Wednesday, 31 October 2012

Len Inouie serius fail blogwalking!!!

Dulu aku kerja dengan bank, untuk layan customer singapore yang *some text missing* <-korang isi sendiri.
Haha.. Masa tu aku ada banyak sofware yang semua berpassword sebab konon customer privacy jadi haruslah semua berpassword. Nak masuk kerja jer, untuk aku buat kerja kene type password, password, password. 4-5 password in one time.

Tu belum password untuk personal kan?
Akaun-akaun online..fb, twitter, gmail, yahoo,flicker, youtube.. dan sebagainya. Selain tu, ada pulak yang fb jer ada 4-5 akaun dan semua password lain-lain. Tidak ke sengal itu?
Selain daripada itu (macam karangan), untuk orang dewasa ada password intuk internet banking lagi. Password safe deposit lagi.. kalau satu bank jer takpe. Ni tiap bank ada internet banking. Maybank, CIMB, UOB, HSBC, Citibank.. BSN (yg paling lulz) dan banyak lagi. Tapi aku takde la sekaya tu nak bukan banyak-banyak akaun dengan banyak-banyak bank. Tapi ada juga yang ada internet dengan semua bank. bukan deposit/current account mahupun fix deposit atau unit trust tapi semua 'outstanding = HUTANG'. Lagi mantap! Hahaha... maaf! Sudah keluar topik!
Entry belum habis yer. Haha!

Tuesday, 30 October 2012

Living my life

I will not waste my days, making up all kind of ways,
To worry about all the things,
That will not happen to me..


So I let go of what I know I don't know
And I know I only do this by ;

Living in the moment
Living my life easy and breezy
With peace in my mind
I got peace in my heart, got peace in my mind
Wherever i'm going, i'm already home


I'm letting myself of all the hook for things i've done
I let my past go past, now i'm having more fun
I'm letting go of the thoughts that do not make me strong
And I believe this way can be the same for everyone


I can't walk through life facing backwards

I'm living in the moment.

Nafsu Terlarang

Aku ada Forbidden Desire a.k.a Nafsu Terlarang yang sentiasa terpendam dan mungkin akan terpendam selamanya..adeh! Sadis. Sebab keinginan terpendam ini adalah tidak elok dan membawa dosa. a.k.a HARAM.. Haram menurut agama aku la.. haha.. ada dua benda yang aku rasa naaaaaaaaaaaak sangat!!! nak yang teramat sangat tapi tak boleh tak boleh tak boleh.. maka tak boleh la jawabnyer!

Forbidden Desire No.1

Sunday, 28 October 2012

My sunday look.. (gedik)

Ini adalah entry yang tidak ada nilai-nilai moral dan pengajaran. 
Entry tin kosong namanya. Apa motif enty ni? Hahah.. nak mengada? hmm.. bukan..
Sebenarnya ni first time aku pakai skirt selain skirt kerja (pencil skirt), skirt kostum tarian (paham-paham je la) dan dress sejak bekerja.Saya sangat teruja untuk memakai skirt ini. Mix and match dalam masa 3 minit.Jadi saya nak tahu, apakah pandangan anda?

:)
Beneath my shoe is my DIY pedicured nails. Royal blue (Elianto) nail polish.

Saturday, 27 October 2012

Len Inouie, fashion dan kesundalan sejagat

Ok, straight to the point.
Aku benci dengan tabloid, TV, magazines, advertisement.. branded stuffs yang menghidangkan pelbagai stereotype yang misleading morality. Magazine tulis macam ni:

Hot in this month!
A must have this month!
Killer look!
Head turners look!
A must have in your wardrobe!


Artis pun ramai yang aku nak cakap benci tak boleh cakap benci jugak.Cuma annoyed.. entah! Tak tahu nak cakap ape.

Aku tengok semua summer collections, fall collections dan segala kejadah yang seangkatan dengannya memandangkan aku selalu beli magazine. Baju yang dorang tunjuk semua cantik-cantik belaka. Sebagai perempuan biasa aku juga tergoda untuk mencuba 'the look'/penampilan itu. Hatta, Len Inouie pergi ke sebuah kedai yang sangat up to date koleksinya. Len mencuba pakaian yang ada satu demi satu. Semuanya sangat mengecewakan. Bukan kerana saya tidak muat. Saya cuma 5 ft dan bersaiz 'S' (tp  kawan-kawan selalu cakap saya gendut). Saya muat kebanyakkanya...cuma... masalahnya...

Friday, 26 October 2012

Pagi raya seorang Len Inouie

Jam 8 pagi terjaga.
Ada orang baca ayat-ayat Quran kat masjid. Saya suka! 

Hmm...Matahari dah mengintai masuk bilik.Jagi, takde istilah bangun lewat sangat.
Kebaikan dapat bilik sebelah timur, anda bangun awal yer. Mula-mula buka whatsapp..berlambak mesej dalam group. Dorang cakap pasal jemm balik kelantan. Jem balik Perak, Terengganu dan sebagainya. Len sempat mencelah..secara out of topic.

Monday, 22 October 2012

Dia pegang **** saya (18SX)

Len:  Oh yeah.. what was that look?
Him: Hahaha... apa?
Len:  U look at my face with a very I dont understand  look
Him: Hahaahhaahaha  <-- aku tak faham kenapa dia gelak
Len:  at the **********. I asked u.. why?and u said xde pape
Him: Hahaha
Len:  I never see that kind of eyes. Tell me what was that look?
Him: I pon xtau. Hehehe..
Len:  I cant stop thinking about the way u look at me..
         U wanted to say something?
         or anything?
Him: hehehe.. xtau. I really dunno apa I fikir
Len:  Hmm.. I was wondering may be u think i'm vulnerable?
         or adorable?
         I really have no idea..
         or fragile?
         I really want to know.. hope u know I rely on eyes.
Him: i know
         tp i xde fikir apa2
Len:  ok.. thats scary.
         So, it is no feeling look?or no thinking look..haha..
Him: Haih..
Len:  ok3..
Him: Susahnya ckp dgn org berfalsafah n everythng has meaning ni..
Len:  Then don't stare at me like that again.
Him: I ckp I don't have any idea..
         I mmg have no idealar my dear..
         Jgnlah paksa2 pulak..
         okay..
         I won't stare at you dah.
Len:  ok. curiosity
Him: I understand the curiosity part.
         But when I cakap xde apa2 knp u still mcm paksa2.
         Like my words have no meaning for u..
Len:  Just curious.         
         Very high curiosity
Him: Fine
Len:  Im sorry..
Him:  Using words again.
         curious n very curious..
         It still the same
         Curious$
Len:  Hahaha..
         Im sorry..
Him: I'm sorry too..
         I mmg tgh sgt penat n x larat nak layan falsafah n curiosity u now.
Len:  Its a new thing for me. i dont mean to force.
Him: Esok maybe boleh layan balik after I have a good rest
Len:  Then I stop now. have a good rest and good sleep Mr. ******

-Conversation End-


Yes. I do call him with 'Mr' in front of his name.
Damn! That is really-really-really bothering me.
I really mean the 'High curiosity part' and I know he wouldn't answer me.
When I read back my texts. Damn! Itu sangat annoying. Girls.. ini contoh ke'complicated'an (perosak bahasa) perempuan dan keringkasan seorang lelaki. Aku percaya dia memang maksudkan apa yang dia cakap (ke aku naive sgt?). Ye.. saya percaya.
Bilakah Len Inouie akan belajar supaya tidak terlalu details? Urghh!!
That was a very bad way of comunicating indeed. Don't ever copy.

Aku memang ada isu dengan 'look'/'pandangan' mata seseorang ni.
Ceritanya bermula begini..

Len Inouie Sudah 3 Bulan

Sebut pasal bulan sahaja, sangat sensitif sejak akhir-akhir zaman ini. Oh, dah nak kiamat!
Bila sebut pasal bulan, banyak fikir sinonim dengan mengandung.
Sorry.. aku bukan nak cakap pasal mengandung. Aku nak cakap pasal tiga bulan menjadi single dan available but not looking. Aku tidak mengandung. Cuma mengandungi lemak sebanyak 29% yang masih sangat tinggi.

Pada hari ini, saya telah mendapat sms daripada mr. ex mengatakan bahawa ibu bapanya lebih sayangkan saya berbanding dia. Dan dia jadi mangsa ibu bapanya. (apa motif aku tulis pasal ni?mungkin kepuasan hati?) Ini adalah tidak baik kerana membuka pekung di dada dan juga memburuk-burukkan bekas kekasih. Setelah post Hidup Seliat Kartun (18SG) saya, mesti ramai yang fikir lelaki itu sangat dayus dan tidak 'manly'.Ya, saya setuju itu sangat tidak jantan.

Saya bercakap bukan untuk membela dia. Cuma cerita ini seperti one sided.

Thursday, 18 October 2012

*le Len Inouie Serius pasal nila dan susu

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian..
Pada hari ini saya nak cakap pasal ‘kesimpulan’.
Kebanyakkan tuan-tuan dan puan-puan sekalian mungkin tidak akan setuju dengan pendapat saya tetapi saya tidak kisah.
Saya tetap nak cakap..

Aku rasa semua orang kenal Sufiah Yusof a.k.a Shilpa Lee..hahah..
eh, sebut pasal Lee ni.. teringat Vivian Lee dari Sumptuous Erotica.
Owh.. tapi ada satu Lee lagi: Dato' Lee Chong Wei.

Dato’ LCW : Publish buku  "Dare to be a Champion"  pada 18January 2012.[1]
Vivian Lee :
“I don't care about what people think or say about me or their perception of who I am. I don't care if men stare or ogle when I am out in public. Neither am I embarrassed for being the girl in the erotic pictures and videos.”
“Instead, this would make our relationship stronger,”[2]
Moral of the statement:




Monday, 15 October 2012

Upgrading awek to KEKASIH?

Aku buat title macam aku bagos jer bab-bab bercinta. Perggh!! Kalau aku bagos sangat, takde la aku ada ex yer.Well..bercintan-cintun ni sebenarnya tidaklah seindah yang korang harapkan. Aku bukanlah jenis yang suka mencurangkan diri mahupun jadi playgirl, womanizer jauh sekali la. Tapi dulu aku ada ramai peminat perempuan (for i don't know reason) jugak la. Dah.. kita sambung lagi pasal girlfriend. Banyak masa, perempuan mengeluh sebab sebelum updgrade jadi girlfriend, lelaki bukan main lagi terhegeh-hegeh sana sini. Buat segala benda untuk menawan hati beta. Hoho! tp lepas perempuan dah cakap 'yes', buat derk, buat dono, acuh x acuh.. segala kejadah yang membuat kami tertanya2 'betul ke dia ni nak aku?'.  Maka dengan itu, wahai jantan sekalian, jika anda jantan silalah baca dengan hati yang terbuka...

Sunday, 14 October 2012

*le freak Len Inouie's dream


The Dream, 1932 by Pablo Picasso
I have this dream..  
Just dreams…
simply a dream…
(I hope it will be real)
I don't have that much money to make it real.
So... I will keep dreaming.
I dream..
To have a nice house* with a special room..
A room for me to put my guitars and a grand piano..
And a room for me to paint/skecth
and the most important part is…
I want to be able to do all that with bared skin a.k.a naked.
I want a big aquarium as my big wall..
The light from outside will shine through the big aquarium.
The sun shine will shine on my skin..
and I will be happy with my coffee and books..
or maybe sunshine while painting?
I would like to have a beautiful bed inside my special room.
 It’s not meant for me to sleep.
 It’s meant for


Friday, 12 October 2012

Sexy Conversation

He asked me 'what makes you the happiest person in the world'.
(He has been asking me for many times but I refuse to answer thinking that he was just taking a pick up line)

Thursday, 11 October 2012

TENTANG PARUT

Menurut article ini, parut di muka lelaki menjadi penarik minat perempuan.
Ye ke?

Mcm betul jugak la.. kadang-kadang aku rasa macam tu jugak la.
Mcm cool jer ada parut kat muka. Especially lelaki tu bertatu dan sedang merokok sambil minum kopi. Hahah! Eh, jap! Aku tak suka lelaki merokok tapi kenapa lelaki berparut di muka dengan rokok itu cool?

Hmm.. aku sendiri tak dapat jawab. Cool~ tapi aku tak jatuh cinta pown! Sorry man!
Ko bukan taste aku sebab ko ni perokok. Full stop!

Tapi kalau perempuan ada parut kat muka macam mana?
Cantik ke?
Menarik ke?
Cool ke?
Suka ke?
Ayu ke?

Honestly, masa kecik2 dulu bila aku tengok orang berparut kat muka. Mesti aku fikir orang ni 'jahat'.
Tapi dah besar ni takdelah aku fikir jahat dah.
Aku terfikir, apakah kisah di sebalik parut itu?

Hmm...mesti menarik cerita dia kan?
Sebab aku berkulit cerah, takde siapa perasan aku ada lebih 10 parut dekat tangan. Macam taiko wo!
Hahaha..Boleh dikatakan penuh dengan parut. Bukan tu jer..

Wednesday, 10 October 2012

Len's 'EX a.k.a bekas kekasih' theory yg (KUNO)

I have ex-bf...yang aku tak pernah fikir akan ada. Sebab sejak kecil, aku dah set sebelum umur 20 aku takkan couple dan aku berjaya ikut peraturan aku sendiri. Hahah..(gelak bangga)sangat KUNO.Aku harap hanya ada satu jer LELAKI dalam hidup aku. Pertama dan terakhir (rasa nak muntah tulis ayat ni). Sebab aku fikir, aku ni bukan sempurna. Bukan cantik sangat, bukan baik sangat, bukan bagus sangat. Banyak yang kurang sifat dan tingkahnya. Kalau dah kawen jadi gemok, pastu makin pandai berleter dan sangat menjengkelkan. Adalah tidak adil untuk aku memerangkap seseorang dalam ikrar perkahwinan denganku jika aku ni tidak dapat membahagiakan orang itu.Wah! Statement gedik! Untuk orang yang dah lama kenal aku, korang dah naik muak kot aku asyik2 ulang benda sama. Well, memang ramai orang cakap aku berfikiran kolot lagi kuno sebab tidak menikmati zaman muda dengan cinta monyet. Tp aku kesah apa? Kuno is my style. I am classic bebeh! Hahaha...

Kahwin itu maknanya korang bersedia berkongsi hidup tau tak?
H.I.D.U.P
HIDUP!
YOUR WHOLE LIFE!

Takkan aku nak buat seluruh hidup someone tu macam neraka di dunia. Setiap orang berhak dapat yang terbaik untuk dirinya. Memandangkan perkahwinan itu adalah satu perkara yang sangat suci (menurut agama aku la), jadi haruslah menghormati kesucian perkahwinan. Jadi aku sentiasa berfikir aku ni haruslah jadi sesempurna yang mungkin untuk ke arah perkahwinan. Selain benda yang 'satu' yang sangat penting itu, salah satu daripada 'sempurna' itu bagi aku adalah takde lelaki sebelum suamiku bertandang di hatiku. Sebab aku TAK NAK bakal suami aku malu bila ada lelaki lain cakap;








Tuesday, 9 October 2012

Hidup Seliat Kartun (18SG)

Sejak dulu aku selalu guna motto ni dalam hidup aku. Sejak umur 13 tahun kot..
'HIDUP SELIAT KARTUN'
Tak faham? meh aku explain...

Monday, 8 October 2012

*le Len Inouie me'LAZER' orang ALIM


Sila 'right click' and 'save picture as' untuk tengok dengan lebis jelas. A.K.A Download lah..
huhoh..


Insan yang makan cili terus buat post : 'Hari yang sangat tidak gembira' pada hari itu..dan nampak post dia keluar dengan perempuan yang semua dia gelar ' kakak angkat, adik angkat' dan segala jenis'angkat'.


Are you sure?

Memori Pertama

Memori pertamaku adalah berada di atas kerusi di sebuah restoran cina yang ada special feature. Aku ingat kerusi tu ada built in tray. Wah! Gila hebat! Kerusi tu sangat spesel. Ada penghadang/pembahagi kat celah kangkang untuk halang aku jatuh dari kerusi. Aku ingat aku sangat excited lalu aku berpusing sana sini maca shin chan. Aku boleh masuk dua2 kaki aku kat salah satu lubang kerusi tu lagi. Sangat adventure!! Nasi aku dihidangkan atas meja yg melekat kat kerusi tu jugak. Best gila! Kerusi tu dah la besar..aku boleh pusing 360 degree lagi dalam kerusi. Best sangat-sangat sebab first time dapat kerusi macam tu. Pastu aku ingat aunty aku marah sebab aku tak pandai duduk diam. Aku kecewa lalu berhenti tapi aku lempar nasi yang dia hidang kat aku kat lantai sebagai tanda protes. Ishh... kecik2 dah derhaka. Teruknya!




Pastu pada tahun 2000. Ceh.. mcm cerita hikayat parameswara pulak. Aunty aku bawak aku sekali lagi pi kat tempat tu atas permintaan aku. Bila sampai tempat tu, aku tengok sekeliling. takde pulak kerusi yang aku suka hari tuh.. So aku pun tanya la.. aku describe details kerusi tu satu-satu..dorang cakap takde. Aku degil nak jugak. Sebab dulu ada, xkan sekarang dah takde pulak kan?
Lama taukeh tu fikir.. Last-last dia datang bagi kerusi yang aku nak..



OMG!!
Mimpi ke apa? Terkebil-kebil aku tengok.. biar betik?



Special note from a stanger...

Well, I think nothing is better than receiving a sincere note from stranger talking about you.
Describe you in a good way.. that makes me feel good. I really appreciate it..It made my day.

I am not able to read/understand compliment for so long and still learning to appreciate it.
So, a part of me still saying..

Is that TRUE?
Was is a genuine compliment or just to make me feel good?
Was that really me that they were talking about?
So they really notice me?

Anyway...
This photo somehow makes me smile.
That person (Jysa) have no idea of what she has done on my days ahead..

Friday, 5 October 2012

*Le freak

On last May,2012. I came back to my hometown and asked my sister how was I when I was small cute girl. She said nobody could control me. I was a freak and irresistibly annoying kid.

Once, my mom said she regrets letting me alive/giving birth to me because I never listen to anybody. I always have my own mind when I was a small girl. I always have thing to say and answer.

When my mom said that, I answered :


Thursday, 4 October 2012

Are you trying to say that I am dumb?

Seriously aku tak pernah anggap aku golongan bijak pandai. Tapi aku bukan golongan bengap jugak ye (ayat tak boleh terima kenyataan)..Aku sedar aku ni sape..(T.T)! Ada sorang mamat ni tanya aku dapat SPM berapa? Aku jawab 8A2B jer...dia dengan muka eksen cakap 'I got 9A'. Pastu dia cakap pasal pendidikan moral. FYI dulu aku sorang jer non-muslim dalam satu tingkatan tu. So aku takde guru pendidikan moral yang tetap.

Mamat ni tanya, ko dapat berapa pendidikan moral untuk SPM?

''A2'' jawabku.
'You got A because you're the only student there. They lower down your grade so you got A. Kesian kat ko nanti' kata mamat itu dengan penuh sarcastic. Aku pasti dia bukan bergurau.
'Are you trying to say that I am dumb?' tanyaku.
'No, i did not say that. You just said that' jawabnya.
'Honestly, I am offended' jawabku dan aku senyap TERUS. No point arguing.

Halloo..takkan satu Malaysia nak lower down purata dapat A pendidikan moral semata-mata sebab aku?Ok, fine. Maybe you're true that I am stupid but do you really need to say that? Will it makes you better? Letting other people down? If you are happy then I can't say much la..
Dia ni selalu eksen pasal duit, property dan macam-macam. Tapi bila buat kerja, gila LOUSY. Semua orang cakap 'dia ni tak boleh nak harap la'.

Dude! I am not impressed by your MONEY, I am now 'impressed' by your MANNER.

Aku fikir la balik.. aku rasa mamat ni tak sebijak yang dia "PORTRAY' he is. Ropenye orang lain pun fikir macam tu jugak. Then one fine day, aku rasa nak google nama dia ala2 stalking gitu sebab aku tak puas hati. Dia cakap macam dia hebat gila and nak buat aku nampak bodoh di hadapan semua orang.

Jeng! Jeng! Jeng! Kantooooi!!!!

Tuesday, 2 October 2012

Aku lesbian? What!?Sorry, come again please?

Well, ramai orang kata aku ganas, brutal, rugged, tomboy dan yang paling teruk orang fikir aku ni lesbian. @#$%^&*? Just because I am a late bloomer, that does not mean I am a lesbian ok!!

Yer.. aku tau la..Masa form 5 aku still duk fikir:
“eh, kenapa budak lelaki suka perempuan?”
“Kenapa perempuan suka lelaki?”
“Kenapa dorang suka sama suka?”
“Kenapa dorang bukan besfriend tp couple?”
Masa masuk matrik, aku selalu jalan dengan kawan-kawan perempuan yang cantik-cantik dan baik hati dan super-duper feminine. Aku pulak rambut pendek gila siap cukur side burn. Abang aku yang selalu buat eksperimen dengan rambut aku. Memandangkan kawan-kawan aku ni super-duper ladies, mereka sangat suka berpeluk-pelukan dan buat segala perkara yang so like the plastic ‘mean girls’ dalam cerita Mean Girls. Jadi mereka juga suka memeluk aku. Apabila kami berjalan melintas jalan, kami jalan berpegangan tangan seperti budak sekolah rendah. Oleh sebab itu aku telah dilabel sebagai womanizer. Kah kah kah! Mmg bodoh dah kolot. Sekarang ramai jer perempuan rambut pendek tapi tidak pulak dilabel sebagai lesbian.
Nak tau sebab apa?





Monday, 1 October 2012

Lelaki pengemas, perempuan penyepah. [?]

Bercakap tentang kemas dan serabut, perempuan mesti sinonim dengan kemas. Lelaki selalu disinonimkan dengan serabut. Tapi ada satu perkara yang lelaki memang confirm menang.

Desktop kebanyakkan perempuan. (Gambar contoh)
Ini belum teruk lagi. Sebab ni desktop aku dengan desktop wallpaper bukan kegemaranku. Gambar sebagai contoh sahaja ok? Aku memang tak tahan tengok desktop yang penuh dengan icon tapi sebab tak sempat nak susun, jadi la macam ni. Mcm ni pun dah sakit jiwa tengok. Kalau tak percaya, korang pi la tengok dekstop perempuan kat office ke, adik ke..mana-mana perempuan la. Aku gerenti 99% perempuan, icons bersepah kat desktop. Aku penah jumpa member perempuan yg x tau dia save file dekat mana sebab semua tempat bersepah dengan icon.*facepalm*.

Tapi aku special (poyo syal). So, sebagai orang yang berdikari (tiada kaitan langsung), aku nak letak icon desktop organizer tapi tak ada password admin untuk komputer kompani. Hahaha... lagi satu, aku guna netbook yang looser dan tak boleh tukar desktop wallpaper pun. Gila boring, aku sentiasa nampak windows punye logo je. Damn! Jadi demi kedamaian jiwa ketika bekerja, aku buat la design aku sendiri seperti ini..