Thursday, 12 December 2013

Perlukah?

Sejak aku tukar tempat kerja..

Banyak benda dah berubah...

Mungkin semakin gila?

Mungkin Tidak?

Aku speechless sebenarnya...

Aku tak tau nak start kat mana...

Mungkin aku perlu cakap 'straight to the point'.

Walau betapa cinta aku dengan blog ni...

Tp mungkin ini yang terbaik..

Masa aku sedih... korang semua la jadi supporter walaupun korang x pernah jumpa *le Len.

Tapi demi masa depan, aiseh.. tragic benar.

Aku dah buat keputusan..

Aku terpaksa 'disable or delete' blog ni nanti...

Tarikh? Belum diketahui.

:(


Wednesday, 13 November 2013

Aku masih di sini..

Kawan-kawan...


Aku belum mati.

Aku masih di sini.

Aku masih wujud.

Aku masih skodeng blog korang walaupun tak komen.

Aku masih... gemuk (apa kaitan?)

Rindu nak berblog dan mengada-ngada kat sini.

Jikalau rindu kepadaku,
silalah jenguk-jenguk *le Len di " Instagram"

Tuesday, 3 September 2013

Resolusi September

Oh ya... Hai kawan-kawan!


Minyak baru naik harga semalam dalam sekelip mata!
Seperti kehadiran September dalam tahun 2013. Dalam sekelip mata dah nak hujung tahun.
Rasa macam semalam aku baru bergaduh dengan orang pejabat pasal tarikh kiamat 21.12.12. *le Len rasa itu *tahi lembu*.

Walaupun haram untuk mempercayai tarikh tersebut dan aku tak percaya semua itu.
Tapi jauh di lubuk hatiku ada mengatakan bahawa kiamat itu boleh berlaku pada bila-bila masa.

Maka dengan itu, ianya juga tidak mustahil boleh berlaku pada 21.21.12. (BM aku dpt A1. Jadi aku cuba nak show off tatabahasa aku bagus. That is the point. Tapi nampaknya tidak ada sesiapa yang memahami. Gagal.)

Ade jugaklah *le Len rasa macam nak bertaubat sebelum 21.12.12. Mana tau la betul-betul pulak end of the world kan. Hahaha.. bodo!!

Tapi pada 20.12.12 aku tengah lepak dengan dak mamat ni kat McCafe Mutiara Damansara.
Dengan muka selamba aku cakap..

'Hey, today is 20.12.2012. Rumours say it is the END OF THE WORLD tonight. If it is true, this is the dumbest move. Spending the last minute of my life with a I-Don't-Know-Stranger like you in a McCafe".

"Yea.. that is stupid. I mean we are stupid" jawab dia.

Kembali kepada tajuk post ini. Maaf, saya lari daripada topik/

Resolusi pada bulan September ini ialah....

Thursday, 22 August 2013

Ini menyedihkan.

Ini menyedihkan!
Serius!

Bulan ni aku ada dua post jer.
Dan mustahil aku nak ada post ketiga.
Semalam boss tiba-tiba cakap semua staff kena p Singapore untuk jadi pasukan sokongan a.k.a support team. Hahah! Aku dapat A1 dalam BM tau.

Apapun, lagi menyedihkan. Aku tak dapat nak pi sebab passport takde.
Sebab? Bukan sebab PTPTN. :p
Tapi sebab.......

Thursday, 1 August 2013

Speechless Thursday

Masa *le Len nak start tulis post ni, dia tekan Home dulu baru cari calendar. Oh! Hari khamis! Eh..jap!
Khamis dahhhhh!!!!??? WTF?

Gila eh... seriously! Aku dah jadi super workaholic sampai lupa hari dah. Ingatkan baru hari <del>sabtu</del>. Eh! Selasa!

Best sangat ke keje ko ni Len?
Hehe... aku rasa best! No further explanation.

Well... well...well...

Selain kerja?
Send aku baru beli hand phone baru dah masih terkial-kial dengan QWERTY. Duhhh... gila outdated.  Orang pakai qwerty dari 20th century tau dak? Sekarang dah 21st century.  Nak lebih 10 tahun ko lagging Len. Ni la orang bumiputera. Lambat! Lol..
weh.. ko pun sama. Jangan nak perasan jadi mat salleh celup atau cina kulit gelap mata tak sepet time bulan puasa dengan harapan boleh skip puasa. Duhh~

Aku cuma gedik nak try post guna hp baru. Tadi balik rumah, aku pengsan tertidur kepenatan tanpa mandi. Jam 1130pm tadi aku terjaga dan tunaikan plan aku nak makan buah pear gedabak yang aku beli tengah hari tadi.

Buah pear tu besar gila sampai aku nampak dia macam sejenis makan malam. Aku pun beli. Masa nak bawak balik office, aku duk sengih jer memanjang memikirkan kesedapan byah pear dan kebahagiaan membenamkan gigi arnabku di dalam buah. Boss kata aku gila. Sebab peluk pear sambil tersengih. Aku tak setuju pear tu masuk bakul plastic sebab aku nak selamatkan bumi dari plastik (dengan mata bekaca-kaca penuh azam dan hati tulus suci).

Pffffft!!! Cut the crap Len!!!!
Aku tau korang mesti nak tau apa hp aku beli. S3 mini jer....
=.="

Tapi masa nak pilih handphone ambil masa sebulan lebih!  Kawan aku cakap 'ko ni pilih handphone pun ambil masa lebih sebulan
Pilih pakwe tak tahu la berapa lama'..

(I'm not listening)

Thursday, 25 July 2013

Wordless *le Len

Hai kawan-kawan.. dengan kesibukan di tempat kerja baru amat sukar untuk mendapat kerajinan mengkemaskini blog.

Aku sampai rumah pada jam 1130pm tadi.
Memandangkan aku agak sakit jiwa hari ini, aku pun mencari ketenangan dengan melalak seorang diri bersama guitarku.
Terima kasih kerana masih sudi bertandang ke blog *le Len.

Wednesday, 17 July 2013

Kegilaanku sudah diiktiraf!!

Pada 7.7.2013, kira-kira jam 4 petang, *le Len menerima panggilan daripada kakaknya. Itu adalah satu perkara yang sangat jarang berlaku di dialam hidup seorang *le Len. NOBODY CALL *le Len OKAY!!!!!


*le Len : Nokuro ri? (Ada apa?)


Kakak : Nokuro tu au ko koboros? Moginum ko? ( Kenapa ko tak boleh jawab? Ko mabuk ke hape?'


*le Len : Aik... aibo. bla bla bla.... ( Haish ..takkan lah pulak aku nak minum. sakit kaki. Baru lepas terjun jambatan)


Kakak : Apa dia!!!!? Ko terjun jambatan!? Ko gila ke hape?


*le Len : Ya.. terjun jambatan. Tapi suruh orang tolong ikat kaki dulu la... pastu baru terjun. Kaki tersentap. Sebab tu sakit kaki.


Kakak: Ko memang! Gila! Ko memang dari dulu gila-gila. Jadi? Apa la yang kau dapat lepas terjun jamabatan? Sakit? 

*le Len : Emm... dapat sijil!!

Kakak: Sijil apa? Mana ada orang bagi sijil terjun jambatan!!


*le Len : Sijil Kou'ulau a.k.a sijil kebengongan, sijil kegilaan!


Kakak: Aik... aih... aih... bodoh punya budak  kau ni woo. Langsung tak patut! Bahaya la tu! Lain kali jangan buat lagi!



*le Len :  Okay... lain kali tak buat dah...



Selepas perbualan telefon berakhir, *le Len meng'whatsapp'  adiknya Hairro dengan satu gambar..

Thursday, 4 July 2013

Thanks Prince of Noob!

Hi semua! 
Aku dapat hadiah daripada En.Noob setelah memenangi contest 110 juta kenangan.

Saturday, 22 June 2013

Mengejar Identiti

Orang cakap, lebih baik bercakap pasal diri sendiri berbanding cakap pasal orang. Ye, nampak macam obses dengan diri sendiri tapi sekurang-kurangnya aku tak mengumpat tu dah kira ok dah kan?kan? kan? [jawablah 'ya']. Bercakap pasal diri sendiri ni memang la kategori mental orang yang tidak berapa bijak (menurut Dr. Fadzilah Kamsah). Bercakap tentang idea itu adalah golongan bijak. Nak wat camner, aku tak berapa bijak. Kalau aku bijak, aku dah jadi perdana menteri. Hahaha...ehem2! panjang gila introduction aku.
Aku nak cakap pasal IDENTITI.

Masa kecik-kecik dulu, aku ingat pemilihan identiti itu sangatlah besar dalam kehidupan seharian. Ada member-member yang berlagak punk, ada yang emo, ada yang super-duper feminine, ada yang rock. Macam-macam lah.. aku sangat terpengaruh dengan penampilan Avril Lavigne which i think very cool pada ketika itu.
Ni poster pertama Avril Lavigne yang aku dapat dari majalah Utopia. Based on this photo aku start kumpul sneakers. neck tie, body fit long sleeves, skinny jeans..tapi aku takde la sampai tunjuk pusat. Banyak masa aku buang untuk mengcopycat style celebrity. Pada satu tahap, aku sedar ada sangat banyak styles yang ada dalam dunia ni. Kalau nak kejar semua, tak akan sempat dan aku hanya akan jadi pengejar fesyen. End up, I just don't care anymore...


THE POINT IS :

Wednesday, 19 June 2013

Wordless Wednesday (lah sangat) Part II

Second week in the new office mates from this post.


More bean bags!!!!

:)


Thursday, 13 June 2013

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: 110 Juta Kenangan



Masa aku nampak post Hime S pasal Buasir Otak munyer contest, serius muka aku melonjak kegembiraan. Aku nak pen drive FREE! Mohon En.Noob bagi free tanpa bertanding. Hahaha..Aku tak nampak awal-awal sebab aku offline dalam sejak aku start kerja kat tempat baru. Daripada aku merepek, baik aku mula mengarang. Aku suka mengarang ni.

AMARAN: Ini entry panjang!

Tuesday, 11 June 2013

Hari Terakhir May 2013 Part II

Masa aku menaip post ni, aku berada di Starbuck Damansara Uptown dan jam menunjukkan 1139 malam. Dorang tengah sapu lantai tepi aku. Itu agak menyakitkan hati ya!Sekian pembuka kata.

Sebenarnya aku memang tiada niat nak sambung enty hari terakhir may sebab masa aku taip, aku dah lupa apa aku nak taip masa 31 May 2013. Hari ni dah 11 Jun 2013 dah pun.

Dalam masa 11 hari, dengan 7 hari bekerja secara keseluruhan, kepala aku dah kembang.
Maksud aku, otak aku dah berkembang. Haish.... aku nak cakap ilmu aku dah bertambah sedikit. Tidak statik macam dulu.

Minggu lepas aku disumbat dengan ilmu hosting. Secara tidak langsung, aku terbeli domain dan server. Bajet semangat gila nak kuasai bidang kerja kan. Bila domain aku dah beres baru aku share kat sini yer.
Setakat ni aku masih selamat daripada disakat. Sebab aku buat muka paling innoncent kot.

Apa yang aku mampu cakap, semua OK! Aku datang kerja, main pool dengan bos dulu baru buat kerja.
Yer.. ada meja pool kat office. Tadi dorang baru unstall pull up bar. Aku dengan suara perlahan cakap 'TRX tak nak install ker?''. Tapi setakat 'mumbling' jer la... ha ha ha... aku sebenarnya pemalu. Siapa dapat sangkal pernyataan ini angkat tangan.

Kawan-kawan! Aku rindu blogging secara berleluasa. Sekarang aku kena tumpukan perhatian kepada kerjaya dahulu. Maka tidak dapat ber'blogger'. T.T!

Oh ya! Tadi bos pesan, aku kena start main game sebab itu kerja aku. Ada kaitan dengan 'Customer Experience' dalam bermain game. Sape yang faham, tahniah!

Selamat berbulan July  Jun semua!!!
Semoga bulan Jun bulan yang Cun!
GAMBATE!!!!




SELAMAT PENGANTIN BARU HIME!!!!!!!
Semoga BAHAGIA SELALU!!


Hari Terakhir May 2013

Sebulan berlalu... sebagai muhasabah diri, aku rasa perlu bagi aku buat sedikit rumusan tentang apa yang aku dah buat bulan ni. Biasanya aku sedang menghirup udara segar di kampung pada 31 May.
Tapi tahun ni, takde rezeki nak balik kampung sebab peralihan kerjaya.

May 3, 2013 : Aku resign. Bukan mudah bagiku melepaskan keseronokan bersukan dan bersuka ria dengan aktiviti syarikat. Tapi apapun, aku kerja untuk duit. Itu hakikat yang sukar untuk dinafikan. Ironinya, aku telah meletak jawatan pada tarikh yang sama pada tahun 2011. Agaknya emosi aku ini memang bermusim....

bersambung...


p/s: Post sepatutnya aku post pada 31 May... tp sekaran baru dapat post.

Thursday, 30 May 2013

Kepalaku tersepit! (SOS)

PERHATIAN: Tiada kecelakaan berlaku dalam post ini.

Menjadi orang dewasa memang mencabar.
Nak makan pun kadang-kadang tertekan nak pilih makan apa.
Kalau masa kecil-kecil dulu. mak masak aku makan jer.
Tak perlu aku fikir breakfast, lunch dan dinner. Ini tahap belum kahwin. Kalau dah kahwin kena fikir resepi apa pulak. Kang masak benda sama tiap hari suami cari orang lain.
Sekian itu pembukaan entry.

Wednesday, 29 May 2013

Makanan Degemawan Saya

PERHATIAN: Tiada niat untuk meniru post Encik H. Entry ini juga tidak mempunyai nilai-nilai murni.

Makanan kegemaran Encik H ialah tomato.

Dulu masa kecik mak aku cakap makan tomato elok untuk kulit. Mungkin sebab itu aku fikir aku telah mencintai tomato. Tapi hakikatnya...

Monday, 27 May 2013

What do you think of this?

*le boss : Mulan, come inside for a while.
*le me : Ok boss.
*le boss : I want you to prepare this slide. Here's the draft. Read it and expect to see receive the slide tomorrow.
 
*le me : (OMFG! WTF is this!?)... ok boss!
 
 


The paper from the boss.

Thursday, 23 May 2013

My gym awkward moments (18PL)

I am sorry... I know I shouldn't judge but I can't help it! Oh.. actually, I don't care because I think it is a live show!! They wanted my attention.
 
Awkward 1 : The muscular guy flirting.
I can see it! You've got your biceps bro! No need to sit right in front of my face, pulling your sleeve to your shoulder, lifting I-don't-care-how-many-kg dumbbell with a weirdo smile trying to make eye contact with me. That is a TURN OFF you loser! Nak show off pun agak-agak la wehh~ I pretend like he is invisible while trying so hard to not to laugh my ass off.
 
Errr... handsome macam ni pun aku tetap tak terpikat kalau cara kau approach macam ni.
You look stupid man! Thas is not sexy.
 
Awkward 2: Trying so hard to look hot girl.

Tuesday, 21 May 2013

Proses menjadi wanita yang hebat?

AMARAN: Ini entry yang amat sangat panjang dan semuanya cuma untuk berlagak bagus. Bacalah setakat mana yang anda larat.

Tajuk yang hebat bukan? Tajuk melebih-lebih jer tu..
Bagi aku, setiap pilihan dan keputusan haruslah dipertimbangkan sebaik mungkin supaya keadaan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Alkisahnya...

Monday, 20 May 2013

Ketakutan

Semakin aku menua, semakin banyak benda aku belajar.
Semakin banyak masalah aku dapat, semakin banyak benda aku belajar.
 
Semalam, semasa aku tengah memandu dalam kelajuan 50km/h melalui jambatan samsung selepas menghabiskan larian 7km Malaysia Brakfast Run 2013 dan menonton perlawanan futsal di Sunway Extreme Park..Haaaa sapa tau kat mana tu? Anyway, itu tidak penting. The point is, sambil melalak lagu just 'Just Give Me A Reason' by Pink & Nate Ruess aku cakap " lagu ni bagus! Rentak dia menggalakkan aku bawa 50km/h'. Tidak seperti lagu 'The Other Side by Bruno Mars & Cee Lo Green' yang buat aku nak tekan pedal sampai lantai. "
 
Pfffffffftttttt! Biskut aku lemau pulak dah! Leka menaip lupa biskut masih ada dalam kopi. Hampeh! Dah la tu biskut paling last!
 
Bukan itu point aku! Ha ha ha!
The real point is : bagi semua masalah kecil dan masalah besaq yang aku jumpa, dapat dan lalui..ada satu perkara yang aku simpulkan. Dalam kebanyakkan masa, imaginasi buruk, kerisauan dan ketakutan yang belum tentu akan terjadi yang menyebabkan aku limit banyak benda dan keputusan. Ketakutan kepada benda yang belum terjadi adalah penyebab keputusan yang tidak berkualiti dan tidak hebat di alam nyata. Itu menyebabkan aku cakap ' ler... kan bagus kalau aku buat macam ni (cara lain). Ruginya aku.. '. Ke korang tak pernah terguna ' kalaulah aku bla bla bla... kan bagus?'
 
Contoh 1

Friday, 17 May 2013

Apa anon pernah pesan kat korang?

Anon pesan macam ni kat aku.
K.I.S.S Keep it short and simple - simply the best!
 

Ok. Noted.

Bangun pagi gosok gigi,
Cuci muka dan mandi,
Tiap pagi aku sampai opis terpaksa dengar orang mengumpat,
Perangai begini buat aku meluat,

Masa berlalu macam secepat kilat,
Kadang-kadang macam banjir kilat,
Perangai mengumpat buat aku meluat,
Macam takde kerja lain boleh dibuat.

Mendengar orang mengumpat, dapat dosa, kena laknat!

p/s: KISS tak wahai anon yang tercinta?


Wednesday, 15 May 2013

Jika mayat boleh berfacebook atau bertwitter?

Kalaulah dalam kubur kita boleh update status..
Status kita mungkin;
'Cacing pertama sedang cuba untuk menembusi kulitku' 
'Day-3 6 feet underground : My stomach is bloating. Waiting to burst. I am damn smelly already"
"My kidney is eaten by a worm. Eye balls falling out from the socket"

"Heart not functioning anymore.. but mylove is still there. So weird"
Pastu... last skali...
"My fingers are rotten already.'This is my last tweet. Bye twitter! Bye fb!!"
Urgghhh~ sia-sia bukan?
Eh... apa aku merepek nih?

Saya dah 9 August 2012.... anda bila lagi?
Daftar kat >>SINI<<

Dah daftar bagitau saya.
:)

Minta pertimbangkan..

Minimalis

Aku tak tau la kalau ada orang perasan ke tak (duh~ memang la takde orang kisah bodo) aku suka benda simple. Aku nak semua benda seringkas yang mungkin dalam setiap segi macam >>ini<<. Macam blog ni pun kalau boleh aku nak lagi ringkas. Tapi blog macam ni jer pun orang dah cakap blog miskin. Adeh~ susah betul!
  *sigh*
Pada asalnya, blog ini memang aku kategorikan sebagai diari peribadi. Tapi setelah berfikir seribu kali, aku akhirnya dapat keberanian untuk publish dan membenarkan semua manusia yang bernama dan anons kutuk baca.
Pada satu tahap, aku juga pernah berasa 24 jam 7 hari seminggu ini tidak memadai dalam hidup sebab banyak benda aku nak buat dan banyak benda tidak perlu seringkali menggangu plan aku. (Kisah tak cukup masa ada dalam entry >>INI<<. )Contohnya, aku cuba nak tidur awal tapi aku rimas tengok bilik bersepah lalu aku tiba-tiba menyapu bilik pada jam 12 tengah malam yang kedengaran seperti bodo.
Aku juga pernah mengutuk fashion yang menyebabkan aku kelihatan sundal dan semua itu adalah kesia-siaan belaka kat >>SINI<<
Aku juga pernah meluahkan kerisauan aku dalam hidup dan juga benda yang aku benci kat >>sini<<
Ahh! Banyak benda la kalau nak tulis semua. Maaf aku tak larat. Aku nak list semua tu sebab konon nak tunjuk aku ni sebenarnya secara semulajadi minimalis dari dulu. Sila baca perenggan terakhir enty >>ini<< sebagai bukti. Bertarikh 26 Nov 2008.
Setelah sekian lama...akhirnya aku buat keputusan untuk buka langkah merealisasikan kehidupan yang ringkas dan gumbira. Eh, aku dah cakap pasal ni la kat enty sebelumnya. Sengal! Boleh pulak aku lupa. Repetitive me. Ini memang typical *le Len Inouie. Cakap benda sama berulang-ulang. Lagi bungux, aku baru jer cakap aku tak nak cakap ini minimalis. Aku nak bagi nama A Simple Happy Life. Tapi hakikatnya, aku memang sedang menuju ke arah minimalis. Aku siap terfikir nak ucapkan selamat tinggal kepada Shin Chan.
Aku dah gila ke?
Plain83, aku harap entry ini sedikit sebanyak menjawab persoalan ko. Bukan untuk membuang memori terapi merealisasikan memori asal.
p/s: Entah-entah aku dah pernah cakap pasal semua benda yang aku tulis kat atas ni dalam enti lain. Repetitive *le Len Inouie. Jadi apa kaitan tajuk post dan kandungan post? Hmm... macam takde jer.

AKU NAK SIMPAN DUIT PI SINI BOLEH TAK!!!!!!!?

Monday, 13 May 2013

Larian Pertama

Setelah sekian lama.. akhirnya aku join larian terbuka.
Entah mampu ke tidak..


Aku ucapkan semoga berjaya kepada diri sendiri.
:)

Friday, 10 May 2013

111 helai baju untuk diderma

Akhirnya keputusan telah *le Len buat...
 


Thursday, 9 May 2013

Tuesday, 7 May 2013

Kenapa aku tak mengundi?

Ini pertama kali aku buat post pasal politik dalam negaraku Sabah Malaysia.
Sekian kata-kata pembukaan diriku.
Setiap kali orang tanya kenapa aku kenapa tak mengundi?

Friday, 3 May 2013

Love letter..

KNOCK! KNOCK!

*le Len : Can I see you for a while?

Boss: Yeah~ Sure! Please have a seat.. what is it about?
 
 
*le Len: Ms. Blurr (bukan nama sebenar) I have few things to update about the KAIZEN projects. All department heads have accepted the invitation I sent. Out of the 16 bosses (Vice Presidents), only 3 person have not responded so far. I will follow-up with them closely.Anyway, Executive Director & CEO has confirmed their attendance. So, I believe the rest have to adhere to Big Boss schedule.
 

Boss a.k.a Ms.Blurr: Ok! Good! Good!
 
 
*le Len: ..and I have sent you an invitation for me to have a meeting with you on next Wednesday as we have agreed earlier. The meeting will be for you to review all the presentation slides I have prepared for all the bosses. I will send it to the bosses once you have done your final review on it and we have agreed earlier.

Boss: ......err (muka blurr)
 
 
*le Len: I will send the approved slides directly to the bosses after that . I'll let their KAIZEN Masters to come back to me for any amendment: if needed!


Boss: ..... errr (blurr face)
 
 
*le Len: I will also discuss with you on the flow of the event. I have planned the flow and I would like to get your opininion too because I can't decide everything without your approval...


Boss: Owh... okay! okay! good! good!
 
 
*le Len: We will also diccuss about the food selection for the event. I will bring the catering quotation and food suggestions. We will see how it goes.


Boss: Errr... emmm.. thats great! I will see you on Wednesday then.
 
 
*le Len: ..and one more thing. I have to give you this to.. (while putting a while envelope on her table)

Ms. Blurr's face is staring at the envelope with eyes wide open!
 
 
 
Ms. Blurr : YOU CAN'T BE SERIOUS RIGHT!!!??

Tuesday, 30 April 2013

Hari terakhir

Hari ini ialah hari terakhir bulan April. Itu adalah fakta dan kenyataan.
Pada bulan ini, ada beberapa perkara yang menarik telah berlaku.

1). Aku fed up dengan syarikat yang aku berkerja sekarang.

Monday, 29 April 2013

monday blues

On last weekend, my 13 years old of friendship friends flied all the way from the east (Borneo) to come here (west) for a mini reunion (BBQ at the pool side).
 
All of us left our family at the age of 12 - 13 years old... we have been very independent since then. We ate, talked, laughed and do many things together. One thing in common amongst all of us : Independent!
 
Well, some of us of course already married with kids and some of us are still single (like me). One of my friend just ended her forever-been-together relationship because the guy called her BITCH. Hohoho..... bad move man.
 
WTF am I talking about? urghhhh~ oh ya... I have a feeling. My feeling is blank.


 
Monday blues babe... chowbebeh!




BLANK is a feeling too. ~ Len Inouie


"I am not lazy. I just enjoy doing nothing"

Thursday, 25 April 2013

A Simple Happy Life III (My Definiton)

Buat masa sekarang, aku masih tercari-cari rumah kebajikan yang sesuai untuk nak derma baju-baju aku. Cuma sepanjang minggu ini, kepala aku hanya dipenuhi dengan perkataan;
'How I wish Luis Suarez was in Allianz Arena. I would say ' Suarez, Muller and Robben is my treat. Bon appetite!' ' ~ Len Inouie

Monday, 22 April 2013

A Simple Happy Life II

Saudara dan saudari sekalian,
Dengan ini, *le Len Inouie mengumumkan bahawa dia sudah menapau
Ehem! Selamat hari Isnin yang indah kepada warga blogger sekalian.
Pada hari Jumaat malam yang lepas, *le Len Inouie telah memulakan perjalan kepada kehidupan yang lebih ringkas. Sebagai langkah pertama, dia telah menyelongkar semua pakaiannya dan memilih apa yang perlu dan dia pakai sahaja. Dalam proses pemilihan, *le Len telah mengambil beberapa faktor sebagai pemilihan.

Thursday, 18 April 2013

A Simple Happy Life


18 April 2013
WOW!
What took me so long?
 
Today, I decide to live a simple life.
As simple as possible.
Well...

Wednesday, 17 April 2013

Friday, 12 April 2013

KOMEN BUKAN ROMEN

Ada orang komen aku...
orang tu kata...

Thursday, 11 April 2013

Bully Real Story

This short amateur doodle is based on real story of *le Len Inouie..
hope you enjoy it...

Tuesday, 9 April 2013

kantoi!

Ehem!! <- ni jer opening aku.
 
Hari tu aku join kelas GRIT.
Kelas tu limited untuk 20 orang jer dan kena daftar 20 minit sebelum kelas bermula.
Nak dapat join pun berbaris 40 minit sebelum kelas bermula. Sakit pinggang nak sign-up jer belum training lagi tuh.
 
*le Len Inouie bersemangat nak join sebab nak dapat T-Shirt yang ada tulis 'Trained from good to GRIT'. Sebab sesi tu 'new release'*, trainers ambil gambar untuk koleksi Fitness First. Maka diriku pun termasuk la dalam gambar tersebut.
 
Lepas dapat gambar tu, *le Len Inouie excited nak tunjuk kat someone nih.. macam biasa la. *le Len kadang-kadang macam kanak-kanak riang! Gedik betol! Mujur tak mati kesemputan masa workout ni tau. Sebab tu *le Len bangga sangat nak tunjuk. hehe.. ooopss!

Friday, 5 April 2013

Kau ada?

Because of work, I don't really have the time to post lately.. sorry guys!
and because of that too...
I would like to show you my work place..
This area is located in the middle of the office where we can sit and have discussion freely..
I never used the bean bags because I am wearing skirts.. :p
There are more photos....continue reading please

Friday, 29 March 2013

Monday, 25 March 2013

Friday, 15 March 2013

Sape yang bungux!?

March 13, 2013
*le len Inouie sedang berbaring di atas katil selepas balik dari gym. Jari rancak menaip dan tekan 'Send' to 'Hairro'.

Monday, 11 March 2013

Aku tak dapat terima kenyataan

*le Len Inouie tengah tengok siri 'New Girl'. Dia memang suka tengok cerita tu.. sebab watak Jess dalam tu memang sengal dan bodoh pun ada. *le Len Inouie leka menonton siri tersebut sehingga tidak sedar bahawa dia berada di rumah orang. Hohoh!

Setelah lebih 10 episod tetiba *le Len Inouie bersuara....

Thursday, 7 March 2013

Abdomen putus NGERI! (18SG)

Ceritanya begini ....

Pada suatu malam... (suatu ke satu? Adeh... tatabahasa aku semakin hancos)
*le Len Inouie ternampak satu kelibat terbang dari arah tingkap menerjah masuk ke dalam bilik. Sungguh!! Sangat ngeri dan seriau. Bulu roma menegak dan tangan lantas mencari benda untuk perlindungan diri.

Yang sempat dicapai oleh tangan *le Len Inouie hanyalah sebatang penyangkut baju sebab dia tengah melipat pakaian di atas katil. Mata tajam memerhatikan pergerakan objek ngeri yang sedang terbang itu!
Memang SAH!!!!!!!! OMG!!!!!!


Tuesday, 5 March 2013

My brother's texts from a danger zone!

P/S: Sila abaikan masa. Jam handphone diriku laju. Sesetengah isi perbualan ditapis. Harap maklum.
 
March 4,
 
Len: Mcm mana sda keadaan sn?
Hairro: masih tegang...blm dkenalpasti jumlah mundu dcni. sbb dorg tnggl d perumahan PATI..xtau mana satu. tmpt tu dikepung skrg...blh dgr klu ada tembakan
 
(Hairro)

March 5,

 
11:37, Mar 5 - Hairro: smua polis d balai polis skrg dlm posisi mnembak suda..ada yg baru datang d kampung pengkalan.. tangker pn bsdia.. kmi blh nmpk dr cni..
11:38, Mar 5 - Hairro: flat kdiaman kmi pn ada polis yg jaga..
11:39, Mar 5 - Hairro: komando
11:47, Mar 5 - Len: jd kamu d rmh jak la ni?
11:41, Mar 5 - Hairro: ya..polis arahkn kami bkurung
12:00, Mar 5 - Len: mmg lgsg x dpt keluar la.jd makan mcm mana?

Monday, 4 March 2013

Adik aku dalam bahaya!!


Aku memang risau.
Orang-orang Kiram buat 'new branch' di Kunak. Ada dalam berita harian.
Jarak pangkalan baru cuma 6km dari rumah adik aku. Penduduk dah mula keluar daripada Kunak dan adik aku pula kena 'stayback' atas urusan kerja. Adik aku kerja kat unit Comminicable Control Disease (CDC) dan yang tak bestnya, kakitangan awam yang kerja bahagian keselamatan (termasuk doktor) dilarang untuk meninggalkan lokasi. 6km tu dah kira dekat.. tapi laut lagi dekat. Jarak cuma 500m dari rumah adik aku dan  orang-orang Kiram dijangka akan menyerang dari laut.

Yang lagi menyebabkan aku sakit jiwa.

Thursday, 28 February 2013

Work, Life, Hobby and Interest


Work
What I do for Life

Life
  • The condition that distinguishes animals and plants from inorganic matter, including the capacity for growth, reproduction, functional...
  • Living things and their activity.

Hobby
  • An activity done regularly in one's leisure time for pleasure.

Thursday, 21 February 2013

Random Thought #2

If someone being negative, why you choose to be affected? Even worst : You follow the negative behavior. Seriously!?  That is what you call as ‘we must be smart’?
~ Len Inouie


SCENARIO
10 people working in the same department.
One person makes shit.

Wednesday, 20 February 2013

Random Thought #1



To decide on something: Sometimes, it’s not the matter of price tag. It’s the matter of how much HEART you are willing to surrender for it.
                                                                                                   ~ Len Inouie

It is simple!



Monday, 18 February 2013

Pakar bidang terjun dan minit terakhir (5 gambar)

Okay~ tajuk post itu tidak munasarawak munasabah.

*le Le Inouie bergayut-gayutan di antara pokok.
Bukan sekadar gambar show off hiasan.

Pada hujung minggu yang lepas, *le Len Inouie lupa dunia apabila dia berada di atas pokok ber'skytrex' kemudian 'threesome' berbunga-bungaan di KLCC.  Oh! Lupa pulak.. itu adalah 2 minggu lepas yang juga merupakan Tahun Baru Cina yang aku cuma menumpang cuti dan bersuka ria.

Friday, 15 February 2013

Pisang dan DOSA

*le Len Inouie berjalan ke arah pantry dengan cawan kopi McDonald's yang sudah kosong.
Jari laju menekan butang 'white coffee'.

Pencerobohan di Lahad Datu

Apa dia?Negeriku diceroboh?
Haiihhhh~ bahaya.
Sumber daripada google dan kesahihan tidak dapat dijamin.

Aku nampak gambar kat blog orang.. lelaki berpakaian askar dan bersenjatakan M16.
MATAINO!!!!

Ada macam-macam cerita.. kat sini sini dan sini. Bikin pening.

Apapun, aku tak suka dengan berita itu dan yang pasti, kerajaan akan cakap semua 'under control' walaupun keadaan teruk sebab tak nak siapa-siapa gelabah.
SOP untuk cover line beb~

*mataino = matilah  kali ni (takut cam nak mati dah)


Thursday, 14 February 2013

Threesome Date Part II

Please waste your time reading Threesome Date Part I if you have not read. ;)

Some men see things as they are, and say, "Why?" Still others dream of things that never were and say, "Why not?"

First Failure in 2013

Alright ladies and gentlemen!! I am announcing my failure out loud!
I am still unable to do headstand as stated in my previous post here and I don't think I will be able.

These are my self-excuses:

Tuesday, 12 February 2013

Threesome Date

I just woke and had my scrambled egg and sausage for lunch. While having a cup of coffee, i checked my phone and I saw 1 new mention notification on my twitter.

Thursday, 7 February 2013

A hard limit request...

Entah.. bila aku sedih aku suka type dalam bahasa omputeh~..

Supaya tak jiwang sangat kot. Aku dapat A1 bahasa Melayu tau. Kang aku tulis dalam bahasa Melayu, meremang bulu roma muntah hijau korang dibuatnyer. Takpun cerita sedih jadi lawak bangang. haish~

Aku tak tahu 'mind languange' aku apa..
Macam takde jer..hehehe... (sambil hirup kopi untuk gelas ke-2 hari ni).
Panjang sungguh ayat pembukaan aku yang takde kaitan.

Let’s start..


Wednesday, 6 February 2013

Wordless Wednesday : My Classic Hobby

Semua orang ada hobi. Aku pun ada. Banyak hobi.
Ini salah satu hobi aku yang klasik.
A very classic hobby of a *le kuno Len Inouie.

Tuesday, 5 February 2013

Langanan Waterfall Trip

This is quite outdated post. I had so much things happening in my real life. I mean not 'online'.
Hence I am unable to share about my very first trip kind of adventurous after gaining weight (32% fat). Alright... Enough with that self-excuses.

28 Dec 2012 12.20 pm
Poring Hot Spring, Ranau
Sabah / North Borneo/ The Land Below The Wind