Monday, 15 October 2012

Upgrading awek to KEKASIH?

Aku buat title macam aku bagos jer bab-bab bercinta. Perggh!! Kalau aku bagos sangat, takde la aku ada ex yer.Well..bercintan-cintun ni sebenarnya tidaklah seindah yang korang harapkan. Aku bukanlah jenis yang suka mencurangkan diri mahupun jadi playgirl, womanizer jauh sekali la. Tapi dulu aku ada ramai peminat perempuan (for i don't know reason) jugak la. Dah.. kita sambung lagi pasal girlfriend. Banyak masa, perempuan mengeluh sebab sebelum updgrade jadi girlfriend, lelaki bukan main lagi terhegeh-hegeh sana sini. Buat segala benda untuk menawan hati beta. Hoho! tp lepas perempuan dah cakap 'yes', buat derk, buat dono, acuh x acuh.. segala kejadah yang membuat kami tertanya2 'betul ke dia ni nak aku?'.  Maka dengan itu, wahai jantan sekalian, jika anda jantan silalah baca dengan hati yang terbuka...


1). Aku tak nak cakap pasal perempuan lain la. Aku guna aku sebagai contohnya.. sebelum jantan-jantan sekalian nak upgrade aku sebagai 'girlfriend'.. sila fikirkan dahulu. Len Inouie SESUAI JADI BINI KE X? Korang boleh jawab benda tu... just fikir dalam-dalam. orang putih kata 'contemplate' <--new vocab aku jumpa semalam. Kalau tak ada niat nak buat someone tu jadi PERMAISURI. Janganlah membuang masa duit dan tenaga anda untuk mengejar sesuatu yang tak layak menyambung generasi anda. Tak baik tau mempermainkan hati seseorang..womenizing won't make you a man la der.. you're a loser coz you are not capable of controlling yourself.

2). Ok..dah cakap pasal bini. Sekarang, jantan-jantan sekalian BERSEDIA BERKORBAN MASA atau tidak? Masa tengok bola sampai pagi buta, masa nak lepak usha other aweks, masa clubbing (not my taste), masa untuk diri sendiri la.. sebab semasa fasa awal 'perkapelan' kebanyakkan awekS teramat sangat excited dan akan mengharap anda spend 24/7 masa anda untuk mereka. Ada yang cakap 'Oh, keluar dengan kawan boleh pulak tapi dengan gf sendiri susah giler'.Hanya selepas beberapa waktu mereka akan cuba memahami dan faham walaupun masih merungut. Hahaha...tp aku takde la merungut pasal bola sebab aku minat bola. Aku tahu bahawa FINAL EURO..FINAL WORLD CUP, FINAL EPL, FINAL LA LIGA, FINAL CHAMPION LEAGUE itu jauh lebih penting dari duk cakap 'i love you, you love me'. That events sekali-sekala jer weh.. tapi agak terasa jugak la kalau aku tidak diajak tengok sekali. Tp please... just forget I am your girlfriend on that day. Sebab aku akan menjerit macam beruk (membuka pekung di dada). Pakwe akan malu. Kah Kah Kah!

3) Part paling kritikal.. proses REPORTING!!! Kah kah kah.. kalau anda jantan yang belum bersedia untuk proses reporting, jangan harap hubungan perkapelan anda kekal. Almost ALL WOMEN need that almost ALL THE TIME. Termasuk aku. Oops!  Ada perempuan yang nak report 'kat mana, buat apa, dengan siapa' sebab jealous/insecurity yang membuak-buak. Tapi aku perlu sebab risau tentang keselamatan (Oh ye? Ke ko try nak rationalize point ko?).Ye.. betul la.. dah biasa sms jer..tetiba senyap, apa dah jadi? Eksiden? Jatuh sakit? Ye la.. aku terbiasa dengan LDR. Maka jarang berjumpa.. jadi tak tahu la macam mana keadaaan si dia yang tercinta tu. Aiseh..lagi satu, aku saja jer nak tau. Kang dia cakap tak amek pusing langsong susah jugak. Korang sms 'out with friends' tu dah memadai la kot. Aku paling anti bila aku ajak member keluar, tapi dia memanjang duk sms awek/pakwe dia. WTF!? Tak payah hangout la kalau macam tu. Seperti mana aku benci orang begitu, aku tidak mahu pakwe aku dibenci oleh kawan-kawannya hanya sebab aku gedik nak sms aku dijawab. Behave girls! Don't let them look like a loser in front of his friends. Jaga la air muka pakwe. Tapi kalau si dia tu mencabuli kepercayaan aku dengan dating betina lain, aku tak cakap banyak kot. GO FCK THAT BTCH!! I am happy to know that you are such a SON OF A BTCH BSTRD! Thank you and GET LOST. Babai bab1..

