Wednesday, 26 September 2012

Kenapa susah jadi perempuan cantik? [Part 1]


Ehem!! aku bukan merujuk kepada diri sendiri ok. Tapi merujuk kepada perempuan yang cantik. Ada banyak gila sebab kenapa aku fail jadi perempuan yang cantik dari segi dalaman dan juga luaran.

 Alasan pertama bagi aku... tada benda lain dah..


DAMN HIGH MAINTENANCE!
RAMBUT: Styling jer dah rm3++ sebulan, tu belum syampoo, conditioner dan leave on moisturizer, serum lagi. Dah cost rm1++ untuk jenis produck yang sederhana. Kalau perempun yang suka nak styiling rambut lagi, heat protector, nak beli hair curler, nak beli hair straightener, getah rambut mahal, klip rambut. Ahh.. pening pening pening. Total = >RM500 (tak termasuk peralatan)

MUKA: Facial wash, toner dan moisturizer dah Rm80 untuk produk sederhana. Bukan SKII ok!?
Make up yang lengkap (dah nak cantik sangat kan): primer, Finish Loose Powder, foundation, lipstick, concealer, mascara, eyeliner, brow liner, bronzer, blusher eye shadow, fake lashes, lip liner, finishing make up spray, dan jangan lupa, pakai makeup bukan guna jari. Semua ada berus tersendiri. 
Ini setakat yang aku tahu je.
FYI, aku bukan expert make up. Kalau jenis perempuan yang betul-betul suka bermekap, dia pasti tergila-gilakan BOBBI BROWN. Kalau dia guna Bobbi Brown product, 3-4 benda kat atas tu dah berharga apprx. RM1000.00.  Agak-agak ramai tak lelaki yang biasa-biasa sanggup bayar?
Total = >RM2000.00
Lupa! Kos facial kat saloon!? OMG.. tak sanggup nak senaraikan dah.

Brush bodo ni pun RM200.00

BADAN: Nak badan ramping bukan senang, tapi yang tu aku xnak sentuh. Cakap pasal kulit seluruh badan. Mesti nak cantik halus and ‘irresistibly touchable’. Kena pakai shower gel/foam yang berkualiti (biasanya mahal) supaya kulit tak kering dan sentiasa berseri-seri. Kena pakai scrub. Kalau ada duit banyak sikit, pegi spa seminggu sekali. Kos spa sebulan dah RM1000. Beli sabun-sabun yang macma bodoh je tu pun dah RM50.00. Total = RM1050.00

TANGAN & KAKI: Tahukah anda bahawa ada perempuan yang sangat obses dengan kaki dan tangan mereka. Merawat dan merias kuku sahaja dah berharga lebih kurang RM400 sebulan. Foot Scrub, callus removal, pedicure, manicure. Nak kulit tangan halus dan tegang la.. ish… sakit memikirkannya.


Jumlah keseluruhan : approximately RM4000.00
Semua benda di atas adalah perkara yang basic untuk jadi cantik (fizikal).
Jadi  tolong jangan salahkan kami yang tak berapa nak cantik (fizikal) ni kerana kos untuk cantik adalah sangat tinggi (bagi aku yang miskin). Sebab tu banyak perempuan kuat make up ni kurus kering makan maggi hari-hari sebab nak save duit beli benda lain. Eh.. melalut apa ni. Takde la semua perempuan macam tu. Hehe.. lain kali aku sambung lagi kenapa susah jadi orang cantik.
Beza ada mekap dan tak ada mekap. Hmm...




0 comments: