Thursday, 18 October 2012

*le Len Inouie Serius pasal nila dan susu

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian..
Pada hari ini saya nak cakap pasal ‘kesimpulan’.
Kebanyakkan tuan-tuan dan puan-puan sekalian mungkin tidak akan setuju dengan pendapat saya tetapi saya tidak kisah.
Saya tetap nak cakap..

Aku rasa semua orang kenal Sufiah Yusof a.k.a Shilpa Lee..hahah..
eh, sebut pasal Lee ni.. teringat Vivian Lee dari Sumptuous Erotica.
Owh.. tapi ada satu Lee lagi: Dato' Lee Chong Wei.

Dato’ LCW : Publish buku  "Dare to be a Champion"  pada 18January 2012.[1]
Vivian Lee :
“I don't care about what people think or say about me or their perception of who I am. I don't care if men stare or ogle when I am out in public. Neither am I embarrassed for being the girl in the erotic pictures and videos.”
“Instead, this would make our relationship stronger,”[2]
Moral of the statement:






'Lee' sebenarnya tidaklah menggambarkan sikap seseorang.
Ishhh… susah la nak cakap macam mana.. aku memang tak boleh toleran dengan kesempitan minda seseorang. Ye.. aku pun ada teori kuno aku.. tapi pandangan peribadi dan kesempitan minda itu tidak sama. Aku bukan pencinta Yahudi mahupun peminat barat 100%. Tetapi aku tak akan cakap semua benda tak baik ni datang dari Yahudi dan Barat. That is absurd!!!
Orang barat buka pintu, tarik kerusi bagi kat perempuan... orang timur buat macam tu ke?
Dulu masa orang putih jadi penjajah, ada banyak kes rogol-rogol belah perut orang mengandung? Tak…
Tapi masa Nipon jadi penjajah, perempuan mengandung dia belah perut, anak dara dia rogol?
(Kalau aku salah.. sila bagi fakta untuk buat aku berubah fikiran)

Sama jugak dengan istilah ‘Islam itu pengganas’.Disebabkan kejahilan mereka mereka dan mereka, mereka melabel Islam itu pengganas padahal ITU ADALAH SALAH. .That is another absurd accusation!!  Aku ada banyak kawan Muslim yang sangat sederhana baik alim lagi penyayang sesama insan. Tak de pon kawan-kawan aku sembelih orang kafir cam aku ni..

Aku dibesarkan dengan didikan menyembah berhala itu dosa. Bila aku baca pasal agama Hindu/Buddha… aku baca pasal kenapa dorang perlu ada patung.. baru aku faham. Dorang ada alasan dan point sendiri. Tapi….. walaupun dorang ada point dorang sendiri, aku tetap PILIH untuk percaya apa yang aku ada sekarang. Aku faham dan aku hormat  fahaman dorang cuma aku rasa itu bukanlah cara aku. Aku memang tak ‘ngam’ dengan cara itu. Tapi itu juga bukan lesen aku untuk menghina mahupun tidak menghormati fahaman orang. Biarlah mereka dengan fahaman mereka.. itu pilihan dorang. Kena hormat pilihan setiap individu. (Gila banyak 'tapi' dalam ayat di atas)
Sama juga dengan LGBT. Aku dibesarkan dengan didikan, seks sebelum perkahwinan itu adalah dosa, seks sesama jantina itu dosa. Apabila seorang ahli LGBT bersahabat dengan aku.. aku akan berusaha MENGINGATKAN dorang bahawa apa yang dia buat itu adalah tidak patut. Aku guna ‘mengingatkan’ sebab aku percaya kebanyakkan dorang tahu apa yang dorang buat. Akan tetapi, aku tidak akan memaksa mereka berubah sebab aku hormat mereka sebagai seorang insan! Membawa seseorang ke arah kebaikan adalah tanggungjawab kita.. jadi kita harus ingatkan bahawa perbuatan itu adalah dosa. Tapi memaksa, menghina mahupun memburuk-burukkan adalah tidak sama sekali.. jadi kenapa nak benci atau hina golongan LGBT? Mereka bukan orang bodoh ok? mereka tahu siapa mereka dan apa dorang nak...

Kutuklah ‘perbuatan’ mereka tetapi bukan ‘mereka’. Love unconditionally.

Dapat tak apa aku cuba nak cakap?
Point terakhir aku : (main point2 pulak dah)..
Seperti mana kita sangat jahil tentang agama/bangsa lain, begitu juga mereka begitu jahil tentang kita.Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan tentang seseorang..

Janganlah kerana nila setitik susu sebelanga ditumpahkan.
Tak wujud pepatah tu kalau tak ada maksud/mesej yang cuba disampaikan.

Gila serius *le Len Inouie kali ni.




7 comments:

cHeRyNa PiReS said...

Sama macam kadang2 seorang yg makan bagel dikutuk Yahudi.

Sorang barista kerja Starbucks dikatakan makan duit haram.

Sorang yg kahwin mat salleh dikatakan kawen keturunan tak baik.

Eh, kita ada klasifikasi manusia kah?

Perlu asing2...so mana yang baik?

Makan bagel, kalau bahannya halal, tetap haram kah?

Kalau Starbucks ada sijil Jakim, duit titik peluh tetap haram kah?

Dan...kompem keturunan kawen Syed sajakah yg baik?

Classification is due to disrespect:)

That is when we learn about discrimination :)

Len Inouie said...

Yeah! RESPECT is the KEY!

*dengan muka penuh semangat*

Encik H said...

Okey..intro 'saya' kat atas tu sangat sopan..hakhakhak..

nak tanya dulu ni..soalan yg pertama, Sufiah Yusof a.k.a Shilpa Lee tu siapa? idak ler teman taunyer..

soalan yg kedua, LGBT tu pulak ialah apa? mohon penderahan..kehkeh

entry ni lebih kurang sama macam entry 'pada satu garisan halus' yang saya tulis..konsepnya sama, dosa tu dijatuhkan pada perbuatan, bukannya pada sesama manusia..

Len Inouie said...

Sopan seperti cara makan saya yg sopan ek? =)

Sufiah Yusof (nama sebenar) a.k.a Shilpa Lee (nama glamer):Masuk univesiti Oxford pada usia 13 tahun (seorang yang bijak) kemudian menjadi pelacur.

LGBT - Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender.

tak baca lagi entry tu.. nanti 'saya' baca ye.

*Harus bersopan dengan Encik H*

thehellwiththeworldtoday-_-1st said...

Hai :)

Len Inouie said...

Oh my hell... :)
Selamat datang.

Encik H said...

wahhh..'saya' ni sopan sangat la..takut saya..hahaha