Friday, 4 January 2013

Tips pengurusan PASSWORD

Password dalam dunia ni memang sangat leceh.
Seriously leceh! Aku rasa rata-rata orang yang tahu guna internet ni mesti sekurang-kurangnya ada 3 akaun (bapak siket) yang perlukan password. Tapi aku seriously ada lebih daripada 10 akaun yang perlukan password. Yang paling leceh, setiap akaun ada kriteria yang kena ikut.
Aku paling benci akaun yang wajib letak nombor, simbol, huruf besar dan huruf kecil.
Kalau wajib letak nombor dan huruf tu ok lagi.. ni semua dia nak.
Contoh syarat-syarat password yang menyampahkan;
Aku harap nak buat semua password macam kat atas tapi kang kalau aku dah insaf dan jadi budak baik, kang aku tak ingat pasal 'stupidpassword'.

Berbalik kepada tips. Aku bukan terel sangat nak uruskan password. Cuma nak kongsi setakat yang mampu.


Tips 1: Semua benda-benda password ni biasanya hanya ada percubaan sebanyak 3x sahaja sebelum anda kena 'block' tapi manusia hanya bagi 2 peluang sahaja. Ironi yer.. maka dengan itu, sila buat 3 password yang berbeza dan boleh cover semua kemungkinan di atas. Sebab kalau password1 tak menjadi, guna password2, kalau kena reject jugak, confirm password3 itu menjadi. Kalau anda punya akaun yang memerlukan lebih dari tiga, itu sila fikirkan sendiri. Cari buku atau app(smartphone) untuk simpan kalau terdesak sangat..

Tips 2: Sila gunakan password yang berinsiprasikan perkara/benda yang malar. Ni buat password 'abangrahimbaik' sebab Rahim jiran sebelah rumah selalu cakap 'hi'. Tetiba abangrahimmenjadijahat dan berpindah jadi dia dah tak ingat yang abangrahimpernahbaik dan password pun dah tak ingat. Ape dah.. contoh password berinspirasikan benda yang malar.. 'tinggiaku154cm'. Hahahaha... tapi itu bukan password aku la..


Tips 3: Jangan guna password yang sama untuk semua benda. Saya hack satu, saya hack semua kata hackers.


Dah..tu je!!Aku internally Celeron 256MB. Tak bijak mana nak bagi tips banyak-banyak.
Terima kasih sebab baca sampai habis.

P/s: Masa kerja bank dulu, ada customer buat password 'tajulbaik'. Pastu dia tanya diri dia sendiri. 'Who's Tajul huh? Oh... that guy'. Duhhhh!

18 comments:

plain83 said...

LoL who's tajul huh? bleh pulak cmtu haha.. yeah security is an annoying necessity, sangat diperlukan sbb adanya manusia jahat yg mmg kejenya menyusahkan hidup orang lain.. mcm pagar alarm, tembok rumah dan cctv la.. kena pasang sbb adanya manusia badigol yg tak kisah makan benda haram..

4feet8 said...

ala, pemalas nak create password byk2..tapi byk akaun guna satu password, rajin.. hehe..

Len Inouie said...

password online banking cam sgt annoying la..
Hishh... byk sgt kriteria dia.

Anonymous said...

Ala simple je Len..

Ini contoh.. Contoh saje Yea password yang kuat harimau ada huruf besar huruf kecil no dan simbol

AkuBenciP@SSW0RD!!

LahirTahun1977la!! boleh tukar tahun ikut suka

Awek2CunKe??

biasa email public aku buh semua sama.. tapi bank aku buh lain dari email.. dan sebagainya..

kalau kena password semua lain-lain dapatkan password manager cam keyypass etc.

walau sekuat harimau mana pon password ko kena hati2 bila login kat public pc cam kefe etc banyak "keylogger" yang log password korang.. elakan langsung login dari pc orang lebih2lagi cyberkafe..

- nasihat ikhlas dari pekerja keselamatan it@it security..

Len Inouie said...

Ni mesti zack nih.. hehehe..

Anon Comey Lagi Oshem said...

Apa susah buh le

LenY@ngC0mel!

musti leh guna sampai bebila :P


Len Inouie said...

Hahaha.. takkan dah kerepot nanti pun still guna 'comel'. eww..nk muntah

Nick Nashram said...

password online banking buat sume sama je..hahah..malas nak fikir yg lain..tak ingat.tapi password tu jgn la simpn dalam nset..kalo hilang nset tu kan naya.

Carlos Santiago said...

password biasa aku gunakn yg mudah ingt jer...untuk main control tu baru passwrd berbeza.

CubaFikir said...

Aku banyak password yang berbeza untuk tujuan dan keperluan.. dan aku ni pelik bila pegang keybaord je aku ingat password hahaha gile kan..

Kalau website perlu password kadang nak senang aku buh berkaitan website tu contoh

UntukEmailY@hoo!!

kalau untuk bank er.. biasa kaitakan dengan duit $$$ :)

AkuNak$1je!

Len Inouie said...

aku suke letak password xde kaitan dengan hidup dan yg mati.

tp x penah lupa. 13 aksara. Pnjang x?

Anon Comey lagi Oshem said...

Ala kerepot pon comel bagi yang tahu menghargai ciptaan tuhan ;)

Kompeni aku sekarang minima kena 15 aksara dulu lapan je sebab teknologi pemecahan kod dah advance. Kalau mengikuti perkembangan teknologi nak pecahkan password kompleks yang dulu berbulan atau bertahun sekarang cuma hanya beberapa jam saja.

kawan aku suka math so password dia lebih kurang macam ni

TwoPlusOneis3!! <- 15 aksara

Mungkin ko leh guna ikut kreativiti ko tambah darab bahagi ke apa math ni sama je dan takda kaitan hidup dan mati :P

Len Inouie said...

Hahah... tgk.. skrg dah mcm2 password inspiration. Hohoh..

boni kacak said...

adeh.. kena tulis kat mana2 password ni.. dah lah setiap akaun lain2 password. bayangkan nak kena ingat emel, fb, twitter, apa lagi blog. pergh..pening pale..hahaha

Anonymous said...

Letak je dalam phone kalau smartfon dapatkan apps seperti SplashID cross platform. Boleh install dalam desktop dan syn ke handphone juga tapi hati-hati apps sebegini ada master password jangan lupa atau orang tahu pula master password tu.

Kalau jenis hp tak cerdik simpan je dalam SMS atau contact tapi jangan bagi clue password untuk apa. Saya ada senarai password dalam saved sms saya dan saya tahu password tu untuk apa dan apa sebab clue dia dalam otak saya.

Jna marcello said...

mcm Na smua ass sama..bahaya tak??heheh tp ape yg na taw lagi untuk dpt kan password yg lebih mantap hahah yelaa utk susah dihack kita kena ade huruf besar kecik numbering n symbolic ...contoh
pass = Saya!2345

;D

Len Inouie said...

Kalau strong enough takde problem kot..

Anonymous said...

Jangan susahkan diri dan kena tipu :) strong/complex password tak bermakna pun :)

Yang susah nak crak ialah password yang panjang..

contoh
"ini adalah password bodoh" <- lebih susah nak crack berbanding password
"1p@$$w0rd"

Tak percaya sila baca ini

jadi tak payah peningkan kepala nak fikir benda tu semua