Friday, 26 October 2012

Pagi raya seorang Len Inouie

Jam 8 pagi terjaga.
Ada orang baca ayat-ayat Quran kat masjid. Saya suka! 

Hmm...Matahari dah mengintai masuk bilik.Jagi, takde istilah bangun lewat sangat.
Kebaikan dapat bilik sebelah timur, anda bangun awal yer. Mula-mula buka whatsapp..berlambak mesej dalam group. Dorang cakap pasal jemm balik kelantan. Jem balik Perak, Terengganu dan sebagainya. Len sempat mencelah..secara out of topic.

Len: "aku sibuk lintas jalan raya balik rumah. Jalan kaki pun jemm! Hati-hati di jalan raya kawan-kawan. Bye semua.."
Mereka:  " bodo la mum len!Wat nyakit hati aku jah hok kenye make jemm 8 jam"
Len: "Hahahah...babai"

Kalau Hari Raya Aidilfitri aku sibuk la nak datang rumah member-member.. tapi raya korban Len Inouie tak rajin sangat sebab nak elak kejanggalan sesetengah orang apabila Len Inouie tak boleh makan daging korban. Sebab? Saya non-muslim.. (What!?) Yer...ramai yang tak perasan. Bila dah sentuh pasal kenapa tak makan, conversation tu meleret-leret dan lama-lama jadi tak best. Ada yang tak pandai bezakan perkongsian dan perdebatan. Tak elok yer sebab kita ni hidup sebagai masyarakat majmuk (ingat tu).. Jadi haruslah hidup saling menghormati, memahami dan mengasihi walau banyak perbezaan.

Dah!tutup cerita pasal perbezaan. :)
So... untuk compensate ketidakhadiran diri, aku habiskan pagi aku hantar mesej jer la kat semua kawan-kawan. Beratus-ratus kot. Sebab aku sorang jer non-muslim kawan dorang (kot), tiap kali aku sambut Krismas dorang hampir semua personally wish. Jadi aku kena la balas sorang-sorang balik. Hahaha...

Maka dengan itu, Len Inouie mengucapkan..

(Gambar: Peace Len Inouie)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Kalau ada terkasar bahasa (memang sah banyak kot.hahah..) harap dimaafkan ye kawan-kawan. Sorry jugak sebab lambat update. Len kena pi lawat construction sites untuk dua hari.. pada masa yang sama Len juga sedang berbangga dengan diri sendiri kerana berjaya kembali dengan selamat. First time drive kereta lain selain kereta sendiri.. pucat2!Tapi berjaya.. yahooo!

p/s: "Pelangi tak cantik kalau dia satu warna jer"


 

8 comments:

cHeRyNa PiReS said...

"Pelangi tak cantik kalau warna purple saja."

Of course, Len. I will need people like you to put other colours in my rainbow.

I do respect you for your level of understanding. It's not easy to be in the environment which is so diverse yet I don't think you have problems embracing it.

Awak sangat best dan maintain best tu:)

Salam Aidiladha - I cooked chicken rendang for my friends :)

cHeRyNa PiReS said...

"Pelangi tak cantik kalau warna purple saja."

Of course, Len. I will need people like you to put other colours in my rainbow.

I do respect you for your level of understanding. It's not easy to be in the environment which is so diverse yet I don't think you have problems embracing it.

Awak sangat best dan maintain best tu:)

Salam Aidiladha - I cooked chicken rendang for my friends :)

plain83 said...

muehehhe Len...aku mmg sudah agak ko non-mus pon, so btol la tekaan aku mueheheh ^^

aku tak merayau mana2 raya aji kali ni, dok diam2 saja kat umah...perut aku masih meragam akibat food poisoning 2 hari yg lepas..wuwuwuu (TAT)...

Encik H said...

pelangi takkan disebut pelangi kalau warnanya cuma satu jer..hehehe

p/s: melekat kat dinding ea gambar peace tu..

Len Inouie said...

Sha: I guess, being away from family paid the price for that undestanding. T.T! my mom dunoe what I like.
Plain: Ala.. kesian. Rugi3.. rugi besar tak dpt mkn banyak.haha
En.H: Hahah.. ntah gedik apa lekat kat dindin tu.

boni kacak said...

hahahahaha.. non muslim rupanya.. ala.. tak ada beza pun. cuma agama dan bangsa je yang berlainan, tapi kita tetap kawan kan? thanks utk ucapan tu.. apa2pun, selamat hari raya aidiladha juga awak :)

-meeSUPERGIRL- said...

hehe .. org kelate kee? betul tu, kalau dpanjang2kn lagi makin tak sedap pulak bnyi .. selamat hari raya .. :)

betty said...

once i saw your pic,, only in my mind is "it's so mulen"
you never change and always the same... i looiikeee