Monday, 8 October 2012

Memori Pertama

Memori pertamaku adalah berada di atas kerusi di sebuah restoran cina yang ada special feature. Aku ingat kerusi tu ada built in tray. Wah! Gila hebat! Kerusi tu sangat spesel. Ada penghadang/pembahagi kat celah kangkang untuk halang aku jatuh dari kerusi. Aku ingat aku sangat excited lalu aku berpusing sana sini maca shin chan. Aku boleh masuk dua2 kaki aku kat salah satu lubang kerusi tu lagi. Sangat adventure!! Nasi aku dihidangkan atas meja yg melekat kat kerusi tu jugak. Best gila! Kerusi tu dah la besar..aku boleh pusing 360 degree lagi dalam kerusi. Best sangat-sangat sebab first time dapat kerusi macam tu. Pastu aku ingat aunty aku marah sebab aku tak pandai duduk diam. Aku kecewa lalu berhenti tapi aku lempar nasi yang dia hidang kat aku kat lantai sebagai tanda protes. Ishh... kecik2 dah derhaka. Teruknya!




Pastu pada tahun 2000. Ceh.. mcm cerita hikayat parameswara pulak. Aunty aku bawak aku sekali lagi pi kat tempat tu atas permintaan aku. Bila sampai tempat tu, aku tengok sekeliling. takde pulak kerusi yang aku suka hari tuh.. So aku pun tanya la.. aku describe details kerusi tu satu-satu..dorang cakap takde. Aku degil nak jugak. Sebab dulu ada, xkan sekarang dah takde pulak kan?
Lama taukeh tu fikir.. Last-last dia datang bagi kerusi yang aku nak..



OMG!!
Mimpi ke apa? Terkebil-kebil aku tengok.. biar betik?






So..ni la kerusi yang ada dalam memori aku tu sebenarnya.

Bila aku tengok betul-betul memang tu kerusi yang aku ingat. Warna coklat, tinggi.. ada 2 lubang untuk slot kaki.. ada built in tray (tray la sangat kan)..haha..Aunty aku cakap, pertama kali dia bawa aku pi restoran tu adalah masa aku umur 2 tahun ke bawah..dan tak pernah dah lepas tu.Hmmm.. patutlah dalam memori tuh aku tak menjawab/melawan dengan mulut lancang gila seperti biase. Ropenyer aku still budak kecik yang belum pandai bercakap. Hahaha...

FYI : When I was a *le mini Len Inouie, my aunty  & my grandmatook care of me..in two different time. Where was my mom? Lol.. I have no idea. I will ask my mom on this coming Dec.. the memory that I have with my mom was..she was teaching me how to BERSYAIR dan BERGURINDAM. What!?
Now..tell me what is your first memory..

0 comments: