Saturday, 9 May 2009

8 perkara yang perlu tapi adakalanya tak perlu..

1. Jadi diri sendiri
tetapi jangan jika anda pi interview. Anda suka pakai selipar jepun? cubalah pakai masa pi interview.

2. Setia
tetapi jangan untuk seseorang/sesuatu yang haram. Bos anda seorang drug-dealer?anda tahu tapi nak setia kepada bos jugak?owh…jangan sesekali.

3.Berani
tapi jangan jika ianya bahaya. Ingatlah orang yang tersayang. Jika anda rasa hidup anda tidak berguna, jangan mati dulu…aku perlu orang untuk kemas rumah aku, potog rumput depan rumah, cat rumah aku…wah…anda sangat berguna bagiku.

4. Merendah diri
tetapi jangan apabila anda mendapat peluang untuk menunjukkan kebolehan diri. Adakah anda akan mengatakan ‘pencapaian bisnes saya biasa2 saja’ kat pelabur anda. Semestinya mereka menjangkakan pencapaian yang cemerlang.

5. Dermawan.
tetapi jangan jika akhirnya anda perlu menjual diri. Dermawan…debit akaun kat banyak2 charity. In the end, x cukup duit nak bayar rumah. Menderma tidak sepatutnya membebankan anda.

6. Tidak pentingkan diri sendiri.
tetapi jangan jika ianya lebih menyakitkan berbanding membantu. Anda sentiasa membantu orang yang bengap buat kerja. Sampai bila di bengap+malas itu xkan berjaya.

7. Bercita2 tinggi.
tetapi jangan jika anda mendapat daripada yang anda peroleh. Naik pangkat?tapi xde masa untuk family? pilih la…

8. Kahwin
tetapi jangan jika tidak bahagia. Makan hati berulam hempedu? x payah la…

0 comments: