Friday, 25 January 2013

How do I celebrate my birthday?


Semalam aku 'enjoice' public holiday.

.Maulidur Rasul.
Kawan aku cakap kelahiran Nabi tidak patut disambut.
Aku cakap aku tak kisah.
Aku cakap terima kasih sebab bagi aku cuti.
Ha-ha-ha
okey~ aku nampak komen Cik Lynn kat blog entry Prince of Noob.
Dia timbulkan soalan.. ada ke orang yang pertikai kelahiran sendiri. aku pun tak faham apa dia cakap. Tapi soalan tu buat aku rasa nak tulis pasal camne aku sambut birthday aku.
Birthday aku 15 Sept.
Aku anak ke-8. Jangan harap mak bapak nak celebrate 10 birthday dalam setahun. Gila kaya kan kalau camtu. Tapi bukan tu sebab birthday aku tak kena celebrate. Aku telah diajar untuk bersyukur. Setiap nafas yang aku hela ni cumalah pinjaman. Setiap pagi yang aku dapat adalah peluang yang masih diberi kepada aku oleh yang Maha Esa.
Tapi kalau member buat birthday surprise sape tak suka kan?
He-he-he
Rutin aku: menjelang birthday, aku lebih suka ambil masa bersendirian dan berdoa sebagai ucapan syukur aku. Itu sangat sangat sangat penting bagi aku.
Sebab aku tak tahu apa yang akan DATANG..
Wish aku adalah satu 'long-list of prayers'.

Ini contoh 'prayer list' orang lain. This is not mine okay~ 

Entah-entah Tuhan pun cakap 'panjangnya list ko ni Len, tapi takpe. Sebab ko ni jahat, list ko ni aku pendekkan '.
Lol.. no offence please..
Here's come the 'ex' story....meh *le Len Inouie nak cerita ni.

Birthday dia 11 May.
Aku tak suka orang merokok. (Tak bermaksud aku benci yer..)

En. Boni Kacak jangan terasa pulak yer sebab en. kacak masih merokok. Ke dah berhenti? hehe...
Aku juga tak suka orang 'minum'.
Benda yang buat aku hilang sabar yang teramat sangat ialah : Masa birthday dia, dia celebrate sekali dengan bestfriend dia. Ada makan-makan.. bbq dan sebagainya.
Party started dengan DOA makan tau! Ha.. hebat3.. baca doa sebelum makan..
Lepas dah siap makan, aku nampak someone load benda kat belakang.


'Astaga~~ " (sorry.. ni slang orang Sabah)Darah aku menyirap macam kepala nak meletup.
3 kotak besar Carlsberg... dan beberapa botol lain.
Memandangkan hari tu birthday 'ex' aku. Takkan aku nak meletup depan kawan-kawan dia kan. Aku fikir dia mungkin akan jadi husband aku nanti. Jadi aku kena la jaga air muka. The what so called party berlarutan sampai pagi esoknya.
Apa aku buat sepanjang malam?
Duduk kat sudut-sudut perhati dorang mabuk menari sakan.
Aku masuk dalam Shin Chan, nanges sorang-sorang.
Aku tak tahu bagi orang lain. Mungkin itu 'nothing' bagi orang lain. Tapi itu situasi yang sangat menyedihkan bagi *le kuno Len Inouie. Aku nak marah sangat-sangat kat mr.'ex'. Tapi tak guna bercakap dengan orang yang mabuk.
Birthday!!!! Adalah hari untuk bersyukur. Berdoa. Buat baik. Start with a GOOD THING!! Not a thing yang sangat melukai hati Tuhan.

Sedih!

Beberapa hari kemudian selepas dia dah waras..
Aku cakap kat Mr.'ex'.


" Ini bukan hidup yang aku nak bagi kepada anak-anak aku nanti. Aku tak nak keturunan aku menjadi pemabuk dan tidak bersyukur. Aku bukan daripada keluarga pemabuk dan aku tak akan memulakan keluarga pemabuk"

2 bulan kemudian.. Aku akhiri hubungan kitorang.
Well.. mesti la bukan itu satu-satunya sebab aku nak putus.  Tapi itu salah satu sebab BESAR kenapa aku nak putus.
Seriously Len!!? yes!
Aku bukan tak pernah bagi dia peluang untuk berubah.
Tapi dia dah "Way too far beyond my boundaries"...
p/s: Ada ke orang baca sampai habes?


12 comments:

4feet8 said...

cop tempat dulu..err..tulisan len ke kat nota tu..? cantik.

Len Inouie said...

bukan ler.. nota tu dari google. ;p

4feet8 said...

len, cantiknya gambar profile. mcm pelakon bini-biniku gangster tu..lyana samsudin..

Len Inouie said...

hahaah... tu gamabr gedik tuh.
XD

Watercolour said...

Yes, kita haruslah bersyukur kerana dapat naik satu level lagi untuk hidup.

Anonymous said...

Happy birthday Len semoga mendapat kehidupan yang lebik baik dan bertambah baik dari yang sebelumnya

Do the best whatever you can. Get the best guide as you can.

Len Inouie said...

anon tak baca content.XD

Anonymous said...

Yea baru perasan 15 sept so happy advance birthday lol.

Aku pun tak sambut birthday Len sebab setiap hari bila aku bangun aku sedih sebab teringat banyak mungkin dosa dah aku kutip kelmarin dan dosa akan aku kutip lagi :|

Apapun sebagai manusia kena bersyukur dan cuba buat sebaiknya untuk hari ni dan setiap nafas yang diberikan..

Encik H said...

aku baca jer sampai abis Len..kecuali prayer list tu aku xbaca..sebab kau dah bgtau yg prayer list tu bukan kau punya..hahaha

aku smoking jugak..tapi aku x 'minum' la..diharamkan..:D

bukan satu-satunya sebab..tapi itu sebab BESAR..boleh nampak direction tentang apa yg kau nak dalam life..hehehe

plain83 said...

aku baca sampai abis... ya rokok is evil... tu je komen aku kikikiki :p

Len Inouie said...

Watercolour: Betol3.. satu level up.
H: Hehehe... ade jgk org baca sampai habes.
Plain: Woah.. rokok is evil. XD

Wenwink Kidu.Duki said...

HBIS BAH SY BACA HEHEHHEHE...
ooo iya la geng... sudah nampak mcm tu takkan kita teruskan lagi kan hubungan tu? well done.!