Tuesday, 18 December 2012

Kenangan Terindah bersama AYAH

DISCLAIMER: This entry is not meant to teach you how to produce illegal stuffs. I am not responsible for any misuse of the information provided.
--------------------------------
 

"Nouie, intang-intangan no longong nu" pesan ayah.
"O bo... ai bo" jawabku.
Ayah pesan aku supaya berhati-hati dengan tangan aku. Jawapan aku pulak adalah seolah-olah berjanji aku aku akan berhati-hati. Aku ingat, masa tu aku tengah leburkan besi..kadang-kadang aku leburkan timah. Aku ingat aku kumpul paku kat sekeliling rumah dan leburkan besi-besi yang aku jumpa. Hasil kutipan aku akan jadi hasil kerja aku nanti.
Ni la rupa besi bila dah dileburkan.
 
Percaya atau tidak, aku pernah leburkan besi macam kat atas tu. Bahaya jugak rupanya. Lepas leburkan besi, aku ingat bapak aku ajar aku macam mana nak 'sieve' a.k.a tapis besi lebur tersebut dalam penapis khas. Motif dia;
Tapis besi lebur perlahan-lahan dan titisan besi dibiarkan jatuh terus ke dalam besen berisi air sejuk. Tapi aku langsung tak ingat macam mana dah penapis dia tu..yang aku ingat ada lubang-lubang jer.
 
Seingat-ingat aku penapis dia kelihatan macam ni.
 
Masa titisan besi lebur tu jatuh dalam air, besi tersebut automatik menjadi beku balik dan terbentuk macam titisan hujan dan kadang-kadang jadi hampir bulat.  Pssssshhhhhhh~!!!!!macam tu la bunyi besi tu jatuh dalam air. Berasap habesh! Step seterusnya tugas bapak aku. Dia akan ketuk ketulan-ketulan besi beku tuh jadi bulat-bulat macam dalam gambar bawah ni. Tapi seingat aku ada jugak dia bagi aku peluang 'mengetuk besi' untuk beberapa kali tapi dia susah nak puas hati dengan 'kebulatan' biji-biji besi hasil aku. Maka dengan itu aku di'dismiss'ed daripada jawatanku sebagai pengetuk bebiji besi. Isk! Isk! Isk!
 
Besi lebur jadi bebiji bulat macam ni.
 
Lepas dia dah puas hati dengan kebulatan biji-biji besi macam kat gambar tuh, dia akan keringkan biji-biji tu kat sebelah api. Maaf ye.. memori aku agak kabur sedikit kalau nak cerita sebiji-sebijik. Aku rasa aku belum sekolah lagi masa aku buat benda ni. Sebab sejak aku ke sekolah, aku jarang balik rumah. Banyak main bola atau mandi sungai. Tak ingat dah kat mak ayah.
 
Ha.... langkah seterusnya ialah. Ni part yang aku paling suka.
Masukkan biji-biji besi yang bulat itu ke dalam 'casing' a.k.a shell atau lebih dikenali sebangai kelongsong macam dalam gambar ni.
 
 
keh!keh!keh! kenal ke tak ape benda nih? budak bandar tak kenal kot ape benda ni.
Step terakhir bapak aku langsung tak bagi aku buat. Aku hanya mampu tengok dan tak dapat buat sampai sekarang. Dia akan pastikan kelongsong tu mampat dengan bebiji besi pastu dia bakar hujung kelongsong plastik tu untuk tutup a.k.a SEAL.
 
Step seterusnya ialah... GUNA!
Camne? masuk dalam nih..
 
Klik! Klik!
Sedia~
 
BOOOOOOOMMMM!!!!

Fuhhh~
 
Begitulah kenangan aku bersama mendiang ayah. Aku pernah
Aku pernah minta dia ajar aku menembak guna shotgun, tapi bapak aku cakap aku masih terlalu kecil untuk belajar menembak kecuali guna senapang yang kecil. Senapang yang dia guna agak besar. Aku berdegil cakap aku kuat macam lelaki mesti boleh tahan bila senapang tu 'menendang' balik. Dia gelak tengok karenah aku. Dia cakap aku mungkin boleh tahan, tapi tulang bahu aku masih terlalu kecil untuk terima 'tendangan' balik senapang apabila tembakan dilepaskan. Sekarang aku faham kot kenapa. Dulu masuk Form 1, aku kena panjat baldi baru sampai nak jemur baju kat koridor. Pendek dan kecik sangat!
 
 
p/s: Kalau ayah aku masih hidup, mesti aku dah jadi pembuat peluru senapang patah yang berjaya, berkarier dan comel. Setuju tak?
XD
 
Ade ker yang habis baca? heheh....
 
Percaya tak *le petite Len Inouie seorang pembuat peluru yang berpengalaman?
Aku tahu jenis peluru kesesuaian peluru dengan mangsanya. ;)
 
 
 

33 comments:

Encik H said...

1st! lalala~

Encik H said...

errr..tak..tak habis baca lagi..komen ni pun sebab nampak ada perkataan comel kat "postscript" tu..hahaha

Len Inouie said...

hahaha..sila-sila.. baca habis. :)

Encik H said...

okey..dah baca habis..ayah dulu ada gak senapang patah camni..pernah jugak ikut dia pegi berburu, tembak ayam hutan..gila adventure time tu..

tapi selama ni xpernah tau pulak peluru tu oleh buat sendiri..ingatkan drpd kilang..:D

Len Inouie said...

Iyer... peluru buat sendiri.
Tapi kena hati-hati la. Sebab kalau salah mampat, meletup kat tangan sendiri.

Best giler kot..memori yang sangat mahal bagi aku. Dia bagi aku kepercayaan handle leburan, dia bagi aku peluang mengetuk, refill isi peluru tu sendiri..
Ahh~

4feet8 said...

wah..ilmu baru.. ingatkan peluru berbentuk macam..mm.. mcm depan pensel(mcmn nak describe ya..?) tu..rupanya ada peluru bulat2 jg..

Len Inouie said...

Paling tak best dapat hasil buruan yang dapat masa peluru tunggal dah habis.

Daging rasa macam makan pasir!

plain83 said...

huyoo...buat peluru sendiri woo dasat tuh! hehe apak aku x de senapang, parang ala2 pedang arab ada la XD

Wenwink Kidu.Duki said...

Habis baca.... hihi kenangan bersama bapa. Ingat ingat lupa dengan wajah bpa ko geng, but im sure... he was very kind person. I know he was.

wei wei sapa kawan ko mandi sungai tu? hahaha

Nurmujahidah Ismail said...

panjang,, haha,, so baca caption kat gambar je,, jgan mara,, hehe

Anon Comey Lagi Oshem said...

Tak bubuh belerang ke Kak Len?

Magic kalau penabur tu boleh terbang begitu saja.

Len Inouie said...

Mesti la ada belerang. Tapi yang tu bukan tugas aku. Tu tugas dia.
Heheh..

Len Inouie said...

Wen: Muka dia mcm c kinik sikit. :)

Anonymous said...

Kecik2 dulu bapak aku pon memburu

pernah makan burung liar sekali gigit tergigit penabur tu..

habis makan ada la bebrapa biji besi tingal haha..

Len Inouie said...

hahaha..pastu re-use besi jd peluru lg.Kah3!

Jna marcello said...

WAHHHHHHHHHHHHHH hebakkk buat sndri..
ayah Na suka entry ni..poyoo dye kan askar..
hihi ;D

Jna marcello said...

lennnnnnnnnnnnnn idea for retro party tuuu plzzzzzzzzzz

Gillette Flores said...

Gill suka entri ni
Thanks for sharing
Something new :)

Baru tahu bagaimana peluru dibuat

Satu pengalaman yang sangat mahal bukan? :)

dilla said...

u shud be proud of ur dad , he is awesome and he has a unique career . klu i msti time skolah wat karangan pasal ayah saya is a bullet maker , mess with he bang u down , nyehehe

hime s said...

bes gile ayah ko!

btw abg aku pegi kursus ptd dulu, time latihan menembak, dia bgtau aku, ~70% yg berjaya menembak dengan tepat adalah kaum popuan. sebab popuan dah bese angkut anak sana sini, so tangan dah kuat, xde masalah nak usung senapang ;)

Len Inouie said...

Na: Dah dpt gambr len hantar yer.
Gillete: memang mahal. Lepas ingt balik. byk lagi sebenarnya. Tp ni yg paling best selain buat parang. tanam durian dan cari tulang ayam.

Dilla: Too bad. Young girl tooo eager to see the world. Always forget about the old man at home. I lost him when I was 17.

Hime: the hands that rock teh cradle can rock the world. XD/. aku rasa kalau skrg aku dah boleh kot. bahuku yg berlemak manyak spring.

dilla said...

same goes for me honey , care bout the world too much and lost him in the blink of an eye . well nvm he will always be in our heart . *hugsss*

Len Inouie said...

*hugs*... always in the heart.
=)

Anonymous said...

Len Inouie
18 December 2012 23:12
hahaha..pastu re-use besi jd peluru lg.Kah3!
-------------------------------

Betul dia kutip isi balik dalam peluru..

Selain berburu Arwah Bapak aku pon mekanik so besi penabur tu memang mudah la nak dapat dari kereta/motor punya .. erm so tak perlu nak lebur besi :)

tapi besh aa makan daging burung.. pernah juga dapat rusa.. kat rumah pakcik aku ada lagi tanduk rusa hasil depa berburu berapa puluh tahun dulu..

jom Len kita main paintball hahaha..

Len Inouie said...

Rumah aku pon ada tanduk rusa. Paling hebat dulu, my dad bunuh beruang besaq giler.Tp time tu aku belum hidup sbb tu taktau mcm mana dia bunuh. Aku nampak tengkorak jer.

Mmg berangan nak men paintball tp xde geng.


Anonymous said...

Jom jom..

Ajak geng2 blogger pi painball :)

boni kacak said...

seriously awak dengan ayah awak memang pembuat peluru dulu????wah.. sangat mengagumkan... pergh..speechless saya.. mohon ajarkan saya sikit2 ilmu awak tu boleh??hehehe

Nick Nashram said...

kalo x silap tu peluru penabur kan?
saya punye first time pegang shotgun.
tu pun sebab jiran tumpang letak kat umah.
memang berat..huhu
boleh la tolong ajar menembak.

Len Inouie said...

anon: Cmner nak ajak seorang anon main paintball?

En.kacak: Alahai.. semua org dah keliru. Bukan pembuat peluru tapi mmg buat peluru untuk kegunaan sendiri.

Nashram: Belum pernah guna shotgun lg la..pegang ada la. M16 yer.. pun peanh pegang jer. Hahah..

Anonymous said...

Recycle peluru sebenarnye bukan la buat peluru :). Sebabnya Peluru mahal nak beli dan hanya boleh dapat dari kedai yang berlesen sahaja.

Lepas guna biasanya kelongsong kosong kalau tak pecah masih boleh diguna semula. Ini yang arwah Bapa Len buat. Penabur (biji besi) tu buh kat depan belakang isi belerang. Kena hati2-hati selain campuran serbuk juga kena betul.
sebab silap buat meletup tak pasal2.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal senjata ni elok tengok young gun atau amerika guns kat discovery kalau tak silap.

Lesen senapang susah nak dapat juga, Len lesen ayah kamu waris kat sapa? Arwah ayah saya meningal sebelum saya cukup umur kalau tak boleh gak warisi lesen dan senapang dia.

p/s: saya tak duduk kat kl kalau tak memang ramai geng main paintball kalau nak join :)

Len Inouie said...

Bukan gangnam style. Ini kampung style. XD

Takde lesen munyer.. dulu tak perlu. Skrg dah perlu lesen.

Anonymous said...

Rasanya saya kecik dulu lagi dah kena ada lesen.. tak pasti start bila. Mungkin selom tu tak perlu lesen kot.

Len Inouie said...

aku dah check. memang ada la ornag jual kelongsong peluru jer.. xde isi.

heheh... maknanya memang aku tealh membuatnyer.