Monday, 18 February 2013

Pakar bidang terjun dan minit terakhir (5 gambar)

Okay~ tajuk post itu tidak munasarawak munasabah.

*le Le Inouie bergayut-gayutan di antara pokok.
Bukan sekadar gambar show off hiasan.

Pada hujung minggu yang lepas, *le Len Inouie lupa dunia apabila dia berada di atas pokok ber'skytrex' kemudian 'threesome' berbunga-bungaan di KLCC.  Oh! Lupa pulak.. itu adalah 2 minggu lepas yang juga merupakan Tahun Baru Cina yang aku cuma menumpang cuti dan bersuka ria.

Alkisahnya, *le Len Inouie telah diundang menjadi pemain import futsal pada hari Sabtu yang lepas (16.2.2013). Statement ini sangat poyo kerana *le Len Inouie tidak pandai bermain futsal. Eksen sahaja yang melebih-lebih. Apabila mendengar perkataan 'pemain import', semua tahi dalam perut seperti bergoncang akibat geli hati. Pada masa yang sama taik juga mengeras sebab kecut perut melihat pihak lawan yang sangat 'manly' sehingga *le Len Inouie boleh jadi 'blushing' ketika berhadapan dengan mereka walaupun mereka juga mempunyai buah dada.

Pose sebelum perlawanan bermula.
Lokasi : Ferro Futsal, Subang Jaya.

Nama pasukan tidak akan disebut demi menjaga nama baik syarikat dan privasi seseorang.
Takde training takde kasut, main redah jer.. dapat no.4 daripada 5 pasukan. Sudah cukup gembira kerana tidak mendapat no.5. Kali terakhir *le Len Inouie bermain futsal adalah pada tahun seribu sembilan ratus... Adehh! 90-an rasa macam baru semalam pulak.
Okay~ pembetulan! Kali terakhir ialah tahun 2009 sebelum lemak diriku menaik sehingga 32%. Mataino! Gila gemok!!!!!

Walau kalah, harus bajet kool.


Kenangan FUTSAL 2009



lol.. *le Len Inouie balik-balik pakai baju sama. Hahah~
Apapun, terima kasih kepada insan yang sudi mempelawa diriku untuk bermain. Boleh aku beli stokin baru dengan voucher Rm50. Heheh..

12 comments:

Anonymous said...

Jom futsal

plain83 said...

wah aku tak reti langsung futsal mutsal nieh...badminton ngan bowling je reti, tu pun amateur tahap paling bawah wuhuhuuuu *sukan merupakan kelemahan aku yg utama* (T^T)...

Anonymous said...

Plain how about genjutsu?

Len Inouie said...

aih.. anon ajak bfutsal la.. ajak paintball la.. ajak naik gunung la.
Aih~.. anon yang mana ni eh?

Anonymous said...

terima kasih banyak-banyak Len.. ;)
bantuanmu amat kami hargai.. <3

Len Inouie said...

Hahahahaha... menganonkan diri pulak org yang menjemput. Sama-sama.
:)

Anonymous said...

Biasa la jemputan tanpa bayaran ni
lol XD :P

Nick Nashram said...

jom main futsal sekali.
saya cikgu futsal..hahah
skng ni tgh latih budak2 utk ke peringkat negeri.

Len Inouie said...

O_O cikgu futsal ada kat sini.
Menarik2..

Liza Razak said...

wahh bestnye..saya ni memang kaki bangku..sepak bola pun tak pandai..hehe

Encik H said...

aku kali terakhir main futsal rasanya 2 tahun lepas..tahun 2010..

pancit!!

Len Inouie said...

Liza: Takpe.. try jer.. penat gelak jer pun xpe. XD

H: Dh lm x maen mmg la pancit.Tu namanya dh kena training.