Friday, 19 June 2009

Apa itu SUMANDAK?

Apa itu sumandak?
Sumandak=gadis
 
'sumandak' merupakan panggilan kepada gadis dalam bahasa Kadazandusun. Kalau tak 'gadis', bukan sumandak. Tapi selalunya kalau muda jer, mest kene panggil sumandak.
 
Anyway, aku orang Dusun. Bila orang tanya bangsa aku, aku biasenye xkan cakap. Sebab setiap kali aku cakap bangsa aku bangsa Dusun, mest orang cakap "dusun ape?dusun durian? hahaha..."
Aku tau orang tu bergurau tapi dalam gurauan dia tuh, dia tak sedar dia tengah gelakkan/mempersenda bangsa lain...and honestly masa dia cakap tuh, aku rasa nak tunjuk "FcuK" jer kat muka dia dan belah..malas nak cakap banyak kan.. tapi sabar jer la.. sungguh membosankan respon orang-orang tuh.. otak sampai kat situ jer ker?setakat dusun durian jer? sungguh memalukan.
 
Generally, dalam banyak-banyak bangsa kat Sabah, bangsa aku majority and orang kata (orang kata, aku ulang jer) bangsa aku yang paling lembut+lurus. Tak suka gaduh, wat keje telus (konon la). Tapi yang negativenyer, bangsa aku la yang paling hebat bab-bab minum arak. Dah memang budaya.. bukan sebab agama ke ape.. bangsa aku almost 50/50 Islam and Kristian. Tapi memang dah jadi budaya dah minum arak tuh... kerja kuat bukan main... tapi bila dapat duet jer, kalau nak celebrate mesti perkataan "Aramai Tii!!!" yang keluar.
 
Bukan nak burukkan bangsa sendiri tapi memang dah macam tuh..celebrate jer mest minum2 (minum arak). "Jom minum" maknanya minum arak kalau kat Sabah..
 
"Aramai Tii" means "bestnyer".
 Aramai=syok.
Tii= this.
 
Ntah.. susah sket nak translate.. Aramai tii tu memang pure bahasa aku tapi sekarang dah sampai kat semenanjung dah pun perkataan tuh..duhh...pengaruh arak. Tapi jangan risau...aku tak 'minum'..family aku skema..wahaha...lagi-lagi, aku allergic ngan alkohol.. Emm...nape aku tulis pasal sumandak sebenarnyer? Ahaa...sebab aku bbru perasan dah makin ramai sumandak jadi artis yang glamour.


.
Stacy AF

Adira AF 

Linda AF (kampung sebelah aku-inteprem sket).


Marsha Milan Londoh AF


Daphne Iking(pengacara TV)
 

Latest: Jo Anne finalis bintang RTM 2009.


Kesimpulannya, macam-macam jenis rupanya muka 'sumandak' nih.. Ada muka cam melayu, ada yang muka unknown trus.. whatever la... yang ni kadazan dusun punya sumandak jer..  sebab masih ramai jer artis dari sabah yang lain cuma aku tak pasti apa etnik dia.. sebab tu aku tak suka tanya apa bangsa orang. sebab aku tak kisah sangat pon pasal bangsa2-bangsa ni.maksud aku, aku berkawan tak kira bangsa dan agama. (Kesimpulan yang tidak ada kaitan dengan tajuk)

2 comments:

Anonymous said...

Pembetulan..
Aramaiii tii- biasa diguna ditempat yg berparty moginum khisusnya bagi org sabah..tapi kadang kadang org semenanjung cakap tak bertempat, maksud sya, jumpa org sabah d mana mana pun cakap arameii ti.. Pernah bercerita dengan org d senenanjung d luar hospital, bila time mahu bersurai, sempat lagi mereka cakap arameii ti..ntah apa yg mahu d aramaii d hospital..tapi takpe, itu cara mereka menghormati kita..kadang kadang tergelak juga bila dengar.. Hahaha..
Aramaii- terlalu banyak, banyak
Tii- ini
Tapi bila kana dikasi trademark aramaii tii.. Maksud dia lain sudah, buli d guna dimana mana saja, asalkan berkait dengan alcohol.. Hehehe..kanou moginum..

mengayat said...

bagi sy aramai tii tu maksud dia meriahnya 😄