Monday, 5 November 2012

Jadual Len Inouie

ALERT: Post tidak mengandungi nilai-nilai moral dan pengajaran. Ini cuma validation ketiadaan post selama 4 hari.

Jadual mingguan aku :
Siang adalah waktu bekerja (orang makan gaji bukan buta)

Isnin : Badminton/Rehat/Baca Buku (bergantung kepada tahap kerajinan/mood)

Selasa : My Kelly Kelly Day at the gym (Yoga, Body Combat, Running, Training and etc)

Rabu : Rehat (Book/Guitar/Lepak). FYI, aku budak 'rumah'. Aku lagi suka terperap.

Khamis : My Kelly Kelly Day at the gym (Body Combat and Yoga )

Jumaat: Dancing workout

Sabtu : Kemas Rumah + Free activities. Up for anything!! :)

Ahad : Pagi : makan-makan-makan,
            Tengah hari - Malam : Church



My Kelly Kelly Day = Workout to get Kelly Kelly's Body! :p

Untuk hujung minggu baru-baru ni.. Jumaat malam aku telah dibazirkan dengan Skyfak  *Skyfall.
Pada hari Sabtu, aku keluar dengan member tengok Silent Hill kat Tropicana City yang bukan horror movie bagi aku dan disambung dengan bermain Badminton kat KSL Sports Puchong Utama yang 20km dari rumahku bersama kawan-kawan satu rumah sukan ketika zaman sekolah menengah.
Hahaha... sila baca balik untuk faham statement di atas. Lepas lepak dan hantar member kat Pantai Dalam, aku sampai rumah pun dah jam 2.00 pagi. Sah-sah aku bangun jam 11 pagi pada hari Ahad kan.. :)

Hari Ahad hari aku perasan jadi budak baek.. 8.30 pm aku kat Tesco Extra Mutiara Damansara & The Curve. Sebab?

Aku perlu kasut sukan (lari). Ni part yang aku excited nak cerita. Aku perlukan kasut tinggi dan kasut sukan yang baru.. tapi kalau nak rembat dua-dua dalam bulan yang sama untuk kualiti yang sederhana, maka akan melayang RM400-500. Aku plan nak pi Virgo Cruise jadi kena simpan duet. Selepas skyfak  *Skyfall kat OU, aku pi kat kedai ELLE. Got sales!!!! Aku dapat good 5 inches heels dengan harga yang SANGAT MURAH.
 
Aku beli kasut kat atas dengan harga RM180 sahaja. Puas hati kot untuk orang yang belum hebat berlari macam aku ni... aku tak sangka pulak Al-Ikhsan ada servis yang bagus.. sales person dia ada knowledge pasal kasut sukan. Itu memudahkan aku. Faas 300 nih ada banyak variety warna.. aku ske! Tapi terlalu feminine. Jadi aku pilih yang agas minimalis sedikit..supaya tak cepat kotor bila lari kat luar. Aku ada cuba compare beberapa brand yang lain contohnya Adidas, Nike dan New Balance tapi design dia aku tak berkenan dan tidak menepati kriteria kegunaan aku (Long distance running on treadmill/outdoor, dancing, circuit training and body combat). Setakat ni, ni yang aku jumpa. Dah pening dan malas nak survey dah..
 
Maka dengan itu, report untuk aktiviti hujung minggu lepas selesai.
Itu sebabnya blog aku senyap untuk beberapa hari.
 
:)
 
Majulah sukan untuk negara. Selamat pengatin baru Dato' LCW

8 comments:

plain83 said...

bersukan 2 kali seminggu...rajin ko bersukan, bagus btol...^^

aku suka sandals 'hawk eye'..multi-purpose ^^

testing testing...adakah komen ku kat blog ko ni akan masuk spam box juga...huhuu

Len Inouie said...

hahahaha...post baru x masuk spam. Post lama-lama ntah macam mn comment masuk spam. Keh3.. sorry,me noob xtau tukar setting.

boni kacak said...

wah..bolehlah awak jadi instructor saya kan??? stamina sy ke laut ni..hehehe

Encik H said...

for the past few months, berat badan dah naik jadi 70kg..dulu 6pax, sekarang dah 1pax jer..hehehe

skg ni dalam perancangan nak beli kasut, nak start lari petang2..harap2 xde anjing kejar..zzzzz

Len Inouie said...

bOni: Bleh jer.. gaji saya bekalan choki2 sebulan. :P

H: Sy lagi teruk. Naik 15Kg dari berat asal sebab hari2 makan McD dan Domino jer tanpa bersenam, constant pressure dan sleep disorder. Bila x dapat lari mcm dulu baru terhegeh2 nak lari balik.

zulhilmi tempoyak said...

hmmmm.. eden ni lg la.. blik keja. tido. main game. mkn.. hee

AHMAD AFIQ said...

mcm banyak jer excersie. beli kasut jom masuk larian

Nick Nashram said...

sama la kite..
saya punye pas blk sekolah lepak kat gym..workout skt bg berpeluh..huhu