Tuesday, 13 November 2012

Putus tali perut. Wujudkah?

Hai semua...  :) <- imagine me giving the sweetest smile.

Apabila aku nerveous dan speechless, aku suka cover dengan senyuman paling manis dan innoncent  a.k.a blurr . Sehingga satu dewan akan senyum secara tidak sengaja (out of topic).

Menurut jadual Len Inouie, Sabtu adalah free dan Ahad adalah hari perasan alim.

Tetapi pada hari Sabtu baru-baru ini, aku telah terpaksa bekerja. Emm! Takpelah.. (ayat redha)
Lepas kerja aku pi kelas yoga. Aku aim nak dapat buat headstand...
Headstand macam ni..

Headsstand (cik google punya photo)

Semalam, member 1Malaysia (Cina & India) aku gedik nak try kelas Body Combat (martial art inspired workout). Kelas tu jam 5.45pm. Aku macam malas jer sebab mood aku nak rehat semalam. Tapi member aku cakap ' I already tagged you in your facebook check-in at Fitness First. So you can't skip anymore. You shouldn't lie!'.
Duhhhhhhh~ sengal gila cara dia ugut aku. Hahaha... takde fungsi pun sebenarnya tapi sebab member punya pasal, aku pergi la.. 
Body Combat ambil masa sejam (5.45pm-6.45pm).Aku rehat dulu kejap then lari selama 45minit sebab belum pernah lari sejak dapat kasut Nike tu. Haha... I'm very excited! Tengok jam dah 8.15pm rupanya. Bapak lama aku dalam gym. Gila macam forever alone. Hahaha... memandangkan member 1Malaysia (Melayu) aku hanya akan sampai jam 10pm. Aku pun masuk Body Jam 'dancing workout' (8.45-9.45pm)

So..aku dalam gym dari 5.45pm sampai jam 10pm? WTF? Masa menari tetiba aku rasa macam ada benda putus bunyi kat dalam perut. Aku dah penat sebenarnya tapi saja nak buang masa sambil tunggu member dari Shah Alam untuk lepak kat Hayaki Uptown.

Sekarang aku ragu.. bunyi apa kat perut tu masa menari? Dari Martial Art yang ganas tu aku menari Salsa yang goyang ponggong pinggang banyak. Apa tak terkejut badan. 
Adakah tali perut aku yang putus?

Sekarang pun aku rasa perut aku macam tak sedap jer.. ayam aku makan semalam macam berenang di luar tali perut. 
Member aku cakap ada kes putus tali perut kat sini.

P/s: Imaginasi mengarut tapi yang bodohnyer aku memang risau.


Lepak bersama member 1Malaysia (Melayu) bersuara garau yang aku lebih selesa panggil sebagai BEN.
Ben & Len
Len & Ben
(^_^)

6 comments:

cHeRyNa PiReS said...

Ini namanya sengaja menakutkan org *terus usik perut takut ada usus yang putus*

Wowww...I adore u dear! Pergi gym dan join bebenda kesihatan nieh. I personally adalah seorang yg tak berkesempatan. So...yeah...I envy you.

Eh, adakah itu restoran Jepun? Dari namanyaaa....hmmm...

Len Inouie said...

Haha.. usus putus. Well.. I joined gym since I realize I main basikal xleh nak pi jauh dan laju. Tak dapat rasa angin sejuk kat muka.Sangat tak dpt terima kenyataan.

Hayaki.. nope! Xde lagi kot Restoran Jepun buka 24jam kat MY. Ianya satu restoran Qelate.
Ada nasi kerabu yang sedap dan nasi dagang.

Feels like 'this is Kota Bharu'.
Tp yang pelik, customer Cina sama banyak dengan customer Malay.

plain83 said...

putus urat perut?? erkkk...tak penah dengar lg la...sakit x? angin je kot? (-_-")

Len Inouie said...

my vocal sangat poor. Tali perut=usus. Hahah..angin je kot. xpun lemak berlipat putus. hahaha

Jna marcello said...

Fuyooo headstand..
Na hebat buat tu..meh Na ajar..Na pun skrng pg gym setiap hari..Nak kecik kan pinggang..
SUMPAH rasa pingang Na da koyak rabak teruk..SAKITTTT~!!!!!!!!!!

Len Inouie said...

*vocab. Adeh.. typo