4). A girl like me (like what?), sangat pentingkan RESPECT. Respect me as a lady and I will respect you as a guy. Later I will respect you as my man. If I let my ego down, I expect you to do so (jangan pijak maruah kami)..give and take sangat penting. Lelaki yang menurunkan ego adalah lebih cool dari yang super duper ego jerk ok! Girls..we always pick up fights..tapi sedarlah bahawa kita ni makhluk emotional dan sensitif dan kadang-kadang emo tidak bertempat. Sama-samalah kita usahakan supaya tidak membebel atas benda yang tidak penting (sejak bila ada benda tak penting).(O.o)!
Well, aku tak bising saja-saja. mesti ada sebab..tapi itu tidak bermaksud ko kena ubah ikut apa yang aku suka..kalau tak bagitau, si lelaki (lembab,1 nafsu,single tasked) ni tak akan tahu. Maka haruslah bagi tahu right on his face straight to the point. Tak perlu berkias kerana kebanyakkan lelaki tidak tahu keindahan puisi pergaduhan cintan cintun. Maka lelaki pun harus tahu adjust situasi. Kalau dua-dua jenis degil, bincang la lelok untuk cari keputusan yang sama rata untuk kedua-dua pihak. Takde la sorang jer yang malar SACRIFIED.


Sudah! Cukup.. dah panjang gila..kang aku sambung korang muntah plak. Tu pun kalau ada orang sanggup baca sampai habis. T.T Thanks for reading.. saya amat terharu!


NOTE: Aku tak suka lelaki ikut telunjuk aku seratus peratus sebab aku tahu aku ni kadang-kadang bodoh jugak. Xkan aku nak lelaki yang sama bodoh dengan aku. Ntah-ntah pada bulan penuh gila datang aku golek-golek atas lantai mintak cincin sapphire macam Kate, dia usaha beli jugak tak ke bodoh tu. Aku nak pemimpin.. bukan memimpin. Haruslah bercita-cita jadi isteri yang baik kelak.

9 comments:

boni kacak said...

terima kasih awak. akan saya jadikan panduan satu hari nanti :)

cHeRyNa PiReS said...

"agak terasa jugak la kalau aku tidak diajak tengok sekali."

selalunya kan...dia jarang bawak sbb dia akan tengok dengan kawan2. Takkan la nak borak ngan kawan pon kita nak dengar. Ada separuh awek kuat mencelah. Ada pulak tak reti ctrl gedik.

Dia pon manusia...kadang2 dia tak sanggup kena bahan kan.

So, bab ni...bila kita kena exclude...jauh2kan kecik ati. Gi cari member lain utk dibawak dalam hal nieh:D

Len Inouie said...

Hmm.. good point.Tapi... (ada tapi nih).Tapi so far, I've been always invited la. Never left out.. hehe..

He brings me along or I watch with some other girls and all the other guys will keep eyes on us? haaa...

Besides,Football is usually at midnight-morning. DANGER ALERT!


Encik H said...

well..dah baca sampai habis okey..hahaha..

point no.3 tu memang paling kritikal..letih oi nak report2 ni semua..kadang tengah bz, tengah buat keje, nak kena report 'kat mana and dengan siapa'..rasa macam nak rotan jer..grrr

p/s: patut la cheryna letakkan dalam kategori kiut..kahkahkah

Shasha Yacob said...

kebanyakkan begitu ler yang pernah aku baca, dah susah susah nak dapat, sudah dapat buat derkkk saja what the heaven betul..

M.Faiq63 said...

first time baca blog anda dr blog buasirotak, bagus sket panduan ni, ada guide sket psl mcm mana pompuan tu, terima kasih :)

mecha_praline said...
This comment has been removed by the author.
mecha_praline said...

berdasarkan pengalaman aku bercinta selama dua tahun(my first love), aku sangat care dengan ppuan tu. dan ada juga sekali dua aku buat dia menangis sebab tak dapat control perasaan cemburu. lalu aku melepaskan kemarahan aku kat dia. malah di akhir akhir hubungan aku dan dia, aku tetap tolong dia saat dia perlukan duit even aku tahu dia dah nak tinggalkan aku. mungkin korang akan cakap aku bodoh, but true, aku tetap syg ppuan yg syg aku. aku tak dapat nak benci dia. so, moralnya jangan bercinta. proceed to nikah kalau betul inginkan cinta. there is sumthing u dunno yang akan membahagiakan kita jika kita buat kerana mahu menjaga kehormatan diri dan agama.

Len Inouie said...

Itu semua pilihan masing2.

I dare taking chances.
What worst could happen?

I die?

Hmm... die is a certain thing.
Why worry much?