Saturday, 8 September 2012

Street Feeding

NOTE: Adalah tidak mengambil gambar di tempat ini. Jadi ambil gambar curi-curi je.

Aku rasa aku pernah post pasal street feeding ni pada zaman dahulu.
Ni pasal bagi makan orang yang tak ada rumah (homeless).
However, just a volunteer la. Aku bukan ada duit banyak pun untuk nak bagi makan kat orang lain.
Hantar duit kat mak baru rm300 sebulan pun aku dah semput, ni kan nak bagi makan beratus orang.
Kalau aku kaya, boleh la.. tapi kalau setakat gaji macam sekarang ni aku hanya mampu bagi tenaga jer la..

Setelah bertahun-tahun aku lupa diri dan tak berkunjung ke tempat ini lagi, sekarang baru aku datang balik untuk berbakti [aiseh]. Hahaha... bukan mcm tu.. tp dulu aku kerja shift jadi hidup tidak menetu. Hidup kerja makan tidur jer dan tak lupa berak sekali.
Menurut pemerhatian aku..

1) Ada orang yang masih sama.
2) Mak ayam yang dulu agak matang sekarang sudah tua.
3) Yang pemabuk ada yang makin pemabuk, ada yang insaf.
4) Ada homeless people yang menjadi pasangan kekasih di gelandangan

Ahh.. terlalu banyak sebenarnya yang aku nampak. Sangat menyedihkan.
Dulu pernah sekali aku tengah hulur nasi, orang still khayal dengan dadah. mata terbeliak semacam jer.. alatan untuk menagih masih tersusun di hadapannya. Sedih..sangat menyedihkan.
Kawanku (Adris Lea)dan the drunken master of barcelona. Hahaha... pakcik ni still mabuk mintak teh o dgn aku.

Sepanjang 2 jam aku tolong serve makanan. sepanjang masa tu la aku menahan sebak tengok manusia yang ada kat sana. Betapa bersyukurnya aku dapat merasa McD. Aku perasan ada satu perempuan cina 40-an ni mata dia tak lekang tengok aku..perempuan tu saaangat cantik.I mean it!
Mungkin dia teringat balik zaman kegemilangan dia masa dia muda macam aku. Perempuan tu pakai baju jarang macam kelambu. Leh nampak bra dan pusat dia dgn jelas. Mantap! Tp sayang... dia prostiture.

Ada newbie yg kitorg bawa skali..dia tanya 'aih, kamu cakap dorang ni golongan kurang bernasib baik tapi dia pakai baju,kasut dan beg lagi cantik dari saya. Mekap pun lagi advance dari saya. Dia mcm lady gaga pun ada'. Kami yg kira senior ni senyum sahaja dan menjawab 'sesuaikanlah pekerjaan perempuan itu dengan pakaiannya. Kalau dia pakai macam kita, tiada pelanggan la namanya'. Ooops!! hahaha...

Nampak tak beg tu? Nak kata mahal aku tak tau la.. aku pun bukan pro beg-beg. Tapi yang aku nampak begi ni cantik. Pemiliknya sudah patut bergelar nenek. Sebaya mak aku kot..yang baju merah tu.

FYI. Di sini terdapat bekas banduan, pesakit HIV, AIDS, prostitute, killer, mak nyah expired,lari dari rumah dan sebagainya.. so many stories.. Terima kasih Tuhan sebab bagi saya kehidupan yang baik. ;)



From Left : : Lady Kate, Danny, Adris and Me(with my lovely lemax).

0 comments: