Friday, 15 February 2013

Pisang dan DOSA

*le Len Inouie berjalan ke arah pantry dengan cawan kopi McDonald's yang sudah kosong.
Jari laju menekan butang 'white coffee'.


Tea lady : Mulan, kenapa tak guna gelas? Malas yer?
*le Len Inouie : Guna semula. Mesra alam. Jimat masa. Jimat air. Jimat tenaga. Tak perlu kakak cuci gelas nanti.
Tea lady : Oh.. macam tu....
*le Len Inouie : Ye kak.. tapi memang saya pemalas pun. Hehehe...
 
Tea lady tersenyum mendengar pengakuan *le Len Inouie.
Mata tertuju ke arah meja. Beberapa biji pisang tersusun rapi di dalam pinggan.
Kuning! bersih! tak ada lebam mahupun bintik hitam langsung! Kulit pisang yang berwarna kuning itu bersinar-sinar seperti emas di bawah cahaya matahari. Mulus bak kena photoshop! Oh ya~ huraian itu sangatlah hiperbola tetapi jangan salahkan *le Len Inouie yang sedang kelaparan. Nafsu makan melonjak-lonjak.
 
Hati berkata JANGAN!!
Inilah pisang yang di'photoshop'. Sempurna kulitnya. :)
 
Tapi tangan tanpa diarah sudah mula memilih dua biji pisang yang paling gemuk, segar dan menggoda. Amat sempurna.
 
Dengan 'white coffe' di dalam cawan McDonald's, *le Len Inouie berjalan ke mejanya.
Sambil menghirup kopi, matanya tertumpu kepada pisang. Dia meraba-raba kulit pisang. Pegang. Genggam dengan tangan kiri. Ibu jari dan jari telunjuk tangan kanan menyentuh pangkal buah pisang. Picit dan hampir mengopek.
 
"DAMN!!!!!!WTF! I can't do this!" kata *le Len Inouie dalam hati sambil meletakkan pisang itu ke atas mejanya. Dia menyambar kedua-dua biji pisang tersebut dan sempat menghirup kopi sebelum bergegas ke arah pantry.
 
Tea lady : Kenapa Mulan letak balik pisang tu? Kenapa tak makan?
*le Len Inouie : Saya lupa la kak. Tak boleh makan. Pisang ni dorang dah guna untuk sembahyang tadi (kat tokong kecil dalam pejabat).
Tea lady : Oooohhh... kalau macam tu bagilah kat Melissa yang satu lagi. Dia makan.
*le Len Inouie : Takpe la kak... biar dia ambil sendiri.
 
Dengan muka kecewa, *le Len Inouie berjalan sambil bersungut-sungut ke arah mejanya.
 
Ye... sebenarnya aku bukan lupa. Aku tak lupa pun aku tak boleh makan makanan yang dah digunakan untuk penyembahan berhala. Aku dah tanya paderi dan orang yang berpengetahuan hari tuh. Sah! Tak boleh makan! Aku lebih daripada sedar itu dosa. Tapi aku terlalu lapar dan berasa perkara itu hanya perkara kecil. Sedangkan orang lain selamba jer minum arak. Ini kan hanya sebiji pisang.. takde hal kot. Tapi aku salah! Hahaha.... perasan alim jugak aku ni rupanya. Pisang sempurna seperti photoshop itu aku tak makan walaupun aku lapar.


Setiba di mejanya, *le Len Inouie 'create new post', taip dan 'publish'.

 
MORAL: Cubalah sedaya upaya untuk mengelakkan perkara yang mungkar selagi mampu. 
Semoga berjaya! 
 
 
Sekian untuk hari Jumaat.
 
 
 
 
 
SUMBER GAMBAR : Google
 


14 comments:

plain83 said...

oh hahah.. aku ingatkan sbb ada orang lelaki dok staring kat ko masa nak makan pisang tu, maka ko rasa terganggu dan x jd makan... rupa2nya sbb dah digunakan utk penyembahan... hahah

Encik H said...
This comment has been removed by the author.
Len Inouie said...

Hahaha... pulak dah. Takdenye..
Sbb dah guna untuk sembahyang.
Hari tu aku tanya officemate Muslim dorang macam tak tau jer..

bahaya bahaya..

Nick Nashram said...

buah2 yg digunakan utk penyembahan tak boleh makan..takut2 ade unsur unknown dalam tu..huhu..takpa, go to market and buy fresh fruits..

betty said...

aku mati2 ingat ko tertipu tu pisang plastik.. hahaha..

rupa2 nye ending die lain.. pandai ko buat citer berunsur suspen..
*clap2*

Anonymous said...

Pelik sape yang bawak balik pisang untuk sembahan? Bukan biasanya orang tingal?

Len Inouie said...

Aku keje kat kompani cina. DOrang ada tokong kecik dalam ofis. Tu yang ada banyak buah-buahan segar yang amat menggoda.

Dorg guna buah yang the best tau letak tepi asap2 tuh

Anonymous said...

Musti penganut yang taat tu hehe biasa orang bagi buah plastik ajo.. lol .. Kat company aku lagi la dia letak minyak masak la apa semua lol.. Aku pun heran apa tujuannye? kalau persembahan biasa diaorang tak ambik balik kalau ambik balik rasa macam mintak berkati barang-barang tu kot..

Entah la.. Orang cakap Cina punya tu tak berapa sangat kalau hindu punya jauhkan memang banyak penjaganya.. pernah ada orang kencing kat tepi tak jauh dari kuil hindu balik demam panas terus jadi sasau/gila.. Kalau tokong cina ni takda sangat katanya la.. aku pun tak pernah makan atau kacau lol..

Len Inouie said...

Oh.. taat dan kaya. hahaha..
Buah epal dia pun punya chantek.
Aku nak beli pun piki 2x sebab mahal. Bukan pasal takut dorang letak something ke apa.

Tp makanan tu dah dipersembahkan kepada tuhan yang lain2. Takkan kita nak gi makan makanan yang dah dimakan oleh syaitan, iblis atau segala saudara mara dia.

4feet8 said...

eh yeke len..?
alamak, sy ni boleh percaya ke benda nih..? konpius jap..

tapi bes juga cerita berunsur cerpen camnih.. ;)

Anon Comey lagi Oshem said...

saya pun konpius sebab macam bukan letak tepi tokong aje. Tapi len kata buah-buahan untuk sembahan?

Mungkinkah ini adalah buah-buahan yang diguna untuk sembahan tapi telah diambil balik untuk dimakan? ~~ Mungkin sebab mahal dan sayang so ambik balik setelah "tuhan" tak makan mungkin?

Saya agak aje la, sebab sayapun kerja dengan orang Cina dan ada tokong kat belakang kilang ni. Tetapi takda pula mereka ambil balik buah-buahan yang dah dipersembahkan kepada tuhan mereka.

Len Inouie said...

Dorg ada bilik khas untuk sembahyang kat tengah2 office.
Buah-buahan yang dorang letak tu pas dah guna, tea aldy amek and letak kat pantry untuk orang makan..

Tak kisah la macam mana buah tu boleh ada kat ofis. The point is: makanan yang dorang dah guna untuk sembahyang tu Len x boleh makan.
:p

Anonymous said...

Sunguh kurang ajar Tea Lady tu.. kenapa dia curik buah-buah yang orang beri untuk tuhan lol.. :P

Len baca la doa penolak bala sebelum makan.. :P

Len Inouie said...

Hahahaha...
takyah makan teros.
senang citer.