Wednesday, 24 June 2009

kena halau.adakah satu masalah besar?

lepas satu prob settle, satu prob lg datang.
ape dah... hari ni ktorang kena halau dr rumah sewa.
bukan sebab ktorang x bayar sewa tapi sebab tuan rumah tu 'baik'.
sebelum duk rumah, dia janji nak pasang kipas every room. tengok2 dia pasang satu kipas kat ruang tamu jer.. pastu masa deal pasal sewa, dia kata, dia xkan naikkan sewa selagi x habis kontrak. tp x sampai 6 bulan duduk dia dah naikkan sewa dr 430 pi 480 padahal ktorang duk 3 orang jer.. bil api air n cukai lain lagi.. aku bukan anak jutawan yang xtaw nak guna duet untuk ape dah.. aku ni bapak pun dah xde. sahkan jadi anak jutawan. hahaha.. buat lawak betol si zamilan bin abdul kadir tuh.. lepas tuh pagi tadi tetiba jer dia muncul mintak kunci rumah.. x call pun bagitaw nak jumpa dulu. hape dia ingat masa kat dunia ni dia yang punyer. Pi mampos la ngko wahai zamilan bina bdul kadir. tengah hari dia kata nak datang pasang banner untuk penyewa baru, tapi bila dia datang, ropenyer bawak 5 orang arab yang selamba jer pijak tilam aku. hampeh betol.

Tuan rumah aku yang bagus sangat tuh selamba jer bawak orang datang tanpa bagitau ktorg padahal status ktorang masih as penyewa rumah tersebut. Aku heran betol la dengan pakcik tua yang desperate tuh. Deposit dari rm 1800 jd bwh 300... dahla dalam surat perjanjian dia tambah 'sewaaan selama 2 tahun' dengan guna pen. Pastu, yang jadi saksi surat perjanjian wife dia sendiri.

Kalau lewat bayar sewa, dia nak charge rm5 sehari. What the ****? x consider langsung yang sewa tuh student bukan orang dah keje. Ape dah.. Ptg tadi dia call bgtau suh kosongkan rumah 1 july padahal 26 jun ak still ada exam. hampeh betol. Ape kejadahnye dia nak suh keluar tetiba? Barang semua x emas lg. Rak and peti sejuk bla..bla..bla...nak angkut cmner? masa ble nak angkut? Bengong. Ben dgn fairuz both dah menyumpah dah..fairuz kata bia la dorang anak beranak mati tbakar..ben sumpah sampai habis keturunan dia. Aku nak sumpah ker?

AKu x halal jer..hahahahaha....aku x halal. aku x halal. aku x halal.

Ben n Fairuz kata. Mampos la dia makan duet anak yatim. Hahaha....
aku x halal nih.. habes la dia..dia janji nak naik sewa maksimum pun 450. di mana janji2 mu wahai zamilan bin abdul kadir??

Friday, 19 June 2009

Apa itu SUMANDAK?

Apa itu sumandak?
Sumandak=gadis
 
'sumandak' merupakan panggilan kepada gadis dalam bahasa Kadazandusun. Kalau tak 'gadis', bukan sumandak. Tapi selalunya kalau muda jer, mest kene panggil sumandak.
 
Anyway, aku orang Dusun. Bila orang tanya bangsa aku, aku biasenye xkan cakap. Sebab setiap kali aku cakap bangsa aku bangsa Dusun, mest orang cakap "dusun ape?dusun durian? hahaha..."
Aku tau orang tu bergurau tapi dalam gurauan dia tuh, dia tak sedar dia tengah gelakkan/mempersenda bangsa lain...and honestly masa dia cakap tuh, aku rasa nak tunjuk "FcuK" jer kat muka dia dan belah..malas nak cakap banyak kan.. tapi sabar jer la.. sungguh membosankan respon orang-orang tuh.. otak sampai kat situ jer ker?setakat dusun durian jer? sungguh memalukan.
 
Generally, dalam banyak-banyak bangsa kat Sabah, bangsa aku majority and orang kata (orang kata, aku ulang jer) bangsa aku yang paling lembut+lurus. Tak suka gaduh, wat keje telus (konon la). Tapi yang negativenyer, bangsa aku la yang paling hebat bab-bab minum arak. Dah memang budaya.. bukan sebab agama ke ape.. bangsa aku almost 50/50 Islam and Kristian. Tapi memang dah jadi budaya dah minum arak tuh... kerja kuat bukan main... tapi bila dapat duet jer, kalau nak celebrate mesti perkataan "Aramai Tii!!!" yang keluar.
 
Bukan nak burukkan bangsa sendiri tapi memang dah macam tuh..celebrate jer mest minum2 (minum arak). "Jom minum" maknanya minum arak kalau kat Sabah..
 
"Aramai Tii" means "bestnyer".
 Aramai=syok.
Tii= this.
 
Ntah.. susah sket nak translate.. Aramai tii tu memang pure bahasa aku tapi sekarang dah sampai kat semenanjung dah pun perkataan tuh..duhh...pengaruh arak. Tapi jangan risau...aku tak 'minum'..family aku skema..wahaha...lagi-lagi, aku allergic ngan alkohol.. Emm...nape aku tulis pasal sumandak sebenarnyer? Ahaa...sebab aku bbru perasan dah makin ramai sumandak jadi artis yang glamour.


.
Stacy AF

Adira AF 

Linda AF (kampung sebelah aku-inteprem sket).


Marsha Milan Londoh AF


Daphne Iking(pengacara TV)
 

Latest: Jo Anne finalis bintang RTM 2009.


Kesimpulannya, macam-macam jenis rupanya muka 'sumandak' nih.. Ada muka cam melayu, ada yang muka unknown trus.. whatever la... yang ni kadazan dusun punya sumandak jer..  sebab masih ramai jer artis dari sabah yang lain cuma aku tak pasti apa etnik dia.. sebab tu aku tak suka tanya apa bangsa orang. sebab aku tak kisah sangat pon pasal bangsa2-bangsa ni.maksud aku, aku berkawan tak kira bangsa dan agama. (Kesimpulan yang tidak ada kaitan dengan tajuk)

Thursday, 18 June 2009

SEMAKIN HAMPIR

pagi tadi aku baru habis 1 kuiz..sungguh banyak yang aku xleh nak jawab. ape dah..
next week dah final exam. Hmm....aku entah ready ke tak..
aku nak 4.00.kah3...macam lawak jer aku cakap cam2..
tapi aku xnak sia2kan peluang even xde la banyak sangat efeknya kat result aku.
yang hampehnyer, sampai habis pengajian kat UKM x penah aku dapat anugerah dekan.
hahaha...aku ni berangan pandai tapi kelas datang cukup kuota jer.
ponteng semaksimum yang boleh. Study seminimun yang mungkin, enjoy semaksimum yang boleh. Aaah..sungguh bahagia dengan kehidupan seperti itu.
tp padan muka aku. tak merasa.. kempunan seyh.. aku target sem last nak dekan tapi x dapat jugak. dekan 3.65..aku kurang 0.1 point. hmm... kalau aku pi fieldwork, mest dapat..x pi fieldwork xleh nak wat report. so, aku pon x wat report. 2la masalahnyer.. [sekarang baru nak nyesal. x guna dah). tapi apa2 pun, ada jugak benda yang aku bersyukur..thesis aku dapat A.
wahaha...dorang sume tkejut. Tak ramai yang dapat A. Mostly dapat A-. Yang dapat A dak2 yang muka2 skema and muka2 dekan jer..keh3..sesat sekor aku.
Tapi aku rasa aku layak dapat A kot..sebab penat aku wat.. aku wat bersungguh2 thesis aku yang cerewet tuh.. habis exam next week, zaman menganggur akan bermula.
2 yang makin hampir. riso seyh...

Monday, 15 June 2009

jiwa kacau

dah 2 minggu aku demam... skrg baru ok sket. tu pun ade orang cakap. rasa pelik bila aku ada tapi suara aku takde. aku lak rasa biasa jer..
ntah.. smlm tetiba jer kak aku msg tanyer aku sehat ke tak.
tkejut aku. x penah2 dia tanya khabar aku camtu. ropenyer ade orang mimp tak best pasal aku. wahaha.. tu jer ropenyer. aku tak mati lg.. lek ar.. kalau mati pun tenang la semua orang. ok jugak tuh.. banyak prob sejak kebelakangan nih.. nak tulis pon tlalu banyak..
so, bia la...bia semua berlalu.......