Thursday, 25 April 2013

A Simple Happy Life III (My Definiton)

Buat masa sekarang, aku masih tercari-cari rumah kebajikan yang sesuai untuk nak derma baju-baju aku. Cuma sepanjang minggu ini, kepala aku hanya dipenuhi dengan perkataan;
'How I wish Luis Suarez was in Allianz Arena. I would say ' Suarez, Muller and Robben is my treat. Bon appetite!' ' ~ Len Inouie

Sebenarnya, dari dulu aku memang nak sangat kehidupan yang ringkas dan gembira gumbira. Tapi macam mana nak dapat hidup macam tu?  Bagi aku, itu satu perkataan yang sangat subjektif. Aku cuba cari maksud ringkas dalam bahasa tapi tak jumpa yang sesuai  pulak. Dalam bahasa Inggeris, ringkas bermaksud giving the main point only; brief; concise; short .
Gembira? Semua orang tahu apa itu gembira.
Tapi seringkas tahap mana yang cukup ringkas? Apa definisi 'gumbira' dalam hidup korang?
Ringkas>> Tak ada masalah banyak atau besar. Tak perlu buat banyak benda. ' I am not lazy, I just enjoy doing nothing'.
 Dapat hantar dan ambil anak dari sekolah dan balik rumah masak untuk keluarga <<Hidup yang gembira
Kegumbiraan memang amat sangat berkait rapat dengan agama tapi aku tak nak kaitkan agama dalam post ini sebab fahaman agama tak semua orang sama. Sama agama pun ada yang ekstreme ada yang sederhana ada yang 'lagho'. Lagi satu, aku bukanlah orang yang bijak pandai nak hurai bab-bab agama.
Dalam menjejaki kehidupan yang ringkas dan gumbira, aku cari apa benda yang buat aku paling tak gumbira? Aku paling tidak gumbira apabila aku tak dapat apa yang aku nak.
Apa yang aku nak?
Aku nak kereta besar, aku nak rumah besar, aku nak jalan seluruh dunia, aku nak makan semua benda yang enak dan lazat, aku nak semua benda.
Gila! Sampai mati hidup mati hidup tujuh kali pun belum tentu aku akan dapat semua tu. Aku hidup seribu tahun pun belum tentu aku dapat semua tu.
Kalau aku dapat? Gumbira sangatkah aku nanti?
Rasanya tidak... sebab dalam proses untuk dapatkan kekayaan dan kemewahan seperti itu, banyak perkara yang tidak menggumbirakan akan berlaku. Pencapaian itu hanyalah kegumbiraan sementara.
Ahh~ siapa yang akan baca entry sepanjang ini?
Pokoknya, aku nak kehidupan yang ringkas dan gumbira dan aku rasa, minimalism adalah salah satu cara yang sesuai bagi aku untuk menuju ke arah kehidupan lebih ringkas dan gumbira.
“The art of simplicity is a puzzle of complexity.” – Douglas Horton
p/s: Aku baru jumpa laman web ini dan aku rasa ianya menarik untuk dikongsikan. 

13 comments:

4feet8 said...

err..cash converter, mungkin..?

Len Inouie said...

It is not all about money..
:)

It is about having a simple way of living. Define what important most.

4feet8 said...

semalam i dgr tazkirah kat radio. dia cakap, utk gembira, adalah menggembirakan org lain. mungkin boleh cuba byrkan tol utk org selepas kita ke(sekali pun dah ok), memberi hadiah kepada rakan, membelikan coklat kepada anak-anak kecil.. atau apa-apa saja yg menggembirakan org.

lagi satu, mudahkan urusan org lain, jadi, urusan kita akan dipermudahkan.

err.. yg komen terawal tu, ingatkan entry sampai gambar saja. rupanya ada lagi kat bawah.. hehe..

Len Inouie said...

tapi hidup menggembirakan orang lain semata-mata kadang2 memenatkan tak kira buat kebaikan seikhlas mana pun..

Anonymous said...

It's coming from your heart dear

if you have a BIG heart you will see all problem and circumstances is simple and easy to solve. :).

To have a pure, good, and big heart you need to be closers to your god.

-Anon:)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hana hadi said...

orang yang gembira sekarang pun melalui kepayahan sebelum mencapai kegembiraan

plain83 said...

i get you len... i know what you mean there, happiness is indeed something subjective... i like living a simple and happy life too, what's irritating is that ppl might mistake you for being simple minded and not ambitious, or having no 'cita-cita' in life when you choose to live a simple but happy life... 'money/title' isn't everything, some ppl are just too shallow minded to understand that... just do what's best for you, keep on doing good deeds and keep on doing a job you love :)

Mat Todak said...

klau ada panties, bagi je kat aku....aku nak buat 'bahan rangsangan' semasa melancap....

Len Inouie said...

betul plain. Ppl mistaken me for being not ambitious jugak.
'Takkan nak stagnant jer?'

Well.. people. Diffrnt mind set.

Encik H said...

aku baca Len..aku baca..:D

Encik H said...

oh ya, kegumbiraan, pada aku, ialah bila dapat makan aiskrim waktu tengahari yg panas..

sangat gumbira..

Len Inouie said...

gumbira gumbira.. makan eskrim tem panas. Aku pilih kelapa muda sejuk.
Woahhh~