Thursday, 22 November 2012

Top 3 tips tangani tekanan (PG13)

AMARAN: Ini tips *le freak len Inouie. Penerimaan idea adalah atas budi bicara pembaca sendiri.


DISCLAIMER: *le Len Inouie tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecelakaan/ perkara tidak diingini akibat pengamalan tips ini.


Tekanan... oh! Tekanan...


Kalau nak cakap pasal tekanan, aku 'rasa' aku kenal apa itu tekanan. Intensiti tekanan itu adalah sangat subjektif bagi setiap individu.


  • Ada orang stuck dalam traffic jam merupakan tekanan, bagi aku traffic jam adalah masa aku dengar semua lagu kegemaran aku tanpa rasa bersalah sebab tak buat kerja yang lebih berfaedah.
  • Ada orang cakap, kematian adalah satu perkara yang susah untuk diperkatakan, tapi aku boleh cakap 'My name is mulen. Don't call me with my last name or else my father will rise from his grave and come into your dream' dengan muka selamba kepada kawan-kawan sepejabat dan juga kepada boss. Hahah...

Semua tu bergantung kepada kekebalan jiwa dan penerimaan. Ish.. apa aku mengarut nih..


Dah.. opening berjela-jela.. apapun tekanan itu, haruslah ditangani dengan apa cara sekalipun.


Tips 1:



Take a long long long very very very cold shower. Mandi lama-lama dengan air yang sangat-sangat sejuk sampai jari kecut. Tips mandi lama : Cuci rambut dengan lemah gemalai dan penuh kasih sayang serta perlahan-lahan siap urut kepala, bersabun sampai kulit bersih berdecit, gosok kaki sampai bersih macam jari tangan, gosok gigi sampai berkilat. Mandilah dengan penuh kasih sayang terhadap anggota badan anda. peringatan: Jangan gedik nak sentuh air panas kecuali untuk minum.
Pas mandi, anda pasti berasa sangat sejuk, ambil selimut tebal-tebal dan tidur dengan lena. Jangan lupa baca doa sebelum tidur ye!
Pagi esoknya anda akan bangun dengan sangat cantik dan sangat lapar. Makan dan anda pasti happy lepas tuh.. :)

Jari kecut.

Tips 2:

After all, what are we worried about? What worst can happen? Mati jer kan? Thats the end (ceh, macam ayat Skyfap Skyfall plak). Tips ni tidak digalakkan. Aku suka tahan nafas/lemaskan diri dalam air sampai rasa macam nak mampos dah baru bernafas. Huh!!


Untuk beberapa saat otak akan panik sebab dah nak mampos. Bila dah dapat bernafas, 'oh God~ how amazing a breath could do!'
Tu buat aku sedar, tekanan yang aku alami takdelah sesukar tak boleh bernafas/dah nak mampos/ MATI.. so, whats the big deal?
I AM DOING GREAAAAT BEBEH! Trouble is a friend.


Tips 3:

Okey.. ni tips bodoh dan sangat tidak digalakkan bagi sesiapa yang cepat tercirit.


Ni sangat berguna masa aku berada di zaman persekolahan. Bila otak dah cramp. tak jalan masa nak buat thesis, aku suka buat nih. Aku tau semua ni self-torture tips. Tapi this is the way *le freak Len Inouie channel semua tension and bad thoughts or energy keluar daripada jiwa. Aku memang suka makan cili lebih-lebih lagi semasa kau tension yang amat. Makan cili banyak-banyak (mesti kat restoran bukan dalam bilik atau rumah). Makan pedas sampai telinga berdesing, kepala hang dan rasa macam meletup. Kenapa tak boleh buat dekat rumah? Sebab dekat rumah, bila rasa pedas anda boleh berlari ke hulu ke hilir sambil menjerit 'pedas! pedas!nak air!' kalau kat kedai, rasanya korang takkan melompat dan terjerit2 macam beruk kan? Cuba tahan pedas tu dengan muka paling cool macam takde pape.. haha <- mcm bodo!

Tapi pas pedas dah hilang, kepala aku macam clear terus. Kepala terus ringan. Oh! Jika anda punya darah tinggi atau apa-apa yang seangkatan dengannya, jangan cuba aksi ini. Anda boleh mati jika anda buat benda ni dalam keadaan badan tidak 'fit'. Sebab itu, anda harus sentiasa bersenam dan sihat supaya dpat melakukan segala jenis aksi. Cakap jer aksi apa, aksi ganas? aksi seram?aksi kejam? aksi memenatkan? aksi ranjang? eh.. oops. dah! Shut my mouth!
Oh~ aku bukan takde tips yang elok sikit. Ada jer.. ni cuma tips versi *le freak Len Inouie. Ada jer tips *le goody two-shoes Len Inouie.

Cuma.. entah la...


Tak rasa macam nak tulis pasal tu. Yang tu mungkin aku boleh simpan buat buku.
Kah Kah Kah! Memang mengarut!
Selamat mencuba!!! (kalau berani)

8 comments:

Encik H said...

hahahaha..tips 1 tu H selalu jer buat..mandi lama2..biar sampai menggigil dalam bilik air..mandi tu macam release tensen kot..rasa sejuk jer walaupun hati tgh panas..

tips 2 tadi apa ek? lupa dah..

tips 3, makan cili banyak2..hehehe..makan cili tu biasa, even kat kedai makan..tapi xpernah la makan banyak2 sampai pedas rasa nak menangis..cuma setakat makan nak bagi puas..

ahaa..dah ingat dah tips 2 tu..rendam dalam air sampai rasa xleh bernafas kan? err..mandi guna shower camne nak rendam? kena guna baldi ke Len? hahaha

Len Inouie said...

Hahaha... guna shower pun boleh. letak kepala bawah shower sambil tahan nafas.
:)

Nick Nashram said...

pernah time stress pastu tgn terkena pulak iron..rasa mcm nak buang je iron tu dari tgkt 9..hahah

Len Inouie said...

Nasham: Hahah.. time stress la plak tkena iron la. Tlanggar meja la. semua yang menyakitkan. Pastu alasan nak menjerit mencarut. Time stress, kena paper cut pun keluar air mata. Hahah..

cHeRyNa PiReS said...

Tips 1:
Boleh mati sebab aku tak suka mandi air sejuk walau tiap2 hari aku buat lepas subuh.

Tips 2:
Kan aku ni takut air. So, yg ni...haahh...gerenti punyelah tak buat pon tau nak mati.

Tips 3:
Tak akan berkesan sebab tahap kepedasan nieh amat tinggi, maklumlah awek Seremban memang begitu.

So...hidup jelah. Tekanan tu kalau difikirkan sangat, akan menghalang fikiran dr berfikir yang seronok2 nanti:P

Good one Len!

plain83 said...

owh aku kalo stress, layan anime yg ada lawak bangang jer, pstu baik la sbb dah gelak guling2...laughter is the best medicine, pehtu tido ^^

aku mmg tak tahan pedas, dan tak tahan mandi air sejuk...aku mandi dgn air panas, mandi tak suka lama2...stress mcmna pon aku akn mengelak dr benda2 tu hahah ^^

ko tahan makan wasabi x? yg tu mmg killer substance ("*A*)

Len Inouie said...

Plain: Aku tengah cari joga bolokia nak beli kt mana. Wasabi jauh belakang joga bolokia.
no.1 chilli in the world org cakap la.

firdaus m said...

op.

hot shower x baik utk badan ka?

hot shower tu mcm theraphy terbaik aku so far. pastu keluar duduk bawah kipas. ohhh. <--perasan sgt heavenly.