Wednesday, 13 June 2012

Kahwin campur. sape?

Sape lagi kalau bukan abang aku.
Bakal kakak ipar aku adalah orang Cina athiest.
Abang aku pulak Dusun, Kristian yang alim? hahaha... no comment.

Masa tunang, abang kepada bakal kak ipar cakap ' kami harap kamu x paksa dia masuk Kristian. Biarlah dia masuk Kristian atas kerelaan sendiri'. Kami semua ok je.. no hal.. dan bersetuju. Hormat ma..

Well, dlm tradisi cina, orang yg nak kahwin harus sembah nenek moyang untuk dapat restu.
Abang kepada bakal kak ipar ni cakap ' kalau tak sembah nenek moyang, kami tak nak kamu kahwin dengan adik saya'. Oh ya, dorang ni dah xde mak ayah. So, big bro yang in charge of everything.

big bro vs big bro la maknanya.. maka abang sulung aku pun menjawab.
'Kalau saya hormat dan tidak paksa adik kamu ni masuk Kristian, kenapa kamu tidak boleh respect agama saya yang mengharamkan menyembah nenek moyang?'

Oh my~~~~~ hot! hot!
kad kahwin semua dah edar.. malam sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan (majlis perkahwinan), abang aku dah pesan.
'Ini risiko paling besar saya ambil dalam hidup. Kalau kita sampai sana dan mereka masih memaksa saya menyembah nenek moyang dorang, saya harap kamu semua bersedia untuk packing dan berpatah balik. SAYA TAK PAYAH KAHWIN!'.

Pergghhhhhh~~ susah jugak kahwin campur ni yer..
Tapi kami semua positive. Kami haruslah support brother kot..

Sampai sana.. SYUKUR. Abang aku tak kena paksa sembah nenek moyang!!
Selamat Pengantin Baru! Semoga berkekalan..
:D

Moral: Harus ada toleransi.

Potong cake kat rumah perempuan. :)
26/5/2012


Potong cake kat rumah lelaki. :)
30/5/2012

2 comments:

Wenwink Kidu.Duki said...

nice!!!! 26.5 pla kawin diorng tu kan? huhu aku kawin ko balik ka geng?

Len Inouie said...

bila ko mo kawin ni ging?