Tuesday, 26 May 2009

KEMAHIRAN BERFIKIR

Aku baru habis kelas kemahiran berfikir tadi.
Hari ni kene present pasal Edward de Bono.
Walaupun aku ambik sains, tapi aku akui ada kebaikan untuk kita belajar sesuatu yang lain daripada bidang kita. Contohnya, aku amik kemahiran berfikir aku dapt belajar macam mana nak jadi kreatif dan berfikir dengan cara yang betul. Kerana terpaksa, aku kena baca buku Tactics karya Edward de Bono. Edward de Bono ni pelopor pemikiran kreatif.. kire taiko la.. Oleh kerana aku terpaksa menulis pasal buku tuh, maka terpaksa la aku memahami buku tu terlebih dahulu sebelum mampu mengulas tentang buku ni. Apa yang aku dapat belajar, perempuan sememangnya 15 point lower in IQ kalau nak banding dengan lelaki. Tapi walaupun IQ rendah, tak semestinya kita tak mampu menjadi orang berjaya. IQ dinilai oleh Dr. Edward de Bono seperti satu kenderaan yang berkuasa tinggi. Yang menentukan hala tuju dan pencapaian kereta tersebut bukanlah kuasanya tetapi kemahiran pemandunya. Walaupun berkuasa tinggi tetapi pemandunya bukan pemandu yang baik, pencapaian tetap tidak memberangsangkan. Kete ferrari aku kalau aku yang bawak, ke semak jugak jadinyer. Begitu juga dengan IQ. Walaupun berIQ tinggi, tetapi manusia sering terjatuh ke dalam perangkap IQ kerana sentisa memikirkan bahawa tindakannya adalah yang terbaik dan menolak ralat dalam membuat keputusan dan risiko dari segi kreativiti.
aiseh..cam ceramah pulak. Buku Tacticts ni merupakan himpunan daripada 50 orang terkemuka. Semua kriteria2 yang ada dalam orang2 yang dah berjaya ni diinterprate kemudian jadi buku. Haa...kalau nak berjaya, baca la buku tacticts..x pun, baca pasal six thinking hats.




0 comments: