Monday, 22 October 2012

Len Inouie Sudah 3 Bulan

Sebut pasal bulan sahaja, sangat sensitif sejak akhir-akhir zaman ini. Oh, dah nak kiamat!
Bila sebut pasal bulan, banyak fikir sinonim dengan mengandung.
Sorry.. aku bukan nak cakap pasal mengandung. Aku nak cakap pasal tiga bulan menjadi single dan available but not looking. Aku tidak mengandung. Cuma mengandungi lemak sebanyak 29% yang masih sangat tinggi.

Pada hari ini, saya telah mendapat sms daripada mr. ex mengatakan bahawa ibu bapanya lebih sayangkan saya berbanding dia. Dan dia jadi mangsa ibu bapanya. (apa motif aku tulis pasal ni?mungkin kepuasan hati?) Ini adalah tidak baik kerana membuka pekung di dada dan juga memburuk-burukkan bekas kekasih. Setelah post Hidup Seliat Kartun (18SG) saya, mesti ramai yang fikir lelaki itu sangat dayus dan tidak 'manly'.Ya, saya setuju itu sangat tidak jantan.

Saya bercakap bukan untuk membela dia. Cuma cerita ini seperti one sided.
Dia tidak punya blog dan tidak pernah ambil pusing pasal blog saya sebab dia sangat yakin dan percaya saya bukanlah 'pencurang' mahupun penipu. Which is true dan pathetic. Maka atas dasar itu jugalah mr.ex sangat yakin dan percaya bahawa saya seorang yang 'submissive' dan 'obedient' sehingga yakin saya tidak akan berpaling walaupun nyawa hampir melayang.

Tetapi dia juga tidak menyangka yang saya ada limit yang saya tetapkan sendiri dan akan patuh kepada peraturan diri sendiri. Saya ada tahap kesabaran walaupun saya ada ketikanya sangat bodoh memaafkan setiap perbuatan dan anggap tiada apa yang berlaku pada keesokan harinya. Saya ada keinginan yang tinggi untuk menceritakan kepada semua orang tentang apa yang telah berlaku secara detail tetapi memandangkan saya masih berfikiran itu tidak wajar, maka saya terpaksa menanam keinginan itu dalam-dalam. Cukuplah sekali 'abused' itu keluar. Anda pasti terkejut kalau saya masih cakap dia seorang yang baik cuma ada kelemahan dia yang tersendiri (stupid girl always say this). 

Saya terpaksa berhadapan dengan MONSTER ini dalam masa terdekat seorang diri. Saya nak ambil semua barang saya yang tertinggal di dalam rumah yang 'invaded' oleh seorang yang ganas. Ucapkan semoga saya masih dapat balik ke rumah dengan 'one piece'. Harapnya saya tidak dicincang ye kawan-kawan..

Saya ada kereta berwarna hitam yang sangat manly bagiku. Saya pernah terfikir untuk melenyek dan menggilis dia dengan kereta atas dasar ketidakwarasan dan tekanan yang melampau. Saya fikir mungkin saya mampu membayar semua kos itu tetapi itu tidak akan pernah dapat mengembalikan masa selama 3 tahun hayatku yang terbazir begitu sahaja  untuk dia. Cukuplah saya berjaya mengkemekkan body kereta dia dengan super 'side-kick' sebelum saya belah selamanya... yeah! I gave my signature kick!

Balas dendam yang berlebihan tidak akan mendatangkan kebaikan. 
I don't believe in revenge. God knows better you know.. He could let a brain scattered on the road. God could make a leg broken. God could make eyes blinded..God could also punish someone with a fire. God knows what a 'someone' deserves more than I know. Who am I to judge or punish? God knows better. So, be a forgiver.   ~ Len Inouie


3 comments:

cHeRyNa PiReS said...

Memang tak guna pon revenge. After all, he was your past. Pernah dengar this one:

You can delete what was written but you can't erase the memory?

All the best to you babe. I wish good things for you sbb saya bangga anda boleh buat keputusan2 yg baik:)

Buat silap dalam hidup, well u bukan robot kan?

Encik H said...

susah nak dapat 1st kat sini..grrr

aaa..revenge is sweet..yeahhh!!! :p

Len Inouie said...

Yep sha! I should never let my guard down in any second.I don't regret anything anyhow. coz not point. =)

mr.H: tapi biasanya lepas revenge xde happy sgt pon.buang masa jer.