Wednesday, 12 September 2012

'Bangsa #$%^&*,mmg mcm tu...'

Emm.. baru-baru ni aku memang hot dgn satu blog yang amat menyakitkan hati. Dia kata Sumazau untuk golongan rendah akhlak. Mcm s*al dowh.. ni la mentality yang sgt menyedihkan. Pathetic!

Post tu dikeluarkan oleh orang PKR. Eh, aku tak kisah ko ni ahli politik mana. Kau tu tukar politik sekalipun otak tetap bengong amcam tu jugak. Ni lagi satu mentality orang yang aku paling x boleh blah..

Contoh situasi:

Satu kereta ni potong tanpa signal (driver dia perempuan cina).
Reaksi orang yang melihat. Cina! mmg macam tu..
Hallooo.. xkan wujub perkataan 'jangan sebab nila setitik, susu satu belanga ditumpahkan' kalau tak ada maknanya. Tak semua orang cina mcm tu..
Jgn sbb seorang jer yg buat perangai tak elok, ko label satu bangsa, satu agama mahupun satu keluarga tu dengan satu label yang tak elok.

Korang nak ke dilabel sebagai keturunan suka me'label' orang?
Atau keturunan otak sempit semata-mata sebab korang jer yang otak sempit?
Nak ke kalau aku cakap ko ni satu keluarga macam $%^& walhal ko je yang $%^&*?
Haa... jawab.

Jangan menghakimi orang lain..aku pun ade jugak menghakimi kadang-kadang. Yela..manusia jugak. Bukan sempurna tapi silalah saling mengingatkan sesama sendiri.


Sama jugak kesnya dgn agama. Sejak akhir-akhir ni, banyak kes sumbang mahram, banyak kes buang bayi dan kebanyakkanya di kalangan orang Islam. Tapi ada orang Kristian yang sangat-sangat jahil terhadap Islam cakap Islam mengajar umatnya buang bayi? Takde pulak.. jadi janganlah duk fikir agama Kristian ni membenarkan penganutnya berzina semata-mata kerana korang tengok orang pakai 'cross' berzina..


Petikan ayat alkitab:
Matius 5:27-28
27 Kamu telah mendengar firman: Jangan berzinah.
28 Tetapi Aku berkata kepadamu:Setiap orang yang memandang perempuan serta menginginkannya, sudah berzinah dengan dia di dalam hatinya.

Fikir-fikirkanlah...

0 comments: