Monday, 22 April 2013

A Simple Happy Life II

Saudara dan saudari sekalian,
Dengan ini, *le Len Inouie mengumumkan bahawa dia sudah menapau
Ehem! Selamat hari Isnin yang indah kepada warga blogger sekalian.
Pada hari Jumaat malam yang lepas, *le Len Inouie telah memulakan perjalan kepada kehidupan yang lebih ringkas. Sebagai langkah pertama, dia telah menyelongkar semua pakaiannya dan memilih apa yang perlu dan dia pakai sahaja. Dalam proses pemilihan, *le Len telah mengambil beberapa faktor sebagai pemilihan.



1. Fesyen.
- Ini amat penting! Sebab fesyenlah yang telah menyebabkan *le Len mengumpul banyak baju. Tetapi itu adalah tindakan bodoh kerana fesyen sentiasa berubah dan bergerak laju. Tiada guna mengejar fesyen. Semua baju yang telah luput fesyennya *le Len buang tanpa ragu-ragu walaupun sedih.
Contoh:
Ya benar! Baju ini masih baik. Tetapi potongan baju ini adalah teramat ketinggalan.. walaupun warna telanjang atau lebih dikenali sebagai 'nude' dijangka akan kembali tidak lama lagi ( memandai jer cakap). Tapi potongan baju ini terutama sekali bahagian lengan adalah 'a BIG No-No!'
2. *le Len malas nak hurai
Terlalu banyak faktor yang ada di dalam jiwa atau masih bersedih kerana terpaksa melepaskan apa yang tersimpan lama. Semasa *le Len membuat pilihan, dia telah menjemput seorang kawan ke rumah untuk membantu bersikap kejam terhadap harta benda. Setiap kali *le len cuba mencari alasan untuk tidak membuang satu pakaian, sahabat yang paling kejam akan merampas pakaian dan menyumbatnya ke dalam plastik sampah.
Inilah baju yang paling dan amat sangat bermakna dan sukar untuk *le Len lepaskan. Tetapi sahabat yang paling kejam dengan selamba cakap 'it's time to let go...' seperti cara aku cakap 'it's time to let go... ' kepada jersi pasukan kebangsaan dia yang dah berusia lebih 10 tahun.
Alamak! Ini tidak adil! Jersi biru ni belum sampai 10 tahun. Ada 2 tahun lagi nak genap 10 tahun. Argggh! Ni nak 'retrieve' balik nih~
Ini adalah baju kegemaran *le Len dalam seumur hidup dia. Sangat dicintai dan disayangi.
Tapi baju ni tidak pandai tua macam *le Len. *le Len bukan budak-budak lagi. Sayonara to Shin Chan T-Shirt!!
Ada satu baju lagi yang *le Len dapat statement
'kalau ko rasa ko ni budak sekolah lagi, yes keep it!'
Sahabat paling kejam cakap, ini baju kanak-kanak riang. T.T!


Oh! Lupa nak mention. Jumlah keseluruhan pakaian yang akan dinyahkan dari ruang hidupku adalah 111 helai dan yang *le Len tunjuk dalam gambar cuma 3 helai. Hohoh!

Ada sape-sape interested nak beli pre-loved item?
Beli satu percuma satu.
 :)




10 comments:

Just said...

my unwanted baju semua kena donate.. :)

Liza Razak said...

sis boleh try jual kat friendlyfashion.my...kat situ memang website utk jual pakaian pre-loved. saya pun jual bajupre-loved saya kat situ :)

plain83 said...

sweater kanak2 riang sungguh... hahah, masa zaman aku kanak2 riang dulu pun aku x sanggup nak pakai baju cmtu kekeke :p

Len Inouie said...

Just: Memang donate yang lain..ok lagi semua tp ada yang tak muat dah.

Liza: I am trying tapi xtau la laku ke x. Hahaha... I even have dresses yang tak pernah pakai pun lagi.

Plain: Aku bantai semua strawberry dan tengkorak pada masa yang sama.

Anonymous said...

nak derma ke nak jual?

Len Inouie said...

Derma lain, jual lain.
Yang jual ni bese tak sesuai untuk didermakan.
;)

Wenwink Kidu.Duki said...

hahaha lasi post p kampung suruh mama ko jual hihhiih like my mommy tu jual bundle termasuk baju2 lama2 sa dia p clear kan hehe

Len Inouie said...

banyak betul ba wen.

Encik H said...

baju shin chan tu comel Len..bak la lagi kat aku..hahaha

p/s: aku tau baju tu dah didermakan..takpe la..aku pasrah..

Len Inouie said...

Aku suka baju shin chan tu...
T.T!