Sunday, 9 December 2012

Dr.M yang ragu-ragu

Di sebuah tanah yang lapang berpokok sebatang, ramai orang sedang berkumpul. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aku yang berada di tengah-tengah orang ramai sedang menyandar kepada pokok sebatang yang rendang itu. Di sebelah kiriku adalah Tun Dr Mahathir. Dia seorang yang peramah dan tidak sombong. Dr.M berbicara denganku seperti seorang datuk kepada cucunya. Bergelak ketawa dan mesra.


Lukisan tahap tadika. Gedik nak cuba.

Tiba-tiba orang ramai yang tenang menjadi kecoh. Rupanya Najib sedang berarak melintas membelah 'crowd' orang ramai. Dia bersalam-salaman dengan rakyat sambil melambai-lambaikan tangan. Tetapi daripada riak wajahnya, dia amat megah,sombong dan angkuh dengan dirinya sendiri.

"Najib dah nak lalu tu Dr" kataku kepada Dr.M dengan nada selamba walau hatiku sinis.
"Emm... saya nak kena pergi dah ni. Kalau tak jalan sama-sama kat belakang dia kang orang ramai bising pulak sebab saya duduk jer kat sini (bawah pokok)" jawab Dr.M kepadaku.
"Oh..dah nak jalan ke, kalau macam tu boleh saya ambil gambar dengan Dr.M dulu?" pintaku.
Dr.M tidak menjawab tetapi dia tercari-cari seseorang untuk tolong ambil gambar kami. Apabila dia berdiri, semua orang perasan dia ada di tengah-tengah orang kebanyakkan maka mereka berkerumun untuk mendapatkan tandatangan Dr.M pulak.


Akhirnya, aku tersisih kerana terlalu ramai yang datang menyerbu. Najib yang sedang melambai-lambaikan tangan terpinga-pinga melihat orang berlari ke tempat lain. Walaupun Dr.M masih berada di sisiku, tetapi dia sudah terlalu sibuk melayan orang yang menyerbu. Maka aku dengan hati yang sayu menghulurkan buku catatan aku yang sangat lusuh. Di dalamnya terselit dua buah buku lain. Salah satunya adalah Alkitab.

Aku menghulurkan ketiga-tiga buku tersebut kepada Dr.M sambil berkata 'Dr.. if you don't mind. Please help to sign my books. I'm sorry it is a Bible. This is the only book with me now but I really want your signature". Entah mengapa aku hanya ada buku yang 'sensitif' sahaja pada ketika itu. Dr.M memandangku dengan pandangan yang teragak-agak. Aku melihat di dalam tangan dia ada bererapa buku lain termasuk tiga Alkitab (Bible). Aku kenal Alkitab. Aku memandang dia dengan pandangan yang hairan. Mindaku bermonolog "Mungkin dia tidak sedar buku apa yang ada di dalam tangannya? Mungkin orang yang beri buku itu untuk ditandatangani tidak beritahu itu adalah Alktitab?"

Dengan berat hati Dr.M mengambil buku-buku yang ada dalam tanganku. Sungguh aku tak pasti buku mana yang dia akan tandangan. Terlalu banyak buku yang berada dalam tangan dia sehingga dia cakap 'cukup' sebab dah terlalu banyak. Aku membantu beliau untuk mengangkat buku-buku orang ramai ke tempat yang lebih sunyi untuk dia menandatangani buku-buku tersebut. Sementara menunggu beliau mengembalikan buku-buku aku dengan tandangan yang lebih personal, aku terdengar orang cakap. Tandatangan dia sudah berubah. Tidak sama dengan yang dahulu. Berubah macam mana aku pun tak tahu sebab aku tidak pernah melihat tandatangan beliau. Yang aku tahu, aku sangat kagum dan hormat dengan Dr.M. 

Aku menunggu.. menuggu... dan menunggu.
Aku tiba-tiba terjaga daripada mimpiku!!!! 
Hampeh!


Aku kecewa!!Aku kecewa!!Aku kecewa!!
Tidak dapat bergambar dengan Dr.M dan tidak dapat balik 3 buah buku aku.
Walau hanya dalam mimpi, aku tetap kecewa. Walau kecewa, aku tetap gembira punya mimpi duduk di bawah pohon rendang beralaskan rumput bersama Dr.M yang disegani.

p/s: Namun aku lagi bersyukur. Sebab Rosmah tidak mencemari mimpiku.

19 comments:

Wenwink Kidu.Duki said...

hahhaaaha adei la kawan... ko ni kan... hihi

4feet8 said...

kau buat apa dgn alkitab tu wei sampai mimpi2..? hehe

zack said...

LOL,haritu tu pun aku ada mimpi jumpa DR.M..

Masa tu aku mimpi sedang berkawad untuk seorang Kenamaan yang entah mengapa aku sangat benci pada kenamaan tu.

And tetibe entah macamana Dr.M leh muncul dan tersenyum kat aku..wakakaka.

Sempat jugalah aku bersembang dengannya tapi aku lupa apa yang disembangkan..wakakaka

Hahaha..Walaupun aku Non-partisan dan suatu ketika dahulunya sangat membenci Dr.M dan mengkritiknya..tetapi aku tetap respect apa yang pernah beliau lakukan terhadap negara ini hingga menjadikan Malaysia yang moden pada hari ini.

^^

Len Inouie said...

4ft8: Tu la.. heran.. kejadah pulak aku bawak Bible ke hulu ke hilir. Bukan baek sgt pon. Hahah..adeh.

ZacK: MAsa kecik2 aku sellau conteng muka Dr.M yang kena tampal ms pilihan raya tu. Tp bila dah besar, rasa terhutang budi pulak dengan apa yang dia pernah buat. Heheh..

plain83 said...

Aku stuju ngan Dr.M bab 'dasar pandang ke timur'...Dr.M mmg banyak berjasa, wife dia mmg aku respect gila2...

LoL ayat ko yg last kali tu...XD

zulhilmi tempoyak said...

ingatkn btol.. ;p

PiSCes Za said...

siap ingat balik mimpi apa tu.. susah selalunya kite nak ingat apa yg kite mimpikan tau.. selalunya bila bgun tdo, mesti lupa dah semua.. hahaha

Jna marcello said...

CIS TERTIPUUUUUUUUU HAHAHAHHA

Len Inouie said...

Sorry guys.. x berniat nak tipu. Haha..

sebenarnya Len x suka mimpi.
No sweet dreams.. no anything.
xnak mimpi2 ni..

لين Si Pipi Merah said...

sweet pulak mimpi nie, :)

OrangMinyak said...

Mengikut tafsiran mimipi saya macam ada sesuatu yang diingini tetapi masih tidak dicapai?

Len Inouie said...

Pipi merah: Agak sweet jgk la.. duduk bwh pokok dengan orang bijak. Hmmm...mcm datuk dgn cucu.

orang minyak: Wah! Hebat! memang. Sy menginginkan aiskrim McFlurry Oreo McDonald picitkan CHoki-CHoki atasnye..

plain83 said...

ohhh...mungkin...mungkin,

mimpi ko ni adalah satu petanda scr tak langsung yg rosmah akan mengeluarkan bukunya yg berharga rm150 itu...kahkahkah XD

oh ini juga bermakna ko kena beli itu buku, kalo x nnt ko dpt nightmare rosmah akn menuntut ko membeli bukunya itu...LoL XD

OrangMinyak said...

Sila bermimpi sekali lagi, Permintaan anda akan ditunaikan jika anda berjumpa Dr.M dan bergambar dengan dia.

Kalau tidak sila claim di McD berdekatan.

boni kacak said...

awak ni kan.. saya mati2 ingat bebetul..hehehehe. tu yang pelik tu, sejak bila awak jadi assistant dia..hahahaha

Len Inouie said...

OrangMinyak: Hahaha...nak mimpi lg la. sambung2. XD

En.kacak: duduk bawah pokok atas rumput tau!

OrangMinyak said...

Silakan Len :)
Kim salam kat Dr M yea..
jangan lupe upload gambar ke blog

lol XD :D

Len Inouie said...

Hahah.. kalau dapat sure nak upload kat blog, print and frame kan.
:)

OrangMinyak said...

Wokey saya tunggu dalam mimpi nak tgk awak upload lol