Saturday, 29 September 2012

7 survival method perempuan single dan endangered..LOL

Bukan senang tau hidup berseorangan dan jauh dari keluarga. Banyak kerisauan dan kegelisahan. Tapi benda pertama yang anda perlu buat. Percaya kepada kuasa Tuhan yang akan sentiasa menjaga anda. Tp abang aku selalu cakap, kalau kita berdoa 'Ya Tuhan, selamatkanlah hamba-Mu ini'sambil sengaja melompat ke dalam api, confirm terbakar jugak. Ada relate sikit la kot dgn post ni. :)

Ok sorry...Awal-awal dah lari topik dah.  

Teruskan kepada basic check-list for 'survival'


1). Saya pastikan handphone sentiasa ada charge dan ada kredit (walau ciput sekalipun). In case anything happen, saya sentiasa boleh telefon 999 walaupun kadang-kadang dorang ni ambil masa sedekad nak sampai. O.O!!! (berdasarkan pengalaman)

2). Saya senitasa bawa alat untuk mempertahankan diri. Pepper spray. Bawa perfume sembur pun boleh jadi la kalau x sempat beli pepper spray. Lagi satu, pastikan semau benda tu berfungsi dengan baik. malang tidak berbau wahai sayang-sayang sekalian. Oh ye, kalau nak beli pepper spray banyak je dia jual kat online. Group, MyDeal, StreetDeal, Milkadeal dan bla bla bla.. murah jer tak semahal nyawamu.. payung pun boleh yer.


Links:
www.groupon.my/,  
www.mydeal.com.my/,  
www.milkadeal.com/,  
www.streetdeal.my/
www.everyday.com.my

3). Setiap kali membeli kasut tinggi. Sy pastikan kasut tinggi itu boleh dibawa berlari. Ye, saya tahu semua perempuan suka kasut tinggi. Tp nyawa dan maruah lebih penting dari kasut OK? Sebab walaupun saya ni ada taekwondo, bila dah cuak lari adalah langkah pertama yang saya akan buat.. pastu baru buka langkah silat..yang bermula dengan langkah seribu. hahah...

4). Sy pastikan saya sentiasa HIGH ALERT dengan keadaan sekeliling. Dulu saya suka straight tak pandang kiri kanan. Tapi wahai kawan2. Kalau nak kontrol sekalipun muka cantik atau nak pretend cool, jangan sesekali lupa tengok kiri kanan bukan untuk melihat siapa yg berminat dgn anda tetapi untuk melihat siap MENGHENDAP ANDA. Praktislah mempunyai mata 360 darjah.

5). Bagi yang drive, sila pastikan minyak sentiasa cukup, keadaan kereta sentiasa elok. Ye, saya tahu anda bangga punya kereta mahal.Sape tak nak express kegembiraan tu kat kawan2 tapi kalau anda bawa ferrari sekalipun,janganlah gedik nak tunjuk plat no  kereta tu kat laman sosial.

6). Kadang-kadang saya rasa mcm looser jugak list 'friend' kat fb ada sikit jer. Gila tak glamour. Orang lain ada beribu-ribu friend aku 500 ratus pun susah nak hit. Tp tak apalah. Nak tau kenapa? Sebab saya review semua orang dalam fb saya. Saya sentiasa post lokasi saya dalam fb (untuk tatapan keluarga)supaya orang tahu lokasi terakhir saya. Kalau saya tidak review setiap kawan fb saya, saya mungkin mendedahkan lokasi saya kepada PEMANGSA. Twitter saya tak review sebab aktviti saya kurang dalam Twitter.

7). Saya selalu balik lambat dari office. Oleh sebab saya takut jadi mangsa rogol,samun mahupun culik di parking kereta, sebelum keluar, saya akan berdiri depan CCTV selama beberapa saat supaya kamera capture muka saya. Ye! Saya tahu, macam orang kurang siuman..haha.. saya boleh imagine muka saya dalam CCTV kecik-kecik, dengan kaca mata nerd berdiri depan kamera. Mesti sekuriti guard gelak tercirit tengok. Tp saya buat mcm tu supaya kalau saya hilang, jejak terakhir masih ada..aiseh.. mcm pengaruh CSI jer.

Banyak lagilah amalan keselamatanku.. lain kali sambung ye.
Nanti ada orang muntah hijau dek muak. Belajar pun biarlah perlahan-lahan kan.
Susah nak absorb semua sekali.

:) Ladies.. take a good care of yourself. You worth more than you ever think. Kalau hantaran korang 20 ribu, orang jual ginjal korang sebelah jer dah nak 50 ribu. Think about it!

FYI : Keluarga saya special. Adalah perkara biasa kalau mereka tak hubungi (call/sms) saya berbulan-bulan. Sebab tu saya betul-betul kena jaga diri. Tak ada sapa tau kalau saya hilang. Dahle pakwe pn xde. T.T! Gila loooser!

3 comments:

betty said...

sangat berguna untuk pmpn cam kite..

Len Inouie said...

Betul..aku harap aku boleh belajar pasal kereta sbb malas ar asik duk tanya member2 mcm mana. Kalau aku mekanik mesti cool. Hahah..

Anonymous said...

Can't say enough about this website – its alot better than mine.