Thursday, 27 September 2012

Perempuan paling kejam dalam hidupku.

Masa first week masuk darjah 1 [aku takde tadika], sorang budak perempuan senior datang jumpa aku. Dia tanya aku dengan muka keji dia. Aku ingat rambut dia hitam lebat lurus mcm kena rebonding. Dengan keji dan kejam dia bertanya...

Perempuan kejam : Eh, kenapa kau ni betul-betul TIDAK CANTIK ar?
Len : ha? Apa itu CANTIK?
Perempuan kejam : Apa? Cantik pun kau tidak tau?
Len : Tidak.
Perempuan kejam : Kalau ko mau tau apa itu CANTIK, cantik tu macam dia. Yang TIDAK CANTIK tu macam kau. Kau ni TIDAK CANTIK.
Len : Oh.. yang cantik macam dia, yang tidak cantik macam saya. Dia cantik, saya tidak cantik. Ok. Terima kasih kerana ajar saya.

DAFUQ!?

Beberapa hari kemudian perempuan kejam itu datang tanya aku lagi.

Perempuan kejam : Eh, kenapa la kau ni betul-betul tidak cantik? Tengok, kaki kau pun hodoh,tidak cantik. Kau pakai stokin pun nampak buruk. Kaki kau pun buruk. Rambut kau pun tidak cantik. Kerinting macam ekor kuda. Bulu mata pun kerinting. Buruknya! Klip rambut kau pun jadi buruk. Benda cantik pun jadi buruk bila kau yang pakai.
Len : ......... (speechless)

Aku hanya senyap sambil tanggalkan pengepit rambut dan tarik stokin cover kaki sampai lutut sebab dulu pakai pinafore nampak betis. Aku tak suka melawan budak perempuan. Aku suka gaduh dengan budak lelaki jer dulu. Perempuan kejam jegilkan mata dan berlalu pergi.

DAFUQ!?


Pinafore masa zaman sekolah rendah. Gila seksi rupanya baju tu [sekadar gambar hiasan]


***********************************************************
Aku percaya setiap orang ada insecurity dia sendiri. Aku pernah jumpa orang yang belum ada boyfriend tapi dah risau kalau suami dia curang dengan perempuan yang lebih cantik. Gila jauh sangat lagi kot. Bagi aku, curang dengan tidak itu tak ada masalah. Aku seorang yang SANGAT SETIA maka dengan itu tak tergamak kot bakal pasangan aku untuk curang. Kah Kah Kah.. amat confident!

Sebab aku belajar perkataan cantik dari kisah benar di atas. Dari kecik sampai SEKARANG aku still ada masalah dengan perkataan cantik. Banyak masa aku cuba yakinkan diri aku ni cantik. Tapi jauh di lubuk hati, dah tertanam di minda bahawa aku ni tidak cantik. dafug kan? hahah.. orang banyak kali cakap aku cantik pun macam otak tak boleh nak digest. Gila dumb!

Menjadi pakwe aku adalah nightmare setiap lelaki. Almost setiap hari aku akan tanya kat pakwe 'saya ni cantik tak?'.Sorry.. aku tau soalan tu adalah soalan paling bodoh dan paling mentensenkan lelaki sebab kalau dorang jawab tak, nanti perempuan merajuk pulak kan. Hahaha... sebab tu aku cakap jadi nighmare menjadi pakwe aku.Tapi aku bertanya bukan untuk mengada-ngada. Tapi untuk aku dapat semangat melalui hari-hariku yang sukar... To be able to walk straight, stand tall with face straight up. Bukan jalan tunduk jer sebab tak nak orang tengok muka. I need encouragement.

Kanak-kanak memang mudah ditipu.
Seperti aku tipu anak saudara aku yang tahi lalat itu tahi lembu dan dia jalan pi tunjuk tahi lalat kat muka orang dan cakap 'tahi lembu'.. begitulah bagaimana aku percaya bahawa aku ini tidak cantik. Susahnye... : (


Len semasa berumur 9/10 tahun. Bully victim. Lol..


Sebab tu aku berusaha jadi orang yang baik hati. Sebab orang cakap kalau orang yang hati dia baik, dia nampak cantik! :)

9 comments:

plain83 said...

Beauty is in the eyes of the beholder, kalo aku lelaki aku rasa aku akan ngorat kau...kahkahkah ^^

jgn takut, aku ckp 'if' saja..i'm straight ^^

wore a pinafore myself masa darjah 1-3 dulu, damn sexy lah, msti pedo suka huhh!! damn..

Len Inouie said...

Haha.. yes u are straight. :p

about pedo.

Sebut pasal pedo..
aku ada story pasal pedo.
Banyak..

plain83 said...

hohoo..sama la dgn aku Len..

aku penah kena kejar/ikut dgn pedo 2 kali masa skolah rendah dulu, time tu dah ptg..aku tgh tggu mak aku abis meeting (mak aku cikgu kat skolah rendah aku waktu tu)..

bila aku rasa mcm 'pelik' jer sorang mamat ni stalking aku dari blakang slow2 dia jalan smbil mata fixed on me, aku mula rasa cuak..guess what I did? aku saja 'lead' dia ke bilik darjah yg jd tmpat meeting semua cikgu-cekgi dan guru besar skali ada, dan lalu dpn pintu kelas itu dgn muka aku yg cuak lg pucat..smbil dia follow n fell into my trap oh so stupidly..pastu a few teachers keluar n tanya pedo tu "apsal kamu ikut dia?!"...n dia pon cuak gelabah mencari alasan bodoh utk diberi..hahahaha priceless ^^

plain83 said...

oops typo di komen pertama detected..darjah 1-2, bukan 3...darjah 3 aku dah mula pakai baju kurung..hahaha XD

Len Inouie said...

Hahah.. Pedo yang aku jumpa cikgu aku sendiri. Arrghhh~ sungguh nightmare.
Tak sanggup nak cerita.

Pastu dia cakap.
'aku tunggu ko sepuluh tahun akan datang. Ko akan jadi isteri aku'

Sekarang dah 13 tahun berlalu.. selamat aku duk jauh.

plain83 said...

eeep! siyes geli..

aku rasa mcm darjah 4-5 ada jgk jumpak cikgu pedo, sib baik dia tak kejar aku, dia kejar sorang classmate aku yg mmg ada rupa lawa n ikat rambut tocang...eeek hohoo..bersyukur aku di kala itu aku tak 'lawa', aman idop...hahaha XD

Len Inouie said...

Oh..tu masa 4-5 la.Aku pernah lempar batu kat muka cikgu tu. PAstu aku pernah tampar muka dia dgn buku kulit keras. sebab tu aku ketulahan dan menjadi tidak berapa berguna kerana derhaka kepada cikgu pedo.

T.T!

Wen said...

OOOO mama.. apakah ini? sy mau tau sepa tu pompuan... TELL me asap!! hehe

Len Inouie said...

Hahahaha...bahaya wen! Top secret! Ko ta jg sepa tu.. :)