Wednesday, 13 June 2012

Bestfriend?

Hidup tak selalu indah..

Bagi aku, ayat tu agak betul jugak la.
Yup..tapi, kita harus melihat semua tu dengan hati yang terbuka dan sentiasa bersyukur. Sesetengah orang mungkin tak pernah rasa susah dari semua segi. Mental, fizikal, rohani, jasmani dan sebagainya. Bila dah terkena, reaksi dorang melampau-lampau. Hidup aku, ramai orang cakap hidup aku 'special'. Ada yang kata susah, ada yang kata senang.

Buat masa sekarang ni, kepala aku memang berserabut jadi direction topik ni tak teratur. Sebijik macam apa yang ada kat kepala aku.

Mungkin aku patut cakap pasal tajuk pasal tajuk asal. Dalam hidup aku, aku memang boleh kira berapa ramai kawan yang betul-betul boleh dianggap kawan. Sangat sedikit.
Tapi aku rasa tak perlu kot berpuluh-puluh orang apatah lagi seratus what so called as KAWAN kalau masa kita susah dorang tak ada. Masa dorang susah baru cari kita atau masa susah senang kita dorang tak tau pun. Oh, yang tu sebab kita hanya 'friend' kat facebook kot. Lol..
Dlm kebanyakkan masa, persahabatan ni akan sentiasa diuji. Terutama sekali MASA..makin lama makin kurang komunikasi. Makin kabur dan akhirnya lupa. Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa aku ni jenis orang yang akan dilupakan dan aku pun tak kisah sebab sape2 yang lupa aku mmg la bukan kawan namanya kan? :)


Apapun, terima kasih sahabatku yang namanya tidak akan dinyatakan kerana masih sudi bersahabat denganku. :)

You were there when I needed you the most.
I promise, I will spend a fine one whole day with you until you get bored and tak nak jumpa aku bertahun-tahun. Hahah...

0 comments: