dah siblings. Perasaan macam sumbang mahram kalau ada yang suka sesama sendiri.

Cutiiiiii!!!

Anonymous said...

banyak tu len kenaikan gaji aku hanya 6% :|

Apapun selamat menempuh kerja baru Len..

Len said...

T.T! Banyak ker?
hmm... mcm tak ebrsyukur plak bunyinyer.. tp orang lain at elast dapat RM150 tau...

Anonymous said...

Rm150 tu banyak Len..

Aku dulu kerja rasa rm60 pun tak sampai lol.. Baik lagi kerja ngan gomen hahaha..

dan lagi tak best takda tiket free f1 takda segala kemudhan company yang kau ada tu..

Tapi hijrah tu bagus bagi menaikan semangat kita..

Nick Nashram said...

sama jugak..tengah lapar dan dahaga kenaikan gaji ni..sebab nak beli keta..huhu

btw, thank for the advice..really helpful :)

BKT said...

Nak gaji banyak ko kena showoff (show your value and what you can really do) dan rajin melompat..

Aku dulu berhijrah/melompat hampir 50% naik :) ada kawan lompat gaji naik 100% kalau nak lebih pi oversea mungkin boleh dapat 200% dan lebih..

Len said...

Oversea? uhuk3! BKT.. hahah..
Knea rajin. la kot.. tp payah nak lompat2 kalau mmg 100% berdiri atas kaki sendiri.

Salah lompat takde backup.
Adoi..

BKT said...

it's based on value la Len ;)

Ada kerja tu nampak senang dan mudah tapi sebab Value dia tinggi gaji tinggi.. :) this especially on finance and medical..

ada kerja punya la susah jerit penat payah tapi value pada orang yang bayar gaji rendah gaji pun rendah..

Jadi pergi kepada company atau majikan yang menghargai.. dan satu lagi kadang penghargaan ni tak semua datang dengan gaji.. kadang hanya pujian ada dengan coupon ada dengan elaun keistimewaan dsb.. :)

Kelemahan kita penduduk Asia ni tak suka menunjuk apa kita buat tapi dalam kerja bahkan hidup kita kita kena tunjukan apa kita dah buat walau sekecil mana sekali pun tu penting untuk appraisal.. :)

Kalau kat akhirat nanti walau sekecil zarah pun akan dinilai tuhan kan :) dalam organisasi pun sama.. walau sekecil mana kita buat make sure we can proof it to our boss or organization what and how much is our value..

So go girl.. :) you can do it ;)

Len said...

Wah~ bagus sungguh kata2 semangat BKT! terus bersemangat balik.

Betul jugak..cuma yang tak berapa best, kat sini kerja2 Len kena deny buta2. Dia tak nampak kepentingan sebab boss ni orang baru dan terlalu lambat pick up serta pilih bulu. Dah letak semua dalam appraisal, boleh dia cakap ' remove this, this, this and this. This is not your jobscope'. Mmg la bukan my jobscope sebab masa semua orang takde, Len yang kena buat semua. Pas new staff masuk, dorang amik alih kerja2 tu yg separuh Len dah siapkan.

T.T! Ahhh~ sangat tidak gumbira. Membazir umur duduk sini.

FYI. Selama Len kat sini, dah 3x head of department bertukar.

BKT said...

erm.. anyway you pun dah terima ofer lain kan.. so nasihat ni tak berguna la untuk case ni.. tapi kalau in future jadi macam ni.. you'll need to speak out.. explain to your new boss/manager because she/he may not aware on what you have gone through..



Len said...

Paling best, dia tak tanya pun kenapa len nak blah. T.T!

Encik H said...

aku tak terkejut..cuma honestly, aku rasa macam nak cari website syarikat tempat kau kerja tu..just curious..hahaha

Len Inouie said...

Hahahahaha... ko tetiba rasa nak cari yer?

tapi aku tak penah mention apa nama syarikat. Good luck with that